Ahad, 12 Februari 2012

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


JeMaRi AsMaRa: KERANG BERDARAH <b>DI PANTAI REMIS</b>

Posted: 11 Feb 2012 09:43 PM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Satu lagi entry tertunggak.. Selasa 07.02.2012 yang lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Saja singgah masa on the way balik kampung.
Sempat la juga 3 beranak ni bergambar..
Pantai Remis ni antara pantai peranginan di Selangor. Tapi pantainya tidaklah sesuai untuk mandi manda, sekadar ambil angin dan jalan-jalan boleh la..
Banyak gerai jualan di Pantai Remis ni..
Untuk yang bawa anak-anak tu bersedialah dengan RM ye.. Macam-macam ada, dari makanan, pakaian, mainan, macam-macamlah..
Medan selera pun ada. Ibu tak pasti apa menu yang ada, sebab masa kami sampai gerai baru buka. Yang ada cuma nasi putih, ikan bakar, kerang bakar, ABC dan air kotak. Yang lain-lain belum siap katanya..
Agak-agak Yusuf kata apa tu?
Kami order kerang, sotong, ikan cencaru, ikan pari.. semuanya bakar. ABC dan nasi putih. Meh nak komen satu-satu okey..
ABC.. RM3.00 semangkuk. Tapi sangatlah biasa-biasa, bahan pun ala kadar, susu pun macam tak ada. Cuma nampak special sebab dia cucuk sebatang wafer di atasnya. Lain kali kalau datang lagi, dah tak mau dah order ABC.. :-(
Kerang.. Sila rujuk tajuk di atas okey. Juga rujuk gambar ketiga dengan memek muka Yusuf. Tu Yusuf kata; "Eeee.. ada darah!!".. Hmmm, kerang tu tak masak sebenarnya. Kerangtu di masukkan dalam satu penyepit berjaring dan diletak atas api. Yang tepi-tepi, kerangnya rentung. Yang dalam-dalam banyak tak masak. Sabar ajelah..
Ikan cencaru.. Hmm, satu lagi versi RENTUNG!! Sampai ekor ikan tu rupanya sebiji macam arang. Cuma ibu tak snap gambar je, sebab masani tangan dah kotor makan kerang..
Ikan pari.. Alhamdulillah, yang ni okey sikit. Cuma daun pisangnya rentung dan melekat-lekat pada ikan..
Air asamya, bolehlah. Macam kat kedai-kedai ikan bakar lain juga..
Sudahnya, Yusuf yang beria-ia makan lapar tak berapa nak makan pun. Dia kata semua hitam-hitam. Huhuhu..
Ini adalah komen jujur dari seorang pengguna. Tiada niat nak buruk-burukkan peniaga disitu. Semoga ada penambah baikan dari segi makanan dan perkhidmatan yang diberikan..
Okeylah, ibu nak ke IKEA lepas ni. Jumpa lagi ya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan