07 di behrang - Google Blog Search |
Gambar Kemalangan Maut Bas Dan Treler 11.11.11 <b>Di Behrang</b> Posted: 11 Nov 2011 12:01 PM PST Kebanyakan orang mungkin akan meletakkan tarikh 11.11.11 sebagai satu tarikh yang cukup bermakna dalam kehidupan tetapi berlainan pula dengan mereka yang terlibat dalam kemalangan pada awal pagi kelmarin apabila terlibat dalam kemalangan di Behrang iaitu di Kilometer 382 Lebuhraya Utara Selatan. Kebanyakan pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah sedang tidur ketika bas persiaran yang mereka naiki untuk lawatan ke Kuala Lumpur sebelum ke Genting Highlands terbabas dan terbalik di laluan kiri. Mangsa yang maut ialah dalam kemalangan ini ialah:
Menurut saksi, mereka cuba keluar dari bas terbabit sebelum treler membawa guni muatan pasir merempuh sebahagian belakang bas yang berada di atas jalan laluan lebuh raya itu. Seorang pelajar yang berada dalam bas terbabit, Farhana Adila Ramli, berkata ketika kejadian kebanyakan rakannya sedang tidur.
Pelajar Tingkatan Tiga, Mohd Shah Redzuan Samsudin, yang patah di bahagian lengan, berkata sebilangan besar yang berada di dalam bas terbabit hanya cedera ringan apabila bas itu terbabas.
Guru mata pelajaran Biologi, Azria Hani, 31, berkata rombongannya bertolak dari Kulim pada 11.30 malam tadi untuk lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands. Antara tempat yang ingin dilawati adalah ASTRO dan Menara Berkembar PETRONAS. Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim, berkata mangsa yang maut dalam kejadian itu, Basarah Saad, adalah ahli pergerakan Wanita dan menaiki bas lain yang berhenti untuk membantu pelajar keluar dari bas yang membawa rombongan sekolah berkenaan.
Apabila sedang membantu, sebuah treler merempuh belakang bas terbabit dan kemudian asap keluar berkepul-kepul.
Katanya, ketika kejadian, kedengaran pelajar terbabit menangis dan meminta tolong dalam keadaan gelap di kawasan berkenaan. Beliau berkata, Basarah adalah ibu tunggal dan mempunyai tiga anak lelaki. Abang kepada seorang pelajar yang maut, Zuhairi Azhan, 21, berkata pada mulanya beliau tidak membenarkan adiknya Khairul Anwar menyertai rombongan itu bagaimanapun selepas dirayu beberapa kali akhirnya beliau mengizinkan.
Ibu kepada Farhana Adila, Rozita Idris berkata, pada 6.30 pagi, beliau cuba menghubungi anaknya bagaimanapun tidak dapat menembusi talian telefon bimbit anaknya itu.
Dalam kejadian itu, empat maut dan lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas yang berhenti akibat terbabas di sebelah kiri laluan menuju ke selatan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang. Berikut ialah beberapa gambar di tempat kemalangan : p/s : Harap maaf, aku tidak meletakkan gambar mangsa yang maut dalam kemalangan sebagai menghormati waris mangsa kemalangan. Walau apapun, takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dan sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa yang maut dalam kemalangan ini. PERHATIAN!! Kebanyakan link luar dalam blog ini menggunakan sistem Adf.ly & adfoc.us.Cara menggunakannya, klik pada link, tunggu 5 saat, kemudian tekan butang tanda "X" ataupun "SKIP AD" ataupun "SKIP"bahagian atas kanan. Siap. GD Star Rating GD Star Rating |
You are subscribed to email updates from di behrang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan