Isnin, 18 Februari 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Kemalangan Bas Ekspress & Treler <b>Di</b> Lebuh Raya Dekat <b>Gopeng</b> <b>...</b>

Posted: 04 Dec 2012 06:52 AM PST

Kemalangan bas ekspress dan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung semalam telah mengorbankan pemandu bas ekspress, manakala 10 orang penumpang cedera parah.

#BERITA PENUH

IPOH – Belum reda insiden yang mengorbankan seorang remaja, lima hari lalu, satu lagi nahas berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, di sini tengah malam tadi membabitkan sebuah bas ekspres dan treler serta menyebabkan seorang pemandu bas ekspres maut.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa, Abdul Rahim Musa, 57, maut di tempat kejadian selepas bas yang dipandunya membawa 13 penumpang merempuh bahagian belakang sebuah treler muatan air minuman.

Insiden yang berlaku di Kilometer 304.6 itu turut mengakibatkan 10 penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, cedera.

Mangsa yang berasal dari Jalan Hospital, Ipoh mengalami kecederaan di kepala dan dada akibat tersepit di bahagian tempat duduk.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, hasil siasatan awal mendapati, bas yang dipandu di lorong perlahan itu secara tiba-tiba merempuh treler yang turut berada di lorong sama menyebabkan kenderaan remuk teruk di bahagian depan.

Menurutnya, anggota Bomba dan Penyelamat Gopeng dengan bantuan bomba Tapah diketuai Peguasa Bomba Kanan II, S Ganasan terpaksa menggunakan alat keselamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Sementara 10 penumpang yang cedera termasuk seorang parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengambil keterangan pemandu treler, semua keterangan penumpang yang terselamat sudah direkodkan. – Sinar Harian

Google Catcha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan