Sabtu, 4 Februari 2012

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


SUARA PERAK: Kempen Tandatangan <b>Di</b> Bandar Baru <b>Menglembu</b>

Posted: 01 Jan 2012 10:46 PM PST


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 2/1/2012 di Menglembu.
Kempen Tandatangan Di Bandar Baru Menglembu
Kerajaan bercadang untuk membuka tanah seluas 560 ekar di Lahat-Papan bertujuan memproses sisa pepejal.  Kawasan yang dicadangkan itu tidak sesuai kerana ia terletak berhampiran dengan kediaman dalam ruang lingkup 3km. Antara tempat tempat yang bakal menghadapi masalah daripada logi pelupusan sisa pepejal ini ialah Papan, Lahad, Menglembu, Bukit Merah, Pusing, Batu Gajah Perdana  dan kawasan sekitarnya. 
Walaupun projek yang dicadangkan mempunyai unsur-unsur teknologi tinggi tetapi penduduk-penduduk kawasan ini kurang yakin terhadap jaminan kerajaan itu. Ini adalah kerana mereka risau  akan timbul beberapa masalah yang serius di kawasan ini jika projek ini diteruskan. Sebagai bukti yang kukuh kita boleh merujuk kepada dua projek memproses sampah yang telah gagal iaitu di Pulau Pangkor dan Cameron Highlands.
Tapak yang diluluskan untuk pelupusan sisa pepejal di Lahad-Papan ini adalah berhampiran dengan tapak bahan buangan radiokatif pada satu masa dahulu. Orang ramai masih tidak puas hati dengan kehadiran bahan radioaktif di kawasan itu. Sekarang, kerajaan bercadang untuk menjadikan tempat ini untuk memproses sampah pula. Kenapa kerajaan sentiasa memilih kawasan Lahad-Papan ini untuk dijadikan tempat pembuangan sisa-sisa yang bahaya dan tidak menyenangkan?
Penduduk di kawasan yang berhampiran dengan tapak ini membantah kehadiran logi pelupusan sisa pepejal kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah bau busuk yang akan mencemarkan udara dan alam sekitar kawasan ini. Tambahan pula, mereka risau masalah lalat yang berlebihan akan menggangu suasana yang sedia ada. Selain daripada itu, pembinaan logi ini juga pasti mencemarkan dua batang sungai yang bersih di kawasan ini. 
Kerajaan mencadangkan untuk membuka kawasan Lahad-Papani untuk memproses sampah dari Ipoh, Jelapang, Menglembu, Batu Gajah, Seri Iskandar, dan Kampar. Dalam kata lain, tempat ini dipilih untuk membuang sampah dari keseluruhan daerah Kinta. Jika projek ini diteruskan banyak lori-lori membawa sampah akan sentiasa masuk keluar kawasan ini melalui Jalan Besar Ipoh-Lumut.  Bilangan kenderaan terutamanya lori-lori sampah juga akan bertambah  mengganggu ketenteram kawasan ini. 
Oleh yang demikian, DAP DUN Tronoh dan DAP DUN Menglembu telah memulakan kempen tandatangan membantah projek pelupusan sisa pepejal di kawasan  Papan-Lumut.  Kempen ini telah berlangsung selama seminggu.  Orang ramai telah menurunkan tandatangan mereka sebagai tanda bantahan terhadap projek ini. Pada pagi ini V.Sivakumar (ADUN Tronoh) dan Lim Pek Har (ADUN Menglembu) bersama-sama dengan ahli-ahli DAP kawasan ini telah membuat kempen tandatangan ini di Bandar Baru Menglembu.  Kerajaan harus memberhentikan projek ini dengan serta merta untuk kesejahteraan semua pihak. Adakah kerajaan akan 'mendahulukan rakyat' atau mendahulukan pihak-pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam projek ini?
Full content generated by Get Full RSS.

SUKA2: CALON PARLIMEN <b>MENGLEMBU</b> DIKENALPASTI

Posted: 27 Jan 2012 07:54 AM PST

SULAIMAN: Akhirnya kita tau sapa calon Parlimen di Menglembu.

SALLEH: Sapa?????????????

SULAIMAN: Shahrizat Jalil!!!!!!!!!!!!!!!

Full content generated by Get Full RSS.

SUARA PERAK: SJKT <b>Menglembu</b> : Jangan Memberi Janji Kosong <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2011 02:55 AM PST


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh pada 20/12/2011 di Ipoh.
SJKT Menglembu : Jangan Memberi Janji Kosong Lagi
Dato Veerasinggam juga berkata bahawa MIC  adalah parti politik yang menjaga sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Adakah ini benar? Selepas zaman kolonial British, negara kita mempunyai lebih daripada 1000 sekolah Tamil di merata tempat. Kini, tinggal hanya 523 sekolah tamil di negara kita. Di mana perginya lebih kurang 500 buah sekolah Tamil dalam tempoh 50 tahun. Inilah pencapaian MIC yang dibanggakan oleh MIC dan Dato Veerasinggam. 
Berapakah sekolah Tamil baru  yang  telah  dibina oleh MIC selepas kemerdekaan? Kenapakah lesen-lesen sekolah Tamil yang ditutup tidak digunakan untuk membina sekolah-sekolah Tamil yang baru di negara ini. Kalau ditanya tentang perkara ini, pelbagai alasan yang  tidak munasabah diberikan oleh MIC. Akhirnya MIC telah menjadikan masyarakat India sebagai pengemis kepada kerajaan. Kita terpaksa tunggu bertahun-tahun lamanya  untuk kerja-kerja baik pulih  di sekolah-sekolah Tamil yang sedia ada. Sedangkan, kerajaan ini boleh membuang berjuta-juta ringgit dalam projek-projek gajah putih yang tidak berfaedah kepada rakyat. MIC sepatutnya berasa malu kerana kegagalan mereka menjaga sekolah-sekolah Tamil di negara ini. Tetapi, pemimpin-pemimpin MIC pula berasa bangga dengan pencapaian yang merosot ini. 
Jika benar kerajaan serius untuk membina bangunan baru untuk SJKT Menglembu, Dato Veerasinggan harus meenjawab beberapa persoalan dengan  serta-merta :
1)      Sudahkan Kerajaan  Persekutuan meluluskan wang peruntukan untuk membina SJKT Menglembu secara khususnya?
2)      Berapakah jumlah wang telah diperuntukan untuk membina sekolah tersebut?
3)      Bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan?
4)      Bilakah bangunan baru dijangka siap dibina?
5)      Apakah struktur  baru yang dirancang untuk bangunan baru sekolah tersebut.
Dato Veerasingam harus menjawab soalan-soalan ini dan bukannya memberi janji kosong dengan berkata ' bangunan akan dibina tidak lama lagi', 'MIC menjaga sekolah Tamil', dan macam-macam alasan lain untuk melarikan diri.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan