Rabu, 20 Mac 2013

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


P 063 <b>Tambun</b> Kini Berjumlah Lebih 88300 Pengundi <b>...</b> - Ipoh Malay

Posted: 17 Mar 2013 07:37 PM PDT

Parlimen Tambun telah mengalami kenaikan 27.83% jumlah pengundi berdaftar mengikut rekod SPR sehingga  12 Mei  2012. 
Mengikut rekod tersebut, Parlimen Tambun sehingga tarikh tersebut telah mempunyai 88,358 orang pemilih berbanding 68,699 orang pada PRU12 tahun 2008.
DUN Manjoi mengalami peningkatan sebanyak 37.5% iaitu 50,379 pengundi berbanding 36,640 pada PRU 2008 manakala DUN Hulu Kinta mengalami peningkatan sebanyak 19 % dengan 34,881 pengundi berbanding 29,326 pada PRU 2008.
Ia merupakan satu lonjakan yang cukup tinggi berbanding pada PRU 2008 di mana bilangan pemilih bagi parlimen Tambun berada pada kedudukan keenam paling ramai pemilih di negeri Perak selepas Batu Gajah, Ipoh Timor, Gopeng, Lumut dan Ipoh Barat.
Jumlah itu menjadikan Parlimen Tambun kini merupakan kawasan parlimen kedua tertinggi bilangan pemilih di negeri Perak selepas Parlimen Gopeng yang mempunyai 96,272 orang pemilih sehingga 12 Mei 2012.
Angka yang sah di hari mengundi kelak semestinya lebih tinggi dari ini kerana SPR akan menggunakan senarai daftar terkini pada PRU13 nanti.
Parlimen Tambun merupakan satu-satunya kawasan Parlimen bermajoriti Melayu di bandaraya Ipoh dengan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dimenangi oleh wakil UMNO pada PRU12 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan