Selasa, 3 April 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Wakaf Chagak: Cakna Rakyat <b>Di</b> DUN <b>Langkap</b>

Posted: 30 Mar 2012 03:47 AM PDT

foto0878BUKIT KECHIL, SETIU – Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah bersama JKKK Bukit Kechil, JKKK Bukit Merah, JKKK Bukit Mak Som, JKKK Gong Terap dan JKKK Chalok Kedai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap, Setiu dalam program Cakna Rakyat sempena Team Building Siri 2 baru-baru ini. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Pengarah APMT, Haji Roshali Taha bertempat di Kg Bukit Kechil pada 28 Mac 2012.


foto0879          Beliau berkata, "semangat gotong royong yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat tempatan amat baik sekali, walaupun hari ini adalah hari bekerja tuan-tuan dan puan-puan." "Kelima-lima JKKK telah dapat memainkan peranan masing-masing ketika membersih kawasan masjid, surau dan kawasan persekitaran." sambungnya lagi ketika berucap pada majlis sebelah tengahari sebaik selesai program gotong royong di sebelah pagi.
Foto0872          "Program serupa telah diadakan di kawasan DUN Kuala Besut sebelum ini" tambahnya lagi. Beliau memaklumkan bahawa Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu adalah satu agensi yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri Terengganu dan diletak di bawah Pejabat Menteri Besar. Setiap program atau aktiviti adalah bagi faedah kita semua penduduk selaku rakyat negeri ini sebagaimana saranan dan hasrat Menteri Besar. Dengan adanya perpaduan di kalangan masyarakat, maka mudahlah kerajaan membantu atau memberi sokongan kepada rakyat dalam berbagai bentuk sumbangan agar rakyat terutama pengundi sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional.

foto0884         Sebelum itu, pada majlis yang sama, Pengerusi JKKK Bukit Kechil, Abu Bakar Daud menyokong penuh program ini diadakan. Beliau berucap sebagai mewakili Pengerusi-Pengerusi JKKK berdekatan dan penduduk yang menyertai program Cakna Rakyat. Pengarah APMT telah menyerahkan 5 bidang karpet sebagai tambahan bagi kegunaan masjid dan surau di bawah JKKK terlibat. Selain program gotong royong, Pengarah bersama Pegawai Penyelia Parlimen dan Ketua Penyelia DUN telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah warga emas yang uzur dengan dipanduarah oleh kelima-lima pengerusi JKKK berkenaan. 40 buah hamper telah dapat disampaikan kepada mereka sewaktu ziarah di sebelah pagi. Manakala selepas majlis perasmian, satu jamuan rakyat telah diadakan di situ dengan kehadiran 500 orang.
          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan