Selasa, 3 April 2012

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


Laluan alternatif <b>Bercham</b> keluar ke PLUS dibuka – Perak Today

Posted: 02 Jan 2012 09:52 PM PST

Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bercham dijangka dapat dikurangkan kepada 30 peratus apabila laluan alternatif keluar ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mula dibuka secara rasmi, hari ini.

Laluan yang dibina sebulan lalu oleh Topwish Realty Sdn Bhd dengan kos RM230,000 itu adalah antara projek yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah kesesakan teruk di kawasan terbabit yang mempunyai populasi 154,000 penduduk.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan laluan alternatif itu yang dibina untuk kemudahan penduduk Bercham, sekaligus membuktikan keprihatinan kerajaan BN dalam menangani masalah rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) katanya, perlu membina persimpangan baru dekat pekan Tambun dengan secepat mungkin supaya pengguna tidak perlu membuat pusingan U seperti yang ada di laluan sedia ada sebelum menghala ke arah utara.

Jika persimpangan baru itu tidak dapat dibina, beliau bimbang masalah kesesakan di tempat baru pula akan muncul hingga menyukarkan pengguna lalu lintas.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, perancangan yang dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan perlu mengambil kira masa depan dan bukannya untuk hari ini semata-mata.

Ujarnya lagi, dalam mana-mana cadangan pembangunan sekalipun, ia perlu mengambil kira perancangan yang rapi, teliti dan tidak menjejaskan kualiti hidup wargakota bandaraya Ipoh.

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih banyak pembangunan akan mengambil tempat seperti di Meru dan Simpang Pulai," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry memberitahu masalah yang dibangkitkan rakyat perlu diselesaikan tanpa mengira samada kawasan itu dikuasai pihak pembangkang atau kerajaan BN.

Menurutnya, adalah hak rakyat untuk menikmati kemudahan dan menjalani kehidupan dengan baik.

"Walaupun projek ini menelan kos hanya RM230,000, ia sangat penting bagi penduduk Bercham kerana dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Kita perlu memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya dengan baik seperti yang kita lakukan di Bercham ini," tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majllis MBI DUN Bercham, Ir Lai Tong Pui, berkata setiap hari, purata 40,000 kenderaan menggunakan laluan utama Tasek.

Daripada jumlah itu, 20,000 kenderaan katanya, menggunakan persimpangan jalan utama untuk keluar dan masuk ke pekan Bercham hingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak.

"Pembukaan laluan alternatif keluar ke PLUS ini dijangka dapat mengurangkan 30 peratus masalah kesesakan lalu lintas di Bercham," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan