Jumaat, 22 Februari 2013

07 di sitiawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di sitiawan - Google Blog Search


Kinta Menjerit : Gangster curi kereta ditembak mati oleh polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 02:30 PM PST


Seorang penjenayah dipercayai 'ketua gengster' yang sangat dikehendaki polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, suspek dikenali Farid Abdul Hamid, 25, dari Ayer Tawar, Manjung mempunyai empat rekod jenayah sejak 2006 berhubung kes bunuh, samun kenderaan mewah dan dadah di sekitar Manjung, Sitiawan, Teluk Intan dan Slim River. Menurutnya, insiden berkenaan bermula apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah kereta jenis Naza Citra berwarna hitam dipandu suspek berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 4 pagi di Sitiawan.

"Polis yang mengekori suspek mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu dan didaftarkan atas kereta jenis Proton Waja, bagaimanapun suspek yang menyedari dirinya diekori bertindak memecut kereta ke arah Kampung Baru sebelum terbabas di kawasan ladang sawit Sungai Wangi. "Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah polis yang mengenai cermin tempat duduk pemandu kenderaan tersebut, demi mempertahankan diri, anggota polis tersebut bertindak membalas tiga das tembakan dan mengenai suspek," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba. Akibat tembakan itu, suspek mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut turut menemui beberapa barangan.

Paramasivam berkata, pemeriksaan ke atas suspek dan kereta itu menemui sepucuk revolver jenis .38, tiga butir peluru dan kelongsong, sebilah parang panjang, beg silang berisi lesen memandu suspek dan sepaket plastik lutsinar mengandungi syabu. Katanya, suspek terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak seorang mekanik di Taman Sejati, Sitiawan pada 10 November tahun lalu.

"Kereta yang digunakan itu juga sebelum ini dilaporkan hilang di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu. "Selain itu, suspek dipercayai sering melakukan jenayah bersama kumpulannya di sekitar Manjung," ujarnya.

Paramasivam percaya, pihaknya telah dapat menyelesaikan sembilan kes yang berlaku di sekitar Manjung sejak 2011. "Kami akan meneruskan siasatan dan menjejaki konco-konco suspek yang masih bebas di luar sana," katanya yang sebelum ini memberitahu beberapa ahli kumpulan yang bekerja di bawah suspek pernah ditahan dan didakwa di mahkamah pada tahun lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada sidang media yang sama, Paramasivam memberitahu, Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik Daerah Ipoh berjaya menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah di Bercham. Bagaimanapun, polis yang telah membuat pemerhatian selama seminggu itu hanya menjumpai peralatan untuk memproses dadah tetapi tidak menjumpai sebarang dadah di dalam rumah tersebut.

Namun, pihak polis berjaya menjumpai satu beg plastik berisi 149 biji peluru hidup jenis 99MM dan 28 biji peluru jenis .22 di belakang rumah berkenaan. Katanya, polis masih melakukan siasatan dan belum membuat sebarang tangkapan berkenaan kejadian tersebut. Dalam pada itu, Paramasivam mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah banyak memberi kerjasama dan maklumat yang dapat membantu polis menyelesaikan kes-kes jenayah di negeri ini.

*sumber dari beberapa laman sesawang akhbar tempatan

> Syabas PDRM...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved