Ahad, 12 Februari 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


PHOTOGRAPHY, SNAP AND SHARE: cari siput remis <b>di lumut</b>

Posted: 08 Feb 2012 07:53 AM PST

Turun dari Cameron Highland terus menuju ke Damar Laut Lumut, menginap di sana 1 malam, hotel ni jauh ke dalam, sunyi, mak ai! mahal kalau nak order makanan di sana, nasi goreng sepinggan rm24. room service, apa yang dia bubuh sampai rm24. kalau buffet dinner seorang rm78.88. kami pi 5 orang, dekat rm400 kalau makan kat situ, so kami pun keluar mejuju ke pekan lumut untuk makan malam di sana, makan seafood sekeluarga cuma rm128.00 makanan pun boleh tahan sedap. kira tak serik lah boleh datang lagi kalau singgah kat lumut, apa entah nama restoran tu lupa dah kaknab.

Keesokan pagi, lepas subuh kaknab dah survey tepi pantai, jalan jalan kat pantai, cuba2 korek siput remis, nostalgia semasa kecik di tanjung tokong. Amboi banyaknya siput kat sini. Sekali korek 3-4 ekor dapat, kira banyak lah, sebab korek dengan tangan sakit sikit kuku. Dalam setengah jam, korek, kaknab pun balik ke bilik semula, takut nanti depa cari kaknab, pi mana pula orang tua ni. Bila anak2, suami dan menantu dah siap kami pun p buffet breakfast. dalam pukul 9.30 semua sekali turun ke pantai, pakat cari siput remis, Seronok pula, kali ni tangan kaknab xsakit lagi, sebab kaknab pakai pengorek iaitu, tempat letak sabun hotel, pinjam jap ok hehehe. Yang bestnya, tak payah kena ombak, sebab cari atas sikit dari gigi air, itu pun remis banyak. Bawa balik dekat 2 kilo. Bestnya. balik rumah kaknab rebus, makan macam tu je, hirup kuahnya manisnya. Separuh lagi kaknab simpan the next day buat kerabu taugeh campur dengan siput. memang sedap.

ni lah remis yang kami cari, banyak kan.
ni isi yang lebih untuk buat kerabu taugeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan