Ahad, 12 Februari 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Jengka 19: Utusan Online - Utara

Posted: 11 Feb 2012 10:11 AM PST


Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

Posted:

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia

Oleh AIN SAFRE BIDIN
pengarang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada pelajar di DUN Sungai Manik gembira menggunakan Internet ketika Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Langkap, semalam.


TELUK INTAN 11 Feb. - Lebih 5,000 penduduk di sekitar Langkap dan Sungai Manik dekat sini memeriahkan hari pertama Karnival Jalur Lebar 1Malaysia yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi berkata, sambutan yang antara lain bertujuan melahirkan masyarakat celik teknologi maklumat (IT) itu turut disasarkan kepada penduduk warga emas di kawasan pedalaman.

"Pelbagai langkah telah digerakkan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dalam menyediakan prasarana komunikasi terbaik, justeru ia harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat pelbagai lapisan.

"Selain prasarana Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), sejuta netbook juga telah diagihkan di bawah program Komputer 1Malaysia termasuk pembinaan Pusat Jalur Lebar Komuniti serta projek tanpa wayar di kampung-kampung pedalaman di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan berkenaan yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan di sini hari ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), K-Perak dan Pusat ADUN Sungai Manik itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti seperti bengkel keusahawanan serta pelbagai jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Selain pertandingan mewarna serta pelbagai kuiz dan cabaran ICT, pengunjung juga berpeluang mendengar forum perdana yang mengupas peranan ICT dalam pembangunan ummah selain dihiburkan dengan persembahan nasyid.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menjamu selera di majlis Kenduri Rakyat yang diadakan pada tengah hari esok secara percuma selain menyertai cabutan bertuah sepanjang karnival tersebut diadakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Zainol berkata, bagi menyemarakkan penggunaan IT di DUN berkenaan, setiap pemimpin kampung di sini dibimbing untuk mewujudkan laman Facebook berasaskan konsep Notis, Aduan, Niaga dan Informasi (NANI).

Justeru katanya, orang ramai dijemput memeriahkan lagi sambutan tersebut di sini sebelum ia akan diadakan di Pulau Pangkor selama dua hari bermula 25 Februari ini.

Tambah beliau, siri Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Wilayah Utara itu juga akan diteruskan di Alor Setar, Kedah selama tiga hari bermula 9 Mac depan.

JKM bantu bayi benjol belakang kepala

Posted:

JKM bantu bayi benjol belakang kepala

JKM bantu bayi benjol belakang kepala

KUBANG PASU 11 Feb. - Penderitaan bayi lelaki berusia enam bulan yang mempunyai benjol di belakang kepala kerana masalah pengumpulan cecair mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai JKM Kubang Pasu, Mohd. Shabri Othman berkata, bayi tersebut, Muhammad Aidil Afifi Othman akan menerima bantuan am untuk perubatan RM250 mulai bulan ini.

"Pemberian bantuan dibuat setelah JKM berpuas hati dengan penilaian yang dibuat ke atas kedua ibu bapa bayi itu.

"Pendapatan ketua keluarga ini berada di bawah paras kemiskinan, ibu bayi itu pula tidak bekerja dan terpaksa membayar sewa rumah secara bulanan," katanya kepada pemberita ketika melawat bayi itu di Kampung Teluk Keluang, Tunjang di sini, semalam.

Utusan Malaysia pada 6 Februari lalu melaporkan, sepasang suami isteri bimbang dengan keadaan anaknya yang mempunyai benjolan sebesar bola golf di belakang kepala.

Keadaan itu menyebabkan bapanya, Othman Ahmad, 32, dan ibunya, Norain Redzuan, 25, bimbang kerana Muhammad Aidil Afifi kerap menangis setiap kali benjolan kepalanya terhantuk objek keras.

Sementara itu, Othman yang bersyukur dengan bantuan itu memberitahu, wang tersebut boleh menampung perbelanjaan perubatan anaknya termasuk membeli ubat saraf.

"Bantuan ini dapat meringankan beban kami sekeluarga memandang isteri tidak bekerja manakala pendapatan saya sebagai pembancuh air RM550 tidak mencukupi kerana terpaksa membayar duit rumah sewa RM200 sebulan," katanya.

Kebakaran di Kedah meningkat Januari

Posted:

Kebakaran di Kedah meningkat Januari

Kebakaran di Kedah meningkat Januari

ALOR SETAR 11 Feb. - Jumlah kebakaran di negeri ini didapati meningkat ekoran cuaca panas dan kemarau yang melanda sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Shahabuddin berkata, 261 kes kebakaran dilaporkan bulan lalu berbanding 152 kes pada Disember 2011.

Menurutnya, keseluruhan kes kebakaran itu melibatkan 39 kes kebakaran bangunan, 110 kes kebakaran hutan atau belukar dan 112 lain-lain.

"Cuaca panas kering dan kemarau ini dijangka berlarutan sehingga April ini, jadi jabatan bomba menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terutama sekali jangan melakukan sebarang pembakaran terbuka. Dalam cuaca panas ini api senang merebak.

"Pihak jabatan juga meletakkan seluruh anggota dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kes kebakaran terutama di kawasan kampung-kampung di mana struktur rumah kebanyakannya papan dan mudah terbakar," katanya di sini semalam.

Ahmad turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terutama ketika menggunakan perkakasan elektrik di rumah masing-masing.

"Banyak kebakaran juga berpunca daripada litar pintas di mana satu soket elektrik diguna untuk pelbagai perkakasan elektrik," katanya.

Tambah beliau, jabatan tersebut juga akan mempergiatkan kempen kesedaran tentang kebakaran dalam kalangan penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan