07 di chemor - Google Blog Search |
- 24 rumah <b>di Chemor</b> rosak dipukul ribut – Perak Today
- Adun Hulu Kinta prihatin nasib mangsa ribut <b>di Chemor</b> – Perak Today
- Hikayat hidupku...: Musim buah <b>di Chemor</b>
24 rumah <b>di Chemor</b> rosak dipukul ribut – Perak Today Posted: 24 Jan 2012 06:29 PM PST Kejadian ribut yang berlaku di Kampung Ulu Chemor, dekat Chemor lewat petang kelmarin mengakibatkan kira-kira 24 buah rumah rosak akibat ditiup angin kuat atau dihempap pokok yang tumbang. Sebuah rumah mengalami kerosakan teruk di bahagian bumbung akibat dihempap pokok durian yang terletak di seberang sungai. Mangsa, Nor Hisyam Mustafa, 42, memberitahu ketika kejadian keluarganya sedang berehat sementara menanti azan Maghrib. "Ada sembilan ahli keluarga dalam rumah ketika itu dan kami semua cemas dan segera bergegas keluar dari rumah sebaik sahaja terdengar bunyi kuat," katanya. Hisyam yang terperanjat dengan bunyi dentuman kuat itu semakin cemas apabila seluruh rumah bergegar dengan bunyi angin kuat sebelum melihat sebahagian bumbung bilik tidur tercabut. "Pada mulanya kami sangkakan bunyi kilat… tidak sangka ia rupanya bunyi pokok durian yang berusia lebih 40 tahun menghempap salah satu bilik tidur di rumah ini," katanya. Tambah beliau, disebabkan kejadian itu, dia mengalami kerugian hampir RM 3,000 bagi kos membaiki bumbung serta dinding rumah yang rosak selain untuk melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok yang tumbang. Turut menjadi mangsa, Zaharuddin Bahari, 46, yang menganggap kejadian ribut itu paling buruk pernah dialaminya sejak lapan tahun lalu. "Sebelum ini tak pernah jadi kejadian buruk macam ini dan paling teruk pun banjir kecil sahaja tetapi apa yang berlaku semalam begitu menakutkan apabila bunyi angin yang kuat beserta hujan lebat. "Memang kilat sambung-menyabung dan tidak sampai beberapa minit saya terdengar bunyi kuat dari arah depan. "Saya tidak menyangka tiupan angin itu telah menyebabkan pokok kunin di hadapan rumah saya tumbang dan menghempap anjung rumah," jelasnya. Bagaimanapun, Zaharuddin bersyukur kerana tidak ada ahli keluarganya yang tercedera aikbat kejadian itu. Katanya, disebabkan pokok kuinin yang rebah itu bersaiz besar, ia tidak dapat dialihkan berikutan bimbang merosakan struktur rumah kayu. Full content generated by Get Full RSS. |
Adun Hulu Kinta prihatin nasib mangsa ribut <b>di Chemor</b> – Perak Today Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST Susulan kejadian ribut yang merosakkan 24 buah rumah di Chemor lewat petang kelmarin, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim segera turun padang bagi memantau bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa ribut di kawasan itu. Dengan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000, Rusnah berkata, kerja membaiki kerosakan rumah-rumah yang terlibat akan dilakukan secepat mungkin. "Disebabkan musim perayaan, banyak kedai ditutup dan agak sukar untuk kita mendapatkan peralatan untuk membaiki rumah yang rosak. "Namun, usaha untuk mendapatkan atap zink serta barang-barang lain kita akan segerakan dan segala kerja-kerja pembersihan selain baikpulih rumah akan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung," katanya.Tambah beliau lagi, laporan akan dihantar ke Pejabat Daerah Kinta selepas senarai lengkap mangsa diperolehi. "Saya berharap agensi berkenaan dapat bertindak pada kadar segera bagi membantu rakyat di kampung ini," tegasnya lagi. Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir yang turun bagi memantau perkembangan itu berkata, semua mangsa diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan membawa bersama dokumen lengkap bagi memohon bantuan Ihsan Pemulihan Bencana Alam. Katanya, selain salinan kad pengenalan, mangsa juga perlu membawa laporan polis untuk siasatan sebelum dana bantuan mengikut kerosakan yang dialami disalurkan kepada mereka yang layak. "Bagi pelajar-pelajar maahad tahfiz pula, JKM akan memberi bantuan makanan selama tiga hari sementara membaiki kerosakan tersebut," katanya. Seramai 20 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Skuad Pemuda BN yang diketuai Mazlan Abd Rahman turun padang membantu mangsa dalam kejadian ribut petang kelmarin. Full content generated by Get Full RSS. |
Hikayat hidupku...: Musim buah <b>di Chemor</b> Posted: 11 Jan 2012 09:28 PM PST Assalamualaikum & Salam Sejahtera..... Bulan lepas aku balik ke kampung belah hubby di Chemor. Tak sangka buah-buahan kemain merimbun terutamanya buah rambutan. Seronok... kalau boleh nak ambil banyak-banyak, pastu bawa balik sini tapi kereta lak tak muat. Terpaksa lah tinggalkan di situ.... Sayang kan. Kalo jual, boleh gak belanja makan KFC hehe.... Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di chemor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan