07 di bagan serai - Google Blog Search |
- Blog PKG Teluk Medan: Khidmat Bantu ICT <b>Di</b> SMK <b>Bagan Serai</b>
- Perasmian Kedai Rakyat 1 Malaysia <b>Di Bagan Serai</b> – Perak Today
- Masalah Pesawah <b>di Bagan Serai</b> dapat perhatian kerajaan – Perak <b>...</b>
Blog PKG Teluk Medan: Khidmat Bantu ICT <b>Di</b> SMK <b>Bagan Serai</b> Posted: 15 Jul 2009 12:00 AM PDT Khidmat bantu ICT telah dijalankan di Pusat Sumber SMK Bagan Serai pada 27 Disember 2012. Skop kerja melibatkan sambungan kabel rangkaian dari bilik GPM ke kaunter sirkulasi . Penyambungan kabel sepanjang 30 meter dan pemasangan desktop switch 8 port membolehkan kaunter sirkulasi mendapat capaian internet dengan baik. Jutaan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat. |
Perasmian Kedai Rakyat 1 Malaysia <b>Di Bagan Serai</b> – Perak Today Posted: 24 Dec 2011 12:07 AM PST |
Masalah Pesawah <b>di Bagan Serai</b> dapat perhatian kerajaan – Perak <b>...</b> Posted: 02 Jul 2011 06:30 PM PDT Kira-kira RM 300 juta diperuntukkan bagi membuat kajian berkaitan masalah sistem pengairan yang dialami lebih 8,000 pesawah di sekitar Bagan Serai. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui kajian tersebut kerajaan akan mengenalpasti pendekatan terbaik yang boleh digunapakai dalam usaha memastikan pesawah di kawasan itu mendapat hasil pertanian yang baik setiap bulan. Dalam pada itu, beliau juga meminta Kementerian Pertanian untuk mengemukakan hasil kajian berkenaan yang dijangka siap hujung tahun ini. "Kita tahu pesawah disini telah mengalami masalah berkaitan pengairan ekoran dari projek ikan arowana di sekitar Tasek Merah sehingga ia telah menjejaskan hasil tanaman mereka. "Bagaimanapun kerajaan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu sekelip mata…ini kerana masalah berkenaan perlu diberi penelitian terperinci dalam setiap aspek selain menggunakan kos dan jangka masa yang agak panjang. "Saya percaya apa pun jalan penyelesaian yang akan kita dapat nanti…akan kita usahakan secara berperingkat. Muhyiddin berkata demikian pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesawah di Kampung Parit Haji Kassim, semalam. Dalam pada itu beliau juga menasihati pesawah supaya tidak menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai) kerana ia akhirnya hanya akan mengurangkan pengeluaran padi negara. Sebaliknya, beliau meminta supaya pesawah menggunakan kaedah estet padi dengan membenarkan tanah mereka dimajukan oleh syarikat besar memandangkan ramai penanam padi sudah berusia. "Anak-anak mereka tak minat nak teruskan jadi petani padi. Ini menyebabkan kawasan penanaman padi semakin lama semakin kurang sedangkan kita nak kekalkan pengeluaran kita sebanyak 70 peratus daripada kegunaan. "Kalau kita banyak import akhirnya akan membebankan kita juga. Jangan biar tanah sawah terbiar. Kalau kita boleh tumpu cara ini (estet padi), tak perlu tumpu kepada kerja-kerja sawah," katanya Muhyiddin berkata masalah yang sering diutarakan oleh para penanam padi adalah masalah air tetapi ada kawasan-kawasan yang tidak berhadapan dengan masalah itu masih menghasilkan pengeluaran padi yang rendah |
You are subscribed to email updates from di bagan serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan