Ahad, 9 September 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


purple jacaranda: Kawin Wani @ <b>Tanjung Tualang</b>

Posted: 29 Aug 2012 07:39 PM PDT

Minggu lepas kawan 1 kelas aku kawin...hmm kawin lagi kan... mak aku pon dah bising asyik pegi kawin kawan je..hehehe...nak buat macam mane belum sampai seru...tapi ayah aku cool je...yang die asyik tanye bile nak sambung study lagi...huhuhu
kite orang pegi konvoi 2 kete, as usual aku mesti la tumpang kete shepah, the rest tumpang kete zul...nak ke rumah pengantin jenuh gune GPS, sebab Cik Wani ni dah pindah ke Tanjung Tualang...
Kite orang sampai dalam pkul 12 lebih tapi x ramai orang yang datang, Amy kate die buat kenduri kecik2 je...area rumah wani ni, berbukit jenuh nak naik...member aku Shepah boleh reverse kete turun bukit...aku pon x brani buat even member aku Zul pon respect la kat die...hehehe
Time ni Ms. Bride (yang pakai tudung hitam) x make-up lagi...
Hantaran dari pihak Ms. Bride..
amik berkat wei...semua yang datang ni masih berstatus single...hehehe
Ms. Bride's best friend...sejak zaman sekolah lagi...
4 dara pingitan...bagai menanti buah yang tak gugur....
di sini dengan rasa rendah diri nye aku berdoa agar Wani dan Encik Suaminye hidup dalam rukun dan damai dan sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat...amin...end of story...

Jeja Tahir: Kapal Korek Bijih Timah - <b>Tg Tualang</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:47 PM PST

Negeri Perak ni dahulu kala memang terkenal dengan aktiviti Bijih Timah.Memang tertulis dalam buku sejarah Negara pun.tapi which part kat Perak? Sebenarnya aktiviti bijih timah ni glamour kat area Kinta..Teringat aku masa zaman kecik2 dulu selalu nampak Kapal Korek tapi penggunaannya tidaklah banyak.Zaman sekarang pula jadi tatapan untuk generasi baru je la..

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar (rumah aku), Gopeng dan Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management.
Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar didunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawalselia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan. Tiada bayaran dikenakan.


Layan je la gambo-gambo ni erk..aku tau korang tak penah tgk kapal korek kan?hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan