Sabtu, 4 Februari 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


PERHILITAN Tangkap Gajah Liar <b>Di Gerik</b>-Jeli

Posted: 26 Dec 2011 01:53 AM PST

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar, kira-kira 500 meter dari jalan besar Jeli-Gerik, berhampiran Kem Batu Melintang, Jeli, pagi ini.

Pengarahnya, Rahmat Topani, berkata gajah berumur antara 10-15 tahun dan berat anggaran 1.5 tan itu adalah di antara 11 ekor gajah liar yang berjaya ditangkap oleh jabatan itu di sekitar Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan pihaknya menangkap gajah itu hasil maklumat daripada penduduk Kampung Jerek, Batu Melintang selepas terserempak dengan haiwan berkenaan sebelum melaporkan ke pejabat cawangannya di Jeli, petang semalam.

Katanya, selepas menerima maklumat itu, sepasukan renjer jabatan diketuai Ismail Nordin mengesan jejak gajah tersebut sebelum menembak dengan peluru
pelali, kira-kira jam 9 pagi.

"Gajah ini dipercayai berkeliaran sendirian sejak dua tahun lalu di kampung sekitarnya sebelum dapat dikesan oleh penduduk kampung tersebut dan melaporkan kepada pihak kami," katanya.

Katanya, antara kampung yang terbabit dengan ancaman gajah liar itu ialah Kampung Dendong, Lawar, Belimbing dan Kampung Pendok.

Rahmat berkata, pihak jabatan terpaksa menangkap gajah itu kerana ia sering memasuki kawasan kampung dan dikhuatiri akan memusnahkan lebih banyak tanaman dan mengancam nyawa penduduk setempat.

Katanya, urusan pemindahan gajah itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan bantuan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan diperlukan bagi mendapatkan lori pengangkutan dan gajah denak.

"Sebelum ini kita berusaha untuk menghalau gajah tersebut kembali ke hutan Simpan Gunung Basor berhampiran bagi mengelakkan ia mengancam keselamatan penduduk dan memusnahkan lebih banyak tanaman mereka," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.

Nisa&#39; Melaka: PROGRAM CARITY MISSION <b>DI GERIK</b> PERAK

Posted: 01 Feb 2012 07:02 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

Majlis Perkahwinanku <b>di Gerik</b> & Sik | Smile, Honey!! Episodes..

Posted: 06 Jan 2012 04:59 AM PST

Sepanjang Disember 2011 memang tak sempat nak update apa-apa dalam blog sebabnya, saya sibuk dengan persediaan akhir majlis perkahwinan saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Semuanya atas pertolongan Allah SWT.
Sepanjang majlis memang saya tak nafikan bertapa berdebarnya saya tapi saya tetap mengawal hati dan perasaan supaya sentiasa tenang. Majlis yang saya buat ni khusus bukan saja meraikan perkahwinan tetapi lebih kearah mengikat silaturahim di antara keluarga jauh dan dekat.
Ok la, nak cerita dari awal sepanjang Disember ni, memang banyak sangat. Rasa macam tak cukup page je blog ni (terlebih sudah). Senang cerita, we;ll make it short je la..
Seminggu sebelum majlis iaitu antara 4 Disember 2011 hingga 11 Disember 2011, persiapan akhir lebih kepada "start to pack" sebab saya buat majlis kat Perak, so preparation penting untuk packing semua barang-barang penting sepanjang agenda majlis tu nanti. Manakan, majlis khatam Al-Quran, Nikah, berinai dan seterusnya bersanding di rumah Perempuan dan Lelaki. So, taknak la ada yang tersangkut, tertinggal dan sebagainya.
Company bagi cuti kahwin 5 hari saja dan saya ada balance annual leave lagi 2 hari, budget memang cukup la kot 7 hari cuti ni. Bermula dari 13 Disember 2011 hingga 21 Disember 2011. Memang terasa sangat masa berjalan pantas, tak terasa yang 7 hari tu berlalu. Nak cerita dari sehari ke sehari apa yang berlaku memang banyak. Tapi, berkat pertolongan keluarga, adik beradik dan saudara-mara. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
  • Bertolak dari KL dengan abah, kami berdua saja sebab mak dan Intan (adik bongsu) dah balik dulu ke Gerik, 10th Disember lalu
  • Saya drive straight from KL to Gerik naik Highway PLUS, suppose exit kat Kuala Kangsar (Gerik Timur). Lepas Hentian Rehat Sungai Perak, saya terlajak hingga ke Bukit Merah (almost 40KM ahead).. Grrrr.. what am I thinking? Apa lagi, patah balik la.. tak pe yang penting selamat sampai.
  • Final touch up for hiasan hantaran (TQ banyak-banyak kat Kak Ros)
  • Get ready for everything
  • Pasang pelamin (Chantique Menaone) and khemah pengantin (Catering)
  • Time ni dapat info cameraman dapat hadir untuk rumah perempuan saja. OMG!!! Whilse, the videoman (last minute) tak jadi datang at all. That's lagi *&$@# (marah ni). Can't you believe it? This was happened one day before majlis nikah, tau…
  • Masa dapat tahu info ni, memang rasa berderau darah dan rasa macam tak percaya je. Biar betul, dah la video takde, takkan cameraman just rumah perempuan, how about rumah lelaki nanti.
  • Finally, rasanya diri ni bertuah + rezeki + pertolongan Maha Esa, Abang Azlan (cameraman Chantique Menaone) memang takde shoot mana-mana minggu tu. So, on the spot aku hired dia capture gambar-gambar aku sepanjang majlis including outdoor and indoor on both sides. So, Alhamdulillah.. sekali lagi semuanya berjalan dengan baik. Tak pe la, takde video pun.. at least gambar.
  • Moralnya, bila dah janji nak datang ambil tanggungjawab video and camera tu, tolong la faham supaya bagi commitment. Ini tak, kita percaya kat orang, orang pulak buat macam ni. Nevermind la, yang penting saya dapat apa yang saya nak. Mungkin, lagi baik.
Cantik tak inai ni? Okla.. last minute buat dengan Kak Syar jugak
  • Check in Homestay untuk keluarga Kak Long and Abang Harry. Dorang sekeluarga, Lina dan Ipin baru sampai dari KL pukul 4 petang. Bertolak lambat sebab masih lagi ada tuntutan kerja.
  • Malam tu, malis nafaz nikah dan sah la saya bergelar isteri. Alhamdullillah.. (tolong doakan saya)
  • Di sebelah paginya ada majlis khatam Al-Quran dan bacaan Yassin
  • Tengah hari bersiap untuk majlis persandingan, semua keluarga berkumpul dan beramah mesra dan aku bersyukur sangat majlis berjalan lancar
  • Petang, outdoor sekitar Gerik bersama dua adik, Lina dan Intan
  • Malam, upacara makan kek, buka hadiah dan berehat
  • Bertolak ke Sik, Kedah bersama cameraman kira-kira pukul 9.30 pagi bersama Intan dan Lina (pengapit) untuk bersiap awal di sana.
  • Tengah hari, keluarga aku dari Perak tiba dengan 7 buah kenderaan. Dengar ceritanya, ada excident sikit kat Weng. Cuaca memang panasssss sangat tapi majlis di Sik berjalan lancar dan sememangnya majlis yang ringkas.
  • Tapi, di Sik ni la baru ku tahu, rupanya saya dan suami ada pertalian keluarga yang dekat tapi jauh.. upss macamana tu?
  • Ada dua pertalian ; i.e : kawan satu kampung suami berkahwin dengan my childhood friends kat Bersia dulu, namanya Emma (Jiran sebelah rumah atok) . So, kenal la pulakkkk..
  • Yang keduanya, isteri kepada adik kandung opah saya ada pertalian keluarga dengan isteri kepada bapa saudara suami saya. Jadi, kalau di sebelah keluarga saya sendiri, saya panggil mereka Pak Ngah dan Mak Ngah jika di sebelah suami pula, saya panggil mereka Pak Da dan Mak Da. Gitu la citernya. Jadi, tak kemana la keluarga tu, kan? (emm, tapi disebabkan mereka di sebelah Opah, jadi pangkat Opah and Atok juga la kot.. entah, la)
  • Sebelah petangnya, outdoor kat Empangan Beris, Sik Kedah (sangat cantik permandanganya)
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan