07 di hutan melintang - Google Blog Search |
AMIE'S LITTLE KITCHEN: Sehari Beraya <b>di Hutan Melintang</b>, Perak. Posted: 02 Sep 2011 04:13 AM PDT Assalamualaikum semua. Apa khabar teman-teman.... agaknya sudah hampir selesai menziarahi sanak saundara sempena hari yang mulia ini. Raya ketiga, Amie sekeluarga, bonda, dan sanak saudara berkunjung ke Hutan Melintang, ke rumah saudara mara sebelah bonda. Bonda lahir di Kampung Belumbang Panjang, Bagan Datoh, Perak tapi saudara bonda menetap di sekitar Hutan Melintang. Kali terakhir Amie datang ke Hutan Melintang kira-kira 15 tahun yang lalu.... wah lamanya! Kali ini Amie bukan sahaja beraya tapi turut menikmati keindahan desa yang menghijau di sekitar rumah sepupu Amie. Raya pertama bersama keluarga dari Perak di rumah bonda di Bukit Hijau. Menurut bonda, keluarganya di Perak memang pandai membuat kuih tradisional. Di atas ialah kuih Sagon Bakar, Amie ambil gambar kuih ini di rumah Kak Halijah, sepupu Amie. Sebelum ini semasa hayat kakak bonda masih ada, yang kami panggil Wak Perak, memang macam-macam kuih raya yang dibuat secara tradisi dihidangkan. Amie terpikat dengan suasana sekitar rumah Kak Halijah yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan menghijau termasuk pokok bunga, herba dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Sementara Kak Halijah sibuk memasak di dapur, dan yang lain sedang menikmati kuih raya, Amie ambil kesempatan mengambil gambar di luar rumah.... Orkid di tengah batang pokok kelapa. Buah labu air yang Kak Halijah tanam di belakang dapur....panjangnya! Buah petola cantik bergantung di bawah pokok kelapa sawit. Pokok mata kucing sedang berbuah.... Pokok kecubung pun ada.... herba beracun tau! Pokok limau nipis lebat berbuah..... Belimbing buluh yang masih tinggal. Lengkap dengan rumpun pandan nan menghijau. Pokok herba... pecah beling. Buah limau.... tak sempat tanya buah limau apa, tapi sempat makan 3 biji! Pokok turi .... banyak ditanam sepanjang jalan di hadapan rumah. Pokok belinjo.... pucuknya sedap dibuat sayur lemak! Tuan rumah..... Abang Alias yang sentiasa ringan tulang mengusahakan pelbagai tanaman di sekitar kediamannya bersama Kak Halijah. Sempat mengintai reban itik.....ada telurnya! Setiap inci tanah dimanfatkan.... ini pokok ubi kucir, daunnya panjang-panjang, enak dimasak lemak! Ha... ini telur ayam kampung! Oleh kerana leka mengelilingi rumah, Kak Halijah sudah siap memasak di dapur bersama Kak Kamisah. Apalagi.... kami pun menjamu selera dengan lauk pauk kampung. Sebenarnya terlupa nak tangkap gambar hidangan tengahari tapi sempatlah juga ambil beberapa lauk termasuk sayur turi masak lemak dengan labu manis seperti di bawah ini. Sayur Daun Turi Masak Lemak dengan Labu Manis.... bonda kata rasanya sangat sedap! Memang betul tu.... Antara lauk-pauk yang Kak Halijah sediakan tengahari itu termasuklah Udang Masak Sambal, Ikan Kembung Masak Asam Pedas dengan Kacang Bendi, Telur Itik Goreng, Sambal Belacan, Ikan Kering Bulu Ayam Goreng, dan pelbagai lauk lain seperti Ayam Masak Kicap dan Rendang Daging. Selepas makan sempat lagi berkeliling rumah bertemu dengan sang monyet! Comelnya.... Dah kenyang perut... alangkah enaknya bersantai-santai di bawah pokok belimbing sambil berbuaian.... sambil menikmati angin semilir sepoi-sepoi meniup! Apa di atas tu? Ha... walaupun dah kekenyangan tapi bila ternampak buah kelapa pandan bergayut di atas pokok.... kami pun keluarkan jakun (kata Lady Ayu).... memang betul-betul jakun.... apa tidaknya, entah berapa tandan buah kelapa diturunkan dan kami pun kenduri minum air kelapa pandan dan korek isinya makan bawah pokok! Kepada Abang Alias dan Kak Halijah yang baik hati, terima kasih kami ucapkan. Moga rezeki sentiasa menyebelahi keluarga kalian. Begitu juga dengan Kak Kamisah, Abang Nan dan Kak Ina yang sibuk melayan kami. Menurut Kak Halijah, setelah bondanya meninggal dunia 2 tahun lepas (Wak Perak), rumahnya pula menjadi tempat 'transit' saudara mara. Jadi rumah pertama yang kami ziarahi di Hutan Melintang ialah rumah Kak Halijah yang terletak di Parit 7, Sungai Sumun. Selamat tinggal Kak Halijah sekeluarga.... ada rezeki dan umur panjang kita pasti bertemu lagi. Singgah sebentar di rumah Abang Saleh dan Kak Ros, dan juga rumah Kak Rohaniah. Oleh kerana bateri kamera Amie sudah habis, cerita pun berakhir di sini.... |
You are subscribed to email updates from di hutan melintang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan