Ahad, 9 September 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


Misi mesti menang MIC <b>di Sungai Siput</b> : The Selangor Times

Posted: 04 Sep 2012 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR : Faktor calon dijangka akan menjadi salah satu peranan utama dalam menentukan kemenangan MIC dalam misi 'mesti menang'  di Parlimen Sungai Siput yang mernjadi kerusi bagi Presiden parti itu sejak 1960-an.

Parlimen Sungai Siput merupakan salah satu  identiti kebanggaan MIC dan pernah di wakili oleh bekas Presiden MIC mendiang Tun V. T. Tun Sambanthan dan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mewakili parlimen tersebut dari 1974 hingga 2008, sebelum tersungkur kepada calon PSM Dr Jeyakumar dengan majoriti 1, 8231 undi.

Pelbagai spekulasi yang dilontarkan mengenai situasi politik parlimen tersebut termasuk nama – nama bakal calon yang mampu mengembalikan semula kemenangan MIC di Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU-13).

Antara nama – nama yang muncul sebelum ini ialah anak Samy Vellu sendiri , Vell Paari Samy Vellu, Ketua Pemuda MIC, T. Mogan, Speaker kerajaan negeri Perak, Datuk S. Ganesan yang juga Timbalan Pengerusi MIC Perak dan yang terkini, Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugessan dan Naib Prersiden MIC, Datuk S. K. Dewamany.

Datuk Seri G. Palanivel

Walaupun MIC Bahagian Sungai Siput memberi keutamaan kepada Presidennya , Datuk Seri G. Palanivel untuk bertanding kerusi parlimen berkenaan, The Malaysian Times (TMT) difahamkan Presiden MIC itu akan memilih satu destinasi politik yang baru bagi menentukan survival politiknya selepas empat penggal di parlimen Hulu Selangor.

Difahamkan Palanivel yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah membuat keputusan muktamad untuk bertanding di parlimen Cameron Higlands yang kini diwakili Datuk S. K. Dewamany.

"Memang betul kerusi Parlimen Sungai Siput memiliki tradisi yang tersendiri dan terlalu akrab dengan sejarah parti khususnya selepas di wakili dua bekas Presiden parti yang berpengaruh.

"Namun tidak semestinya setiap Presiden perlu bertanding di Sungai Siput. Tidak ada sebarang ketetapan dan kemestian. Sebagai Presiden MIC, Palanivel memiliki sepenuh kebebasan untuk memilih kawasan pilihannya dan menentukan hala tuju politiknya ", kata bekas Timbalan Menteri Datuk T. Murugiah yang juga merupakan exco MIC negeri Perak.

TMT turut menghubungi bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu untuk mendapatkan maklumbalas mengenai peluang MIC dan BN di PRU-13, namun Samy yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai politik.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai politik," kata Samy Vellu dengan ringkas kepada TMT hari ini.

TMT juga cuba menghubungi Setiausaha Agung MIC,  S. Murugessan dan Vell Paari Samy Vellu tetapi kedua-dua mereka berada di luar negara dan tidak bersedia untuk memberikan sebarang maklumbalas buat masa ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Presiden MIC, G .Palanivel dikatakan telah memberikan 'arahan rasmi' kepada S.Murugessan untuk melakukan persiapan jentera pilihan raya di Sungai Siput baru -baru ini .

Murugessan yang dilihat antara Setiausaha Agung yang paling muda di BN dan MIC yang mewakili generasi muda,  sebelum ini diwar – warkan  akan dikekalkan semula di Parlimen Subang yang ditandinginya pada PRU 2008 tetapi tewas.

Murugessan yang juga seorang peguam dikatakan mampu memberikan saingan yang bermutu dan mampu memberikan kemenangan kepada MIC berdasarkan kedudukannya dalam parti serta imejnya yang "bersih" tanpa sebarang kontroversi.

Sementara itu, dalam perkembangan yang berkaitan, BN Perak bersetuju kerusi Parlimen Sungai Siput kekal ditandingi oleh MIC sebagai calon pada PRU-13 nanti kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, siapa sahaja calon yang bertanding bagi kerusi itu, yang secara tradisinya ditandingi oleh Presiden MIC, akan dibincangkan secara bijaksana oleh Perdana Menteri dan Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel yang juga merupakan Pengerusi MIC Perak - TMT 

MIC Yakin Peluang Rampas Kerusi Parlimen <b>Sg Siput</b> Cerah <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 03:02 AM PDT

MIC yakin mempunyai peluang yang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Siput daripada parti pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk S Murugesan, berkata sebagai kerusi tradisi MIC, usaha yang lebih gigih dan berterusan perlu dipraktikkan oleh Barisan Nasional (BN) jika mahu merampas kembali kerusi itu daripada parti pembangkang.

"Segala tindakan yang perlu telah dan sedang diambil bagi memastikan kemenangan kembali berpihak kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Kira-kira dua minggu yang lalu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel telah melawat semua sekolah Tamil di Sungai Siput bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pihak sekolah.

"Antara isu yang dikenalpasti termasuklah keperluan komputer untuk kegunaan murid dan beberapa sekolah lagi menghadapi masalah infrastruktrur berkaitan pendawaian elektrik.

"Manakala keperluan membina bangunan sekolah baru pula akan diputuskan oleh Presiden, Kementerian Pelajaran dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kakitangan Hospital Sungai Siput, sebentar tadi.

Lebih 1,000 kotak kurma diagih-agihkan kepada penjawat awam termasuklah anggota polis, ahli bomba dan penyelamat serta kakitangan hospital sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka yang bertugas di bulan Ramadhan.

Hadir sama, Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan dan Naib Pengerusi Gerakan negeri Perak, Liew Yau Awn.

Dalam perkembangan berkaitan, Murugesan menegaskan pihaknya mendapat reaksi positif daripada pengundi parlimen Sungai Siput yang mahu wakil rakyat BN kembali berkhidmat kepada mereka sama seperti waktu dahulu.

"Kita yakin mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerusi Parlimen Sungai Siput daripada pihak pembangkang dengan cara terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat di sini.

"Wakil MIC bekerja keras untuk membantu rakyat dengan turun padang menyelesaikan pelbagai masalah termasuklah soal kebajikan dengan bantuan parti komponen lain seperti UMNO, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP)," katanya lagi.

Ditanya berkaitan harapan yang dibangkitkan penduduk Sungai Siput, Murugesan berkata, pihak kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan terutamanya untuk golongan belia selain merancakkan lagi pembangunan di kawasan itu yang sejak empat tahun kebelakangan ini dilihat sangat minimal.

"Isu utama yang dibangkitkan penduduk termasuklah peluang pekerjaan dan pembangunan yang perlahan di kawasan Sungai Siput," tegasnya lagi.

Ditanya samada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput, Murugesan berkata, ia tertakluk kepada keputusan Presiden MIC dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apa yang lebih penting, MIC katanya, akan bekerja keras untuk memastikan calonnya yang bertanding di 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan