Selasa, 3 April 2012

07 di tanjung piandang - Google Blog Search

07 di tanjung piandang - Google Blog Search


Kakitangan Institut Latihan Maut Kereta Bertembung

Posted: 03 Apr 2012 01:48 AM PDT

NIBONG TEBAL – Seorang kakitangan Institut Latihan Perda Tech di sini maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Bukit Jawi Golf Resort dekat sini hari ini.

Dalam kemalangan pukul 8 pagi ini, Rosmaria Ishak, 37, yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya jenis Perodua Viva.

Pemandu sebuah lagi kereta iaitu Proton Satria, Mohd. Zaidi Hashim, 38, cedera parah setelah melecur sebanyak 60 peratus selepas keretanya itu turut terbakar.

Mangsa kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, dalam kejadian itu, Rosmaria dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan Sungai Bakap ke tempat kerjanya di Bukit Panchor dekat sini.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Satria itu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kemalangan itu menyebabkan Rosmaria tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di sini hari ini.

Shafien berkata, mayat Rosmaria dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat.

Sementara itu, suami mangsa, Mohd. Khuzairi Zaini, 35, berkata, isterinya sempat berpesan supaya menguruskan dan menghantar anak ke sekolah sebelum keluar rumah pukul 7 pagi.

"Saya mendapat tahu isteri kemalangan setelah dihubungi oleh polis pagi ini," katanya ketika ditemui di HSB di sini.

Katanya, jenazah Rosmaria akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak petang ini.

Allahyarham meninggalkan tiga anak perempuan berusia tujuh bulan, enam dan sembilan tahun.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan