07 di hutan melintang - Google Blog Search |
- Muktahir: Gegaran <b>Di Hutan Melintang</b>.
- Wedding pertama selepas bergelar puan <b>di Hutan Melintang</b>, Perak
- Panas! BN menghina rakyat <b>Hutan Melintang</b> : Media Perak
Muktahir: Gegaran <b>Di Hutan Melintang</b>. Posted: 11 Apr 2012 01:54 AM PDT Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia. Aku tengah online depan tv sekarang manakala hubby aku online dalam bilik. Aku sangkakan aku kepeningan. Aku panggil hubby tapi dia pun ingat dia pening. Rupanya semua benda dalam rumah sedang bergoyang. Adakah berlaku tsunami atau gempa bumi? Gegaran berlaku antara jam 4.42 minit petang selama lebih kurang 30 saat. Sekejap lagi mesti masuk berita. Ada sesiapa yang terasa gegaran tadi? * UP DATE: |
Wedding pertama selepas bergelar puan <b>di Hutan Melintang</b>, Perak Posted: 03 Jun 2012 12:35 AM PDT Harusla nak tempel besau-besau gambar aku kan..hihi..aku ni memang seorang kazen yang sangat 'bagus' kan..tak nyempat-nyempat nak wrapping adiah kawen..letak je dalam paper beg Sogo tu..punye la malaskan..siap tampal dengan selofin tape lagi kat bahagian atas.. Anak buah aku yang tangkap gambar di atas kate, "makcik!paman peluk makcik!" aku pun cakap.."ye ke?mane de.." dengan penuh semangat die view balik gambar tu..dan tunjuk..."haa..ni..tangan paman kat bahu makcik.." betape caringnye anak buah aku ni kan... Ni pulak gambar dengan family aku...ade sepupu dan ibu saudaraku jugak di situ... Bersama sepupu yang kami raikan di pelamin...hehe....sepupu aku yang pompuan tuh.. |
Panas! BN menghina rakyat <b>Hutan Melintang</b> : Media Perak Posted: 15 Jul 2012 05:45 AM PDT Ingat lagi pasal perasmian balai bomba baru Hutan Melintang yang aku pernah tulis aritu? Alhamdulillah, setakat ni aku tak dengar lagi ada kebakaran di kawasan kami ni. Harap-harap pun tak la. Tambah-tambah dekat-dekat nak puasa ni..nak raya pulak lepas tu kan? Cuma yang tak sedap telinga aku mendengarnya ialah ada cerita di balik cerita. Macam ni. Hari tu aku cuma tulis perasmiannya dibuat oleh Raja Muda Perak. Yang datang mestilah ramai. Termasuklah pak-pak menteri dan mak-mak menteri. Zahid Hamidi ada. MB Zambry tu pun ada. Dia kan MB Perak walau pun hati aku masih berat nak mengaku dia sebagai MB aku. Ok. Yang aku terpanggil nak buat susulan cerita ni sebab YB Kesavan, wakil rakyat DUN Hutan Melintang rupa-rupanya tak diundang masa perasmian tu. Mana aku tau? YB sendiri yang cerita pada aku dan sorang lagi team Media Perak. Dia hanya tau bila melihat banner-banner yang begitu banyak dipasang di merata tempat dari Teluk Intan sampailah ke Hutan Melintang. Dan dia berharap dari hari ke hari, dia akan terima kad undangan. Tunggu punya tunggu, hampeh! So, pada hari perasmian dia pun pergi. Sampai kat dalam , YB memperkenalkan diri di bahagian protokol. Depa tanya ada kad jemputan tak? YB kata dia wakil rakyat situ tapi dia takde terima apa-apa kad. Oleh kerana banyak sangat soal jawab, dia pun bergerak ke khemah orang awam. Tak lama lepas dia tercegat di situ sebab bangku semua dah penuh, datang la sorang pegawai. Dia ajak YB masuk ke bawah khemah tetamu kehormat yang bersebelahan dengan pentas di raja. Tapi macam tadi, YB memberitahu dia tak nak ke sana sebab dia takde terima kad! Tak lama lepas tu, datang sorang lagi pegawai,yang pangkatnya agak besar sikit dari yang tadi, mengajak YB masuk ke bawah khemah kehormat. Sekali lagi YB menjawab dia tak akan masuk ke situ sebab dia tak terima jemputan secara rasmi. " Biarlah saya duduk bersama rakyat yang telah memilih saya sebagai wakil mereka..dan saya anggap kedatangan saya ini sebagai rakyat.." Maka terkulat-kulatlah pegawai tu mendengar jawapan YB Kesavan. Setelah YB berdiri sekian lama, majlis pun tamat. Raja Nazrin yang diiringi Zahid Hamidi, Zambry dan orang-orang kenamaan berjalan untuk menyantuni rakyat jelata. Bila sampai di khemah orang awam, YB pun turut sama bersalam dengan Raja Muda! Yang bestnya YB menegur Raja Muda. " Ampunkan patik,Tuanku. Patik wakil rakyat Hutan Melintang datang sama-sama menyambut Tuanku walau pun patik tak dijemput secara rasmi.." Raja Muda menjawab, " Ohh..YB, I am happy to see you here..How are you? We talk about it later.." Haaa…. Pucat pasi muka si Zahid Hamidi dan Zambry! Ok. Itu kes pertama. Rupanya BN ni memang haprak. Aku tak tau apa ada dalam kepala otak depa? Pada 6hb.Julai yang lepas, satu upacara pecah tanah telah selamat dijalankan di sini. Orang Kampung Sg Ipil hinggalah ke Sungai Dulang bakal dapat jalan baru! Dan projek ni termasuk dalam DUN Hutan Melintang! Sekali lagi YB Kesavan tak dijemput! Ni apa celop ni???? YB jugak yang ceritakan perkara ni pada kami di malam pelancaran bilik gerakan pilihanraya PR di Parit 11 , Sungai Sumun dua minggu yang lepas. Terang-terang ini projek Jabatan Kerja Raya Perak untuk rakyat Perak tapi korang tengok la..Semua projek dah jadi projek BN! BN benar-benar dah menghina rakyat Hutan Melintang dengan menafikan YB Kesavan sebagai wakil rakyat yang sah. Ate? Apa tunggu lagi? PRU 13 kita talkinkan semua konco-konco BN . Jangan dibagi peluang lagi walau sebesar hama. Berani buat perubahan …^_^ Related posts: |
You are subscribed to email updates from di hutan melintang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan