07 di kuala sepetang - Google Blog Search |
- Mi udang <b>Kuala Sepetang di</b> Kuala Lumpur - Utusan Malaysia <b>...</b>
- Mee Banjir Udang <b>Kuala Sepetang</b> Mak Teh <b>...</b> - Mawar Merah
- Kisah MarinaFazli: Menikmati Mee Udang <b>di Kuala Sepetang</b>
Mi udang <b>Kuala Sepetang di</b> Kuala Lumpur - Utusan Malaysia <b>...</b> Posted: 24 Nov 2011 05:40 PM PST Mi udang Kuala Sepetang di Kuala LumpurOleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA Mi udang yang jadi kegemaran ramai kerana menggunakan udang-udang segar. Disebut tentang mi udang, pasti ada yang akan mengaitkannya dengan mi udang Kuala Sepetang. Popularitinya membuatkan ramai yang sanggup memandu beratus kilometer demi mendapatkan mi udang terbaik di sana. Kemanisan kuah yang dihasilkan dengan udang segar meniti bibir sebaik dihirup bersama mi kuning di tambah pula dengan kerangupan bawang goreng. Bukan itu sahaja, 'kelibat' beberapa ekor udang besar disusun molek di atas mi membuatkan yang memandang tidak sabar-sabar menjamahnya. Hari ini, bagi penggemar mi udang Kuala Sepetang, tidak lagi perlu bersusah payah untuk memandu beratus kilometer ke utara tanah air kerana mereka sudah boleh menikmatinya di Kuala Lumpur. Masih mengekalkan resipi turun-temurun, gerai Mee Udang Mak Jah yang cukup popular di Kuala Sepetang, kini telah membuka cawangannya di Wangsa Maju. Turut mengekalkan nama restoran yang sama, Mee Udang Mak Jah, pemiliknya, Sabri Sidan, 42, berkata, pembukaan restoran tersebut di kawasan Kuala Lumpur bertujuan untuk memenuhi permintaan para pelanggan di sebelah selatan. Tambahnya lagi, apa yang disediakan di restoran tersebut adalah sama seperti yang disajikan di Kuala Sepetang. "Restoran di Kuala Lumpur ini masih mengekalkan resipi serta rasa yang sama. "Insya-Allah, kami cuba memberikan yang terbaik buat pelanggan sehinggakan kebanyakan bahan mentah terutama udang juga kami bawa dari Taiping," katanya ketika ditemui di premis restorannya yang terletak di No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Demi menyajikan yang terbaik, kata Sabri, udang yang digunakan hanya udang laut. Ini kerana terdapat perbezaan dari segi rasa bagi udang laut dan udang kolam. Menawarkan dua jenis mi udang, pelanggan boleh memesan sama ada mi udang istimewa yang berharga RM12 ataupun mi udang biasa berharga RM8. Jelas Sabri, yang membezakan kedua-dua jenis udang tersebut ialah jumlah udang yang diletakkan dalam setiap hidangan. "Malah untuk menggambarkan betapa 'mewahnya' udang untuk hidangan semangkuk mi udang, ia boleh diibaratkan seperti, 'selak udang baru jumpa mi'," katanya. Dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 10 malam, Mee Udang Mak Jah turut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mi yang digunakan adalah buatan anak tempatan. Selain mi udang, restoran Mee Udang Mak Jah turut menawarkan pelbagai menu berasaskan udang seperti udang goreng tepung, udang goreng kunyit dan udang masak sambal. Kesemua menu tersebut disajikan dengan nasi putih. Bagi mereka yang tidak makan udang, restoran tersebut turut menyediakan menu seperti mi telur dan nasi goreng kampung. Apapun demi kepuasan pelanggan, Sabri mementingkan kualiti dalam menyajikan mi udangnya. Ini termasuk menutup sementara operasi restoran sekiranya tiada bekalan udang segar . "Saya sanggup lakukan sebegitu demi menjaga pelanggan di samping ingin para pelanggannya mengingati dan terus datang ke restoran ini pada masa akan datang," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Mee Banjir Udang <b>Kuala Sepetang</b> Mak Teh <b>...</b> - Mawar Merah Posted: 22 Jan 2012 07:54 PM PST Sudah lama juga dengar tentang Mee Udang yang lazat di kawasan Kuala Sepetang ini, namun tak pernah berpeluang sampai ke mari. Kali ini, dengan skill pujuk rayu dan hiperbola, maka Kak Long berjaya juga membawa seluruh rombongan cik Kiah yang sama-sama ke utara sempena majlis sambut menantu untuk menghala Kuala Sepetang bagi menikmati mee banjir udang di sana. Berdasarkan maklumat, Kak Long diberitahu yang ada dua warung mee udang yang menyediakan mee udang yang sangat popular dan lazat di Kuala Sepetang ini iaitu Warung Mee Udang Mak Teh dan Warung Mee Udang Mak Jah. Eh, takkan nak pergi dua-dua sekali. Maka sebagai ketua rombongan dalam misi menjejak mee udang di Kuala Sepetang, maka Kak Long telah diberikan kuasa veto untuk memilih. Macam mana nak pilih, sedangkan Kak Long belum pernah makan di mana-mana warung ini. (Zaman belajar dulu biasa makan mee udang di teluk tempoyak aje). Dengan segala kebijaksanaan, maka Kak Long memilih Mee Banjir Udang Mak Teh. Pertimbangan yang pertama ialah dalam rombongan kami, ada ibu saudara kami yang vouge dan terkenal dengan gelaran Mak Teh. Sebab yang kedua, ialah dengar cerita, keistimewaan warung Mee Banjir Udang Mak Teh ini pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3. Sampai di sana, memang sah, ramainya pengunjung, sedangkan warung itu nampak ringkas sahaja dan sedang dalam pengubahsuaian. Maka, apa lagi, kami mencari meja dan rombongan kami berjaya menguasai beberapa meja yang dicantumkan. Mula-mula nampak macam besar dan penuh aje mangkuk tu, tapi rupa-rupanya, hampir semua anggota rombongan berjaya melicinkan mee udang banjir yang dihidangkan hingga surut dan kering segala banjir tu!! Full content generated by Get Full RSS. |
Kisah MarinaFazli: Menikmati Mee Udang <b>di Kuala Sepetang</b> Posted: 24 Jan 2012 06:06 PM PST Salam.... Lama benor bercuti ye? Ade yang sambung cuti lagi ke? Kontraktor pon ramai yang sedang bercuti gara2 Chinese New Year. Hardware pon kebanyakkannya tutup. Cuti 4 hari ni, ramai parents ambil kesempatan ni untuk bawak family jalan2. Ingat nak naik Cameron lagi. Tapi rase2 nye jammed. So lupekanla niat tu. So kiteorang amik keputusan untuk ke Taiping je. Ingatkan tak jammed, rupe2nye jammed juga kat Taman Tasik nun. Sebelum ke Taman Tasik tu kiteorang gi pekena Mee Udang dulu. Once in a lifetime kot merasa Mee Udang. Okla mee dia. Harganya kalau nak udang kolam RM6 semangkuk. Kalau nak udang laut antara RM10-12. Jom layan gambar. Situ la aku berjalan time cuti. Lepas ni nak ke mana pulak? Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di kuala sepetang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan