Selasa, 3 April 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Ex-smgrian 1991: <b>Pasir Salak</b>

Posted: 01 Apr 2012 05:38 PM PDT

Pemandangan Sungai Perak di Pasir Salak (imej dari www.asiaexplorers.com)

Pasir Salak terletak di tepi Sungai Perak. Di seberang sungai terletaknya pekan Kampung Gajah. Pasir Salak kini berbangga dengan adanya Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Nama Pasir Salak berasal dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak. Salak adalah sejenis buah yang mana kulitnya berwarna coklat. Isinya agak putih dan pokoknya seperti nipah.

Pasir Salak sinonim dengan sejarah kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British. Peraturan baru mengutip cukai telah membangkitkan kemarahan sultan dan para pembesar Melayu. Ekoran itu residen Inggeris yang pertama di Perak, J.W.W. Birch telah dibunuh pada 2 November 1875.

Selain berkaitan cukai, Birch juga dibunuh kerana dikatakan suka mengganggu anak gadis dan isteri orang termasuk gundik raja.

sumber: Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan