07 di lumut - Google Blog Search |
Hafiz Kamal Wira Pahang, Pengadil Jadi Tumpuan <b>Di Lumut</b> | Dunia <b>...</b> Posted: 22 Jan 2013 05:02 PM PST Pahang bangkit dari kekalahan kepada Selangor sebelum ini dengan membenam cabaran Terengganu 3-0 di Darul Makmur untuk membawa pasukan bimbingan Dollah Salleh ini memimpin carta liga setakat ini. 0-0 di separuh masa pertama, perlawanan tampak bakal berkesudahan seri. Terengganu yang mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol akhirnya perlu menyalahkan diri sendiri akibat kegagalan tersebut selepas Hafiz Kamal membawa Pahang didepan menerusi sepakan percuma cantik pada minit 77 menewaskan Syed Adney, penjaga gol Terengganu. Penyerang sensasi, Fauzi Roslan terus membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-78 untuk membawa pemain kelahiran Pekan ini unggul memimpin senarai penjaring terbanyak dengan 5 gol. Hafiz kemudiannya menambah derita Penyu dengan gol ketiga Tok Gajah pada penghujung perlawanan. "Hari ini aksi Hafiz Kamal adalah yang terbaik. Sudah lama dia tidak menjaringkan gol dan memang sedikit sebanyak persembahan baiknya pada perlawanan ini telah memberikan kita 3 mata penuh" kata Dollah Salleh mengenai aksi Hafiz Akmal yang menjadi watak penting kemenangan Pahang ini. Di Lumut pula, pengadil Zulkifli Ahmad menjadi tumpuan selepas beberapa keputusannya yang sedikit dipersoalkan mengakibatkan Perak dan Selangor terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Insiden layangan kad merah kepada pemain Selangor, Amri Yahyah selain 2 jaringan Perak yang dibatalkan kerana offside sedikit sebanyak telah mencetuskan ketidakpuashatian peminat yang hadir. Gol Selangor berjaya dijaringkan menerusi rembatan cantik penyerang import, Forkey Doe pada minit 66 sementara jaringan penyamaan Seladang pula hadir menerusi sepakan penalti Hadi Yahya pada minit ke-81. "Ada duka ada gembira malam ini. Duka kerana kita memberikan sepakan penalti kepada lawan disaat akhir. Gembira pula kerana kita bermain dengan baik walaupun beraksi kekurangan seorang pemain selain Forkey Doe yang telah menamatkan kemarau jaringannya" kata Irfan Bakti ketika mengulas mengenai keputusan seri ini. Satu lagi pasukan dari Selangor, PKNS FC pula gagal meneruskan rentetan 2 kemenangan berturut-turut mereka selepas tewas 1-3 kepada Darul Takzim FC. Safee Sali menamatkan kemarau jaringannya dengan menyudahkan hantaran Dani Guiza pada minit 19 untuk membawa pasukan dari selatan tanah air itu 1-0 dihadapan. Babak kedua, DTFC menambah jaringan kali ini menerusi Ahmed Ezrie pada minit ke-61 sebelum Guiza mencetak gol ketiga pada minit ke-87. Gol saguhati PKNS hadir pada masa kecederaan selepas Faiz Isa meledak volley cantik buat pasukan bergelar Semut Merah ini. Lain-lain keputusan menyaksikan juara treble, Kelantan sekali lagi gagal mencatat kemenangan selepas sekadar seri 0-0 dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu. T-Team pula berjaya menewaskan LionsXII di Kuala Terengganu hasil sepakan penalti Badrul Hisyam sementara ATM meneruskan rentak cemerlang mereka dengan kemenangan 2-0 keatas Felda di Paroi menerusi gol Marlon Alex James dan Shukor Adan. Selepas 5 perlawanan, 2 pasukan yang beraksi di Liga Premier musim lepas kini menjadi 2 pasukan terbaik liga dengan Pahang kekal memimpin carta menerusi 12 mata yang dipungut sementara ATM ditangga kedua dengan 10 mata. 2 pasukan tercorot pula diisi Negeri Sembilan dan Terengganu yang sekadar mencatatkan 2 mata setakat ini. Liga Super akan berhenti rehat sehingga 15 Februari ini untuk memberi laluan kepada kalendar antarabangsa dimana pasukan kebangsaan akan menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2015. Related posts:
|
You are subscribed to email updates from di lumut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan