Isnin, 18 Februari 2013

07 di menglembu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di menglembu - Google Blog Search


Budak 3 tahun dilarikan <b>di Menglembu</b> ditemui di Batu Gajah

Posted: 09 Aug 2010 09:13 AM PDT

Budak 3 tahun dilarikan di Menglembu ditemui di Batu Gajah

09/08/2010 4:24pm

IPOH 9 Ogos - Seorang kanak-kanak yang dilarikan oleh seorang lelaki bersama dengan kereta, yang ditinggalkan oleh ibunya di kawasan perumahan di Menglembu, berjaya ditemui di Batu Gajah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 malam ketika kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu bersama ibunya pulang ke rumah di Taman Sepakat, Menglembu selepas menziarahi saudaranya.

"Ketika wanita itu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar, anaknya ditinggalkan di dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup serta pintu sebelah pemandu terbuka, katanya ketika dihubungi hari ini.

Najib berkata, pada masa sama seorang lelaki tiba-tiba meluru masuk ke dalam kereta itu dan melarikan anak mangsa ke arah Batu Gajah.

Ibu mangsa, yang terkejut, kemudian bergegas ke Balai Polis Menglembu untuk membuat laporan. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved