Sabtu, 4 Februari 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Masalah Banjir Kilat Akibat Sampah <b>Di Bercham</b> - TV3

Posted: 08 Jan 2012 04:00 AM PST

08/01/2012 20:00:00

Keluhan penduduk dari sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak menarik perhatian Aduan Rakyat minggu ini.

Banjir kilat dari 1996 hingga ke hari ini, tidak ada kesudahan.

Pelbagai cara dibuat untuk mengatasinya, namun banjir gagal ditangani.

Lebih teruk, paras air semakin meningkat setiap kali hujan.

Penduduk lalu  berpaling ke aduan rakyat untuk menyuarakan masalah mereka bagi menagih perhatian pihak bertanggungjawab.

Ikuti laporan yang saya sediakan ini.

Sejak kebelakangan ini hujan yang kerap   meresahkan penduduk di taman perumahan desa impian.

Jika hujan lebat terutamanya hanya dalam tempoh kurang 30 minit, penduduk sudah bersiap sedia menyelamatkan barangan dan nyawa.

Banjir kilat-menjadi igauan ngeri penduduk.

Kerugian akibat kerosakkan barangan seperti perabut dan kereta sudah mencecah ratusan ribu ringgit.

Namun masih belum ada tanda-tanda masalah mereka bakal menemui penyelesaian.

Norhayati Abdullah, Penduduk: "Boleh dikatakan dalam sebulan 2-3 kali banjir. Dalam musim hujan jaga-jagalah malam tak boleh tidur. Hari tu sampai pukul lima pagi baru boleh tidur. Habis nak tidur macamana? Semua dah habis tenggelam."

Punca masalah, penduduk dakwa disebabkan sistem perparitan dari 32 taman perumahan lain di kawasan Bercham disambung ke perparitan mereka.

Menyebabkan bila hujan, longkang yang ada tidak dapat menampung jumlah air yang terlalu banyak.

Bertambah teruk apabila longkang pula jarang diselanggara.

Rumah pam ada dibina di taman perumahan itu untuk membantu pengeluaran air.

Namun masalahnya, rumah pam yang sepatutnya mengalirkan lebihan air secara automatik  ke parit sebelum ke sungai seringkali tidak berfungsi.

Apa yang mampu dilakukan penduduk membina penghadang di setiap pintu rumah.

Namun paras air yang naik kebelakangan ini mampu melepasi penghadang ini.

Khamis Othman, Penduduk: "Air dalam masa setengah jam boleh naik dua kaki. Yang baru ni satu meter, pernah hampir dua meter. Baru-baru ni lima bijik kereta tenggelam. Sebab ada penghuni yang pergi buat aktiviti harian."

Rosman Zulkifli, Penduduk: "Semua air masuk ke sini. Bila desa impian yang terpaksa tampung semua ini.  Dahlah dah ada masalah sedia ada, tambah perumahan baru tambah lagi risiko yang ada. Dulu kalai naik dua kaki. Sekarang dah 3 kaki. Mana pihak yang nak selesai masalah ini?"

Tidak tahan dengan masalah banjir tidak berkesudahan, banyak penduduk nekad berpindah.

Banyak rumah di taman perumahan ini dalam keadaan terbiar.

Aduan demi aduan telah dihantar ke pihak majlis bandaraya Ipoh.

Namun belum ada penyelesaian muktamad.

Selagi sistem perparitan tidak diubah suai, Taman Desa Impian akan terus menjadi lokasi banjir kilat yang tidak berkesudahan.

Pihak bandaraya Ipoh pula mahu penduduk memahami masalah yang berlaku.

Ini kerana rumah pam yang dibina dengan ratusan ribu ringgit sering terhadang dengan sampah sarap yang didakwa perbuatan penduduk sekitar Bercham.

Pun begitu, MBI  sedang mengusahakan penyelesaian lain-iaitu sebuah longkang monsoon sepanjang satu kilometer bagi mengalihkan aliran air ke Sungai Pinji.

Datuk Roshidi Hashim, Datuk Bandar Ipoh: "Sekurang-kurangnya air takkan pergi satu arah jee, akan terpecah kepada dua saluran. Kita sedang menanti peruntukkan."

Datuk Roshidi Hashim membuat lawatan mengejut ke sekitar perumahan Taman Desa Impian.

Penduduk mengambil kesempatan sepuas-puasnya bagi menceritakan masalah yang dihadapi kepada Datuk Bandar Ipoh itu.

Beberapa penyelesaian segera dicapai.

Sebagai penyelesaian jangka pendek sebuah lagi rumah pam bernilai lebih dua ratus ribu ringgit akan didirikan di taman perumahan itu.

Apabila peruntukan sebanyak 3 juta ringgit dari RMK 10 diluluskan, longkang monsoon yang dicadangkan akan dibina untuk megurangkan jumlah air ke Taman Desa Impian ketika hujan.

Sikap penduduk yang mengambil jalan mudah membuang sampah sarap ke dalam longkang dan sungai turut ditegur.

Full content generated by Get Full RSS.

Laluan alternatif <b>Bercham</b> keluar ke PLUS dibuka – Perak Today

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bercham dijangka dapat dikurangkan kepada 30 peratus apabila laluan alternatif keluar ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula dibuka secara rasmi, hari ini.

Laluan yang dibina sebulan lalu oleh Topwish Realty Sdn Bhd dengan kos RM230,000 itu adalah antara projek yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah kesesakan teruk di kawasan terbabit yang mempunyai populasi 154,000 penduduk.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan laluan alternatif itu yang dibina untuk kemudahan penduduk Bercham, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) katanya, perlu membina persimpangan baru dekat pekan Tambun dengan secepat mungkin supaya pengguna tidak perlu membuat pusingan U seperti yang ada di laluan sedia ada sebelum menghala ke arah utara.

Jika persimpangan baru itu tidak dapat dibina, beliau bimbang masalah kesesakan di tempat baru pula akan muncul hingga menyukarkan pengguna lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, perancangan yang dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan perlu mengambil kira masa depan dan bukannya untuk hari ini semata-mata.

Ujarnya lagi, dalam mana-mana cadangan pembangunan sekalipun, ia perlu mengambil kira perancangan yang rapi, teliti dan tidak menjejaskan kualiti hidup wargakota bandaraya Ipoh.

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih banyak pembangunan akan mengambil tempat seperti di Meru dan Simpang Pulai," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry memberitahu masalah yang dibangkitkan rakyat perlu diselesaikan tanpa mengira samada kawasan itu dikuasai pihak pembangkang atau kerajaan BN.

Menurutnya, adalah hak rakyat untuk menikmati kemudahan dan menjalani kehidupan dengan baik.

"Walaupun projek ini menelan kos hanya RM230,000, ia sangat penting bagi penduduk Bercham kerana dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Kita perlu memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan baik seperti yang kita lakukan di Bercham ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majllis MBI DUN Bercham, Ir Lai Tong Pui, berkata setiap hari, purata 40,000 kenderaan menggunakan laluan utama Tasek.

Daripada jumlah itu, 20,000 kenderaan katanya, menggunakan persimpangan jalan utama untuk keluar dan masuk ke pekan Bercham hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

"Pembukaan laluan alternatif keluar ke PLUS ini dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah kesesakan lalu lintas di Bercham," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perasmian Pembukaan Laluan Alternatif Dari <b>Bercham</b> Ke <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:26 PM PST

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir Merasmikan Laluan Alternatif Dari Bercham Ke Lebuhraya Plus Di Bercham Turut Hadir Adun Bercham Dap Y.B.SUM CHEOK LENG

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan