Ahad, 9 September 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


Ceeramoon: Raya kedua <b>di Tronoh</b>

Posted: 27 Aug 2012 10:05 PM PDT

Ikut hati malas dah nak update pasal raya. Tapi dah alang-alang kelmarin aku dah edit dan masukkan gambar, jadi kita update sajalah. Nanti kalau tak update, mahu seminggu blog aku ni terabai, kehkeh. Itu pun belum bersalin lagi. Kalau dah bersalin, tak tahu la banyak mana senyap blog aku ni. Tapi aku akan cuba untuk tidak buat begitu ye... *pandang tempat lain*

Pagi-pagi di sabak bernam.
Kitorang takde la rushing sangat nak balik tronoh. Jadi dalam tengahari baru bersiap nak bertolak ke sana.

Ciput siap pakai baju melayu.
Ini baju melayu 2 tahun yang lepas. Sejak kawin dengan aku, baju melayu dia ada banyak sikit. Sebab tiap tahun wajib beli yang baru. Sampai la ko boleh recycle semula baju yang sama kalau tahun itu adalah tema berulang. Buat masa ni, belum berulang lagi. Jadi merasalah tiap tahun pakai baju melayu baru kennnnnnnnn... Tapi baju hijau hari tu ada je baju tunang, tapi aku gediks jugak suruh dia beli yang baru. Kahkahkah... Eh aku yang belikan lah!

Please ye adik beradik, tahun depan sila tema color oren and peach ye.
Sebab iols beraya di cheras baru.

Dorang kong aja, cakap kalau color oren kesian kat ciput sebab dia gelap. pffftttt....
Heloooooooooo ciput tu color apa pun masyuk okey. Cuma pink je yang aku geli sikit kalau dia pakai, haha..

Bercamwhore sebentar dalam perjalanan pulang ke kg.
Cun cun balik kg. Memang timing keisha tido. Jadiknya, boleh la ahkak bersenang lenang sambil keisha tido di sit belakang...

Jalan ok la. Cuma kat jambatan dari teluk intan tu yang hazab sikit. Baru lepas eksiden. Tu yang keta tak bergerak-gerak. Dalam 20minit macam tu, baru keta bergerak semula.

Yang zackU dah berapi-api menunggu kitorang kat kg. Sebab sorang pun tak sampai lagi. Hewhew...
Ate, dorang bertolak lepas subuh, merasala kan sampai awal. Nanti ko dah kawin, ko pun macam kitorang ana, tak kuasa nak bertolak lepas subuh...

Elok sampai, andak pun sampai. Akak pun dah ada. Apa lagi, jom la menggediks...

Yang dorang bising-bising larang aku pergi amik gambar kat belakang rumah.
Aku dah pelik, pehal aku takleh join amik gambar kat belakang... mana aci.
Dan tetiba, mak pun sokong aku. Cakap, biorla atam nak amik gambar sekali. Baca la apa-apa yang patut sebelum melangkah kebelakang rumah tu.

Cik intan pulak cakap,
Ish takde 'apa-apa' la kat belakang rumah tu...

Tapi sebelum melangkah, aku suruh jugak ciput baca-bacakan something.
Jadi dia bacakan ayat sulaiman tak salah aku... baru la boleh melangkah dengan confidentnya...

Dulu kat kg nie boleh tahan banyak jugak hantu... gegegege...
Dan kat belakang belakang belakang lagi tu adalah lombong. Jadi macam bahaya sikit la.
Aku bukan nak ke lombong tu pun. Kalau ke situ pun aku takut. Aku cuma nak pergi kat sebelah rumah tu je amik gambar... itu pun dorang nak takut-takutkan aku. Coi....

Dah la tu, tak bagi aku panjat pasir ni pulak.
Ehhhh aku nak panjat jugak tak kire.... Jadi terhasillah gambar mak buyong yang tak sedar diri itu... hehehehe...
Burok gila kot. Perut ke depan sampai macam tu sekali. Ada hati nak pakai baju fit-fit.
Ate, ahkak dah takde baju uols. Kuasa dah nak beli baju baru. Pakai je baju apa yang ada. Tak kira la orang nak tengok burok macammana pun. Asal duit aku tak membazior. Semua pakai kasut flat. Aku sorang je pakai kasut tak berapa nak flat. Siap berlagak naik atas pasir taknak tanggal kasut, =P
Lepas tu nak turun tergayat-gayat. Merasala ko disitu... Bergambar bersama cik intan dannnnnnnnnnnnn siapakah makcik disebelah aku tu ye? hahahaha.... Keisha dah daddy... Dan ini saya nak tunjuk perut saya yang begitu kedepan sekali. Seperti nak meletop rasa... Besar benar! tapi iols baru 62kg ajer tau time ni...

Lepas dah bergambar-gambar. Semua pun dah sampai. jadi marilah kita beraya di rumah sedara mara. Masa kat tronoh, cuaca tak seterik kat sabak. Jadi time beraya tak rasa berlengas dan penat sangat. Kalau beraya time panas, perghhhhhhhhhh satu rumah pun boleh jadi mengah.

Keisha dah tukar dress..
Suka dia bila sepupu dia ramai. Siap main pusing-pusing segala. Aku pun dia dah lupa. Asik ingat maksu je. Sikit-sikit maksu. Tapi takpe, aku sukeeeeeeeeeeee.. boleh la main game jewels star dengan tenang, kahkah... Darwish, nisa, dan keisha... Dah bersiap untuk beraya waktu malam pula.
Petang-petang tak sempat nak habiskan semua rumah sebab tetiba ada tetamu datang rumah opah. jadi kelam kabut semua pun balik rumah opah dulu. Ada dua rumah je lagi nak beraya.
Habiskan hari ni jugak. Sebab besok dah tak kuasa nak keluar beraya. Nak buat BBQ pula...

Gambar time beraya aku tak snap. Jemah and zackU adalah snap. Ko tengok ajer la blog mereka ye...

Ini besok raya ke3 pula.
Biasanya, makpak aku besok time subuh dah beria balik kl.
Kali ni je nampak relaks sikit, dorang dah tak rushing nak balik kl.
Dah la jarang-jarang balik kg ken... sekali balik kg semalam je ko tido. Udah la semalam je tido, lepas tu beria pula masing-masing nak balik awal. Tak baik okey. Kesian opah, dah la opah uzur.

So syiok la tahun ni sebab semua tak beria nak balik awal. Semua pun chill chill je.
Hey kaklang, cucu durhaka. Dia memang tak balik. Sudah berapa tahun tak balik tronoh. Jalan balik pun dah lupa kot. Hahahahaha... *larik....

Cuba teka siapakah mereka.
Sedang sibuk membuat air asam untuk makan dengan ikan bakar. Kerang bakar, ubi pun ado. Dan paling terbaik, ikan tilapia bakar. Meleleh ayaq liuq kalau makan dengan air asam. Sedap melampau! Suasana di belakang rumah... Masa untuk makan.
Disebabkan ada ulam-ulaman sekali. Terpaksa makan dengan nasik sekali.
Jadi kitorang makan tengahari tu, nasik panas + ulam + bakar-bakar. Terbaik wok! Lepas makan, bersenang lenang pula di luar. Atuk melayan cucu-cucunya... Layu je mata keisha. Rupanya dia demam.
Tetiba je demam.
ZackU la yang perasan, kata badan keisha macam demam. Aku pegang tak rasa apa pun, sebab aku pun time tu berlengit panas. Jadi pegang keisha tak dapat nak rasa haba panas tu. Bila aku dah mandi, pegang keisha baru perasan yang dia demam.

Cian anak mummy...
Nasib baik tak merengek banyak.

Ko tengok la. Apa akak abang dia buat, dia redha je. Lemah sangat gayanya...

Before asar baru kitorang bertolak balik.
Singgah sekejap kat sri iskandar sebab nak pergi klinik mintak ubat.
Keisha suka la lepas dapat ubat. Time-time tu jugak dia nak makan... lepas dah makan ubat, baru badan dia kurang panas sikit.

Kitorang tak terus balik kl. Tapi balik sabak semula lepak satu malam kat sana, hari rabu baru bertolak pulang ke KL.

Balik awal sebab ada urusan nak disetelkan sementara dapat cuti panjang.

Ok, itu saja cerita raya saya yang ohsem.

Yang korang tak geti geti nak update cerita raya? takkan cuti lama sangat kot!!!

Love: Ceera =P

SUARA PERAK: Pertandingan Karaoke Tamil <b>di Tronoh</b>

Posted: 06 Sep 2012 12:15 AM PDT

Terdapat ramai pemuda pemudi dan juga golongan orang yang berumur lebih daripada 50 tahun yang berbakat di DUN Tronoh. Pusat Khidmat DUN Tronoh menganjurkan Pertandingan Karaoke Tamil bagi penduduk-penduduk dari kawasan Jelapang, Menglembu dan Batu Gajah di Perak, untuk memberi peluang dan menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian .
Pertandingan ini akan diadakan pada 9hb September 2012 bermula pada jam 7.00 malam di Bilik Gerakan DAP Tronoh, di Pekan Tronoh.
Yang berminat, harus melebihi usia 16 tahun dan beralamat di Jelapang, Menglembu ataupun Batu Gajah di dalam kad pengenalan mereka.
Lain-lain terma bagi memasuki pertandingan ini boleh didapati di dalam Borang Penyertaan yang dikeluarkan oleh pejabat Pusat Khidmat DUN Tronoh di Taman Saujana, Batu Gajah, nombor telefon 05-2882105. Yang berminat boleh juga menghubungi Sdr Vijakumar 0162808357 atau Puan Shanthi 011-16465173.
Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pertandingan karaoke Tamil yang julung kali diadakan di Pekan Tronoh ini. 

Hari-Hari Mau: Raya ke 2 <b>di tronoh</b>, perak

Posted: 29 Aug 2012 06:50 PM PDT

Raya kali ni saya follow balik kampung tronoh perak. Biasanya pun memang saya follow. Kalau saya tak follow saya tak tahu apa nak bikin raya ni HAHAHA. Sedey sangat kahhhhhh.

Seperti biasa janji-janji dengan mak abah ana nak gerak sekali. Konon nya la kan. Ana cakap dia akan bertolak lepas subuh. Saya pun semangat la cakap dengan sepet. "ko bangun je terus sms andak, sebelum keluar tu call dulu" wahhhhhhhhh ye la sangat nak keluar awal tu kan.

Badang dah suh bangun awal-awal pagi dah. Saya kemain liat nak bangun. sms sepet pun buat2 tak dengar je. Sekali abah call daaa. Terus melompat bangun HAHA. Tahu cuak ko kan.

"abah nak gerak dah ni andak"
"ok abah, andak bertolak kul 7 kot"

Masa abah call tu tak igt dah kul berapa, kul 6.30 ke apa. Padahal saya atas katil lagi. Kul 7 hapenyaaaaaa HAHA. Pastu baru saya tahu abah pun x pegi lagi sbb tumpang ode hehehe.

Jangan tanya saya keluar rumah kul berapa, sumpah tak hengat mak hencek. Yang tahu budak2 dah bangun. Siap mandi segala. Mulanya plan saya malas mandi HAHAHA. Nak pegi pakai baju tido je. Budak2 pun hangkut tido2 tu masuk kereta. Sian la pulak nak mandi kan dorang pepagi. Tadi bila tengok memasing dah semangat. Baheklah jom terus pakai baju rayeeeeeeee.

Saya terus pakai baju kurung putih. Badang pun pakai kemeja putih. Anak-anak juga. Maka tema raya ke dua adelah putih uolsssss

Singgah rnr makan sarapan duluan
Baju ni jenis komot la sesado. Maka kalau tak gosok pun boleh cakap alasan baju ni memang komot. Sesuaila dengan orang femalas kan HAHA
Korang mampu bawak bear pink balik kampung?
Saya dengan anak-anak dah buat kereta tu macam rumah dah. Nisa anoi pun sama bawak bantal kegemaran masing-masing. Dengan selimut kegemaran masing-masing. Penuh. Barang 4 orang macam 40 orang. Bergelimpangan. Tapi best banyak bantal dalam kereta boleh baring dengan selesa sekali. Me like.

Sebelum sampai rumah opah banyak jugak tempat kitorang menyinggah. Memula singgah sini. Kellies Castle. Budak-budak rikues nak singgah. Lagipun bukan nya nak cepat2 pun kan. Adik beradik belum sampai pun lagi rumah opah. Tak silap saya tiket dewasa sorang RM4, kanak2 sorang RM3. Ntah la kena konfem dengan Badang.


Serasa saya sama je macam dulu. Cuma ada perubahan sikit la. Dorang tengah tambah kedai ke apa kat bawah tu. Ntah la mokcik.

Jangan panjat anak-anak. Bahaya.


Saya amik gambar kat lorong ni kan. Lepas tu baru saya baca yang kat lorong ni dipercayai pernah nampak roh berjalan. Haaadoiiiiiiiii... seremmmmmmm. Bawak budak pulak tu kan. Tawakal je la.




Kejap je lepak sana. Sebabnya panas le. lagipun perut lapar. So papehal singgah makan dulu. Asik makan je kan HAHA. Kena jaga perut. Kang lapa mengamuk plak kakjeng tu hehe

Saya tak ingat jam berapa sampai rumah opah. Kata sepet jam 2 lebih. HAHAHA sian beliau tunggu lama. Tu la sape suh tak kawen lagi muahahahaha. Kebetulan saya sampai bersekali dengan atam ngan akak. Memang timing terbaik la. Tak sia2 la saya menyinggah banyak tempat. Kalau sampai awal nak buat hape tengok muka sepet jewwwwwww :p

So bila dah berempat. Memang si sepet terus ajak bergambar belakang rumah opah. Dia kata pemandangan cantik. Saya ingat apa la cantik sangat. Rupanya atas pasir daaaaaaa


Pengaruh cerita naruto menebal dari diri jemah HAHAHA





Perangai adik beradik yang pelik. 
Dilayan dengan sabar oleh Badang hehe






Kitorang memang asal sampai je rumah sedara sibuk amik gambar. Bukan nak amik gambar dengan tuan rumah. Dasarrrrrrrrrrrrrr HAHA




Ini malam kat rumah maklong. Kakcik baru sampai. Tengok nak di tembaknya kepala iols hehehe.


Ok tu je aktiviti untuk raya ke 2
Saya rasa tahun ni la paling banyak rumah saya raya HAHA.
Harap tahun depan lebih indah.

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 

Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan