Ahad, 12 Februari 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Pontianak <b>Di</b> Menara Condong <b>Teluk Intan</b> Perak ? | Aku Dan <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2012 05:58 PM PST

Imej pontianak muncul di Menara Condong Teluk Intan Perak baru-baru ini heboh diperkatakan. Imej pontianak di Menara Condong Teluk Intan ini sudah mula tersebar di Facebook dan blog-blog tempatan untuk disensasikan. 

Imej puntianak yang muncul itu dikaitkan dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.

Namun pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

Beliau juga berkata penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak.

Secara peribadi saya merasakan mereka yang 'bertuah' sahaja yang dapat merakam imej entiti ini. Kita mesti  mengakui wujudnya entiti yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun keaslian foto itu boleh dipertikaikan. Boleh jadi ada pihak sengaja mencipta imej itu dengan tujuan memburukkan pusat pelancongan itu. 

Jangan pula disebabkan foto itu kita bertindak memulaukan pusat pelancongan Menara Condong itu kerana belum ada kesahihan mengenai imej pontianak itu.. Kita mestilah pandai menilai dalam perkara ini...Wallahualam.. 

Velasrizal Rodriguez

Adios~~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan