07 di bercham - Google Blog Search |
Cheongsam Dari Qashmere Untuk Pusat Anak Permata Negara <b>...</b> Posted: 19 Feb 2013 09:46 PM PST Woahh! Waktu lunch tadi agak gigih bergegas ke Tesco Extra dan terus ke Pusat Anak Permata Negara Bercham. Semalam, Mummy buat penglibatan 4 jam untuk bulan Februari di Permata. Dapat tahu dari Cikgu Mira yang pada 22 Februari 2013 ni untuk sambutan Chinese New Year nanti, anak-anak Permata ni akan membuat persembahan. Macam excited terus. Biasalah mak-mak yang terlebih excited. Kekekeke. Mummy pun tanyalah soalan cepumas, salah satunya, "kalau pakai cheongsam kan cantik". Jawab Cikgu Mira, "a ah kalau ada cheongsam lagi cantik, tapi kalau takde pun takpe. Kami tak paksa. Lebih bagus pakai baju warna merah". Balik kerja semalam, dah abis tengok cerita Rindu Bertamu Di Abu Dhabi dan makan malam. Terus Mummy bawak Qashrin dan Azran untuk temankan Mummy nak cari dress warna merah. Sebabnya cheongsam ni pon sekali je pakai. Cari punya cari takde pulak yang berkenan. Terus singgah ke Tesco Extra terjumpa cheongsam dua jenis. Satu sleeveless yang seksi satu lagi nampak high sophisticated type of cheongsam. So, Mummy pilih yang biasa punya sebab harganya RM13.88 yang lagi satu tu pulak RM24.88. Kata Qashrin, "mi, Qashrin nak yang tu (tunjjuk yang mahal), sebab sepesel". Amboi anak Mummy ni pandai pulak nak memilih. Hahaha. Fikir punya fikir, beli yang RM13.88 jelah sebabnya nak pakai sekali je pun Sesampai je rumah, Mummy try balik baju cheongsam tu. Besar lah pulak. Terus tak puas hati nak pergi tukar balik dengan niat nak beli yang mahal sikit macam gambar di bawah ni. Tukar barang dan nak tambah duit. Bila check price dekat kaunter perkhidmatan Tesco, katanya harga RM3.50??? Aik biar betul??? Takleh lah tunjjuk gambar cheongsam tu, tak surprise lah kan. Heheh. Malam tu nanti katanya akan ada Yee Sang beramai-ramai. Lebih kurang 22 kanak-kanak dan 30 orang dewasa untuk makan malam tu nanti. Dan digalakkan ibu bapa bawa makanan ringan-ringan macam pot luck sebabnya dah ada catering yang menyediakan makan malam kami nanti. So, Mummy dan 3 orang lagi mama yang lain akan sponsor satay 200 cucuk. Malam tu juga nanti akan diadakan sambutan hari jadi untuk anak-anak Permata yang tarikh harijadi-nya dari bulan Januari hingga April. Tak sabar nak tengok first performance Qashrin. Diharap, Qashrin dapat buat yang terbaik. Sebabnya semalam rehearsal, dia dah nangis malu nak Mummy. Terpaksa la malam Jumaat ni kena nyorok jadi invisible. Hahahaha. Xoxo |
You are subscribed to email updates from di bercham - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan