Jumaat, 1 Februari 2013

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Kerajaan Perak lulus 21 unit RMR1M <b>di Tapah</b>

Posted: 27 Jan 2013 10:30 PM PST


Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara bakal memiliki rumah sendiri apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, pada tahun lalu, pihaknya membina 10,000 unit rumah berharga RM65,000 setiap satu dan jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding 5,455 unit rumah yang disiapkan pada 2010.

"Setakat ini, setiap kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang dibina dan golongan layak memohon rumah ini adalah mereka yang berpendapatan antara RM750 hingga RM3,000, berkahwin serta memiliki tanah tapak rumah sendiri," katanya selepas majlis penyampaian kelulusan permohonan 21 pemohon yang berjaya serta majlis pecah tanah projek pembinaan 150 unit rumah di Kampung Ulu Tupai di Perak, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihak SPNB akan membelanjakan sekitar RM650 juta tahun ini bagi membina rumah berkenaan dengan subsidi sekitar RM200 juta ditanggung kerajaan.

"Individu yang berjaya memohon rumah ini perlu membayar RM45,000 sahaja berikutan RM20,000 adalah subsidi daripada kerajaan dan pemohon yang berjaya hanya membayar kira-kira RM150 sebulan selama 25 tahun dengan rumah berkeluasan 1,000 meter persegi yang memiliki tiga bilik serta dua bilik air," katanya.

Video Pembongkaran Orang Asli <b>Di Tapah</b> Di Paksa Membuang <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:57 AM PST

Tengok betapa terdesak dan jahatnya Umnobend sehingga sanggup mengadakan pilihan raya awal dengan memaksa Orang Asli Tapah Perak membuang Undi sebelim pru13 berserta ugutan dan rasuah,Siapa yang memangkah BN dapat beras 5kg sorang dan Mereka dipaksa undi dan memangkah BN dalam kertas undi di depan muka Dr Mah Hang Soon, JAKOA dan pimpinan UMNO.

Tinggalkan Komen

Tiada komen.

RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Kanak-kanak 4 Tahun Maut Kemalangan <b>Di Tapah</b> | MyNewsHub

Posted: 19 Dec 2012 10:07 PM PST


IPOH – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh setelah motosikal yang dinaiki bersama kedua ibu bapanya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 3 Jalan Bidor-Teluk Intan, dekat Tapah, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Somsak a/l Din Keriau berkata mangsa, Adam Mohd Rosidi yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.

Bapa mangsa Mohd Rosidi, 20, yang cedera parah akibat tercampak dari motosikal yang ditungganginya itu dirawat di Hospital Teluk Intan manakala isterinya Sharima Hishamuddin, 19, yang turt cedera parah menerima rawatan di Hospital Tapah, katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kejadian berlaku pada 8.15 malam ketika tiga beranak itu sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke rumah mereka di Kampung Jeram, Mengkuang, Bidor, sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Somsak berkata hasil siasatan mendapati kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 70 tahun itu dikatakan cuba membelok di satu persimpangan sebelummerempuh motosikal yang dinaiki mangsa.

Pemandu itu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis setelahmembuat laporan di Balai Polis Tapah.- BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan