Selasa, 3 April 2012

07 di jelapang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search


<b>Jelapang</b> padi <b>di</b> bumi sarawak - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 07:41 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada penduduk stumbin/bijat menuai padi secara tradisional di projek jelapang padi di kawasan batang lupar, sarawak.

SEKIRANYA ditanya setahun yang lalu kepada penduduk di kawasan Batang Lupar, bahagian Sri Aman, Sarawak, pastinya mereka tidak pernah membayangkan kawasan jelapang padi yang luas menguning kini hadir di kampung halaman mereka.

Deru jentera penuai padi yang sebelum ini cukup asing dan mungkin tidak pernah diketahui, kini telah pun menampakkan jejaknya. Ia akan memenuhi harapan penduduk untuk pertama kalinya meraih hasil padi sebanyak dua kali setahun.

Penduduk di Batang Lupar, atau secara khususnya di Stumbin/Bijat bukannya tidak pernah mengenali tanaman padi. Namun untuk mengusahakannya secara moden dan tersusun merupakan pengalaman pertama yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Inisiatif oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang menjadi penggerak utama program di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu bakal mengubah kehidupan para penduduk di Batang Lupar dan membawa transformasi menyeluruh yang tidak pernah mereka bayangkan.

Sekiranya disoroti kembali perjalanan dari Kuching ke Sri Aman menerusi rombongan media yang dibawa oleh Bernas, tanpa disedari, tanaman padi sebenarnya terdapat di merata-rata di sekitar kawasan Batang Lupar.

Mungkin kerana tidak biasa, tumbuhan meninggi disangkakan lalang. Rupanya-rupanya ia adalah padi tempatan yang ditanam dan diusahakan oleh penduduk di kawasan itu.

Tanaman padi itu diusahakan di tanah kecil daripada seluas setengah hektar kepada kawasan sebesar halaman rumah biasa. Disebabkan warna padi itu berbeza mengikut jenis, orang yang pertama kali datang pasti menyangka ia adalah kawasan semak samun.

Bagaimanapun, tanaman padi itulah yang menjadi sumber makanan kepada sebahagian besar penduduk tempatan.

Disebabkan hasilnya hanya boleh dituai sekali setahun, ia tidak dapat menjana pendapatan kepada mereka dan kegiatan itu tidak lebih daripada ekonomi sara diri.

Penanamannya yang tidak tersusun juga menjadikan pengeluaran padi tempatan terhad dan tidak berupaya menjadi komoditi, walaupun harganya di pasaran cukup tinggi sehingga 1.3 kilogram beras dari jenis itu boleh mencecah RM10.

Memang beras daripada jenis Bario, Mamut, Selasih, Bali dan lain-lain boleh memberi pendapatan lumayan namun pasaran beras itu terlalu kecil serta eksklusif dan pengeluarannya dan tidak dapat menjadi jaminan bekalan makanan kepada penduduk di seluruh negeri Sarawak.

Mengambil kira semua cabaran tersebut, Bernas menerusi anak syarikatnya, Beras Corporation Sdn. Bhd. mengambil langkah berani memperkenalkan penanaman padi secara moden di Batang Lupar. Langkah pertama itu bukan mudah terutamanya untuk meyakini penduduk mengenai hasilnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Beras Corporation, Mohammad Kamaluddin Mohammed Effendie, cadangan untuk mewujudkan kawasan jelapang padi di negeri Sarawak itu bermula daripada perbincangan makmal Pemandu di Kelana Jaya pada Jun 2010 yang kemudiannya terkandung dalam buku Program Transformasi Ekonomi.

Cadangan tersebut dipertimbangkan secara serius apabila makmal mini dibuka di kawasan Batang Lupar pada awal tahun lalu dan Bernas dilantik sebagai pembekal benih dan peneraju kepada projek tersebut.

Begitupun, pada bulan Ogos tahun lalu, projek jelapang itu dapat benar-benar bergerak kerana projek besar-besaran ini tidak akan dapat menjadi kenyataan tanpa penyertaan penduduk tempatan memandangkan sebahagian besar tanah milik mereka terlibat sama.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved