07 di bagan datoh - Google Blog Search |
Anwar Ibrahim <b>di Bagan Datoh</b>. Pun UMNO tak berani simbah cat <b>...</b> Posted: 08 Oct 2012 08:32 AM PDT Jurufoto : Hanabira Malam 7hb. yang baru lepas, selesai saja DSAI "menjelajah" Manjung,DSAI dan rombongan terus menghala ke Bagan Datoh. Aku sejak maghrib dah tunggu di tempat dia akan berhenti iaitu di dalam premis rumah NYDP kami. Rumah ni sangat familiar dan popular sebagai tempat ceramah selain dari markas. Lapan orang berceramah malam tadi! Antaranya Prof.Aziz Bari, Datok Mohd Nor Manuti, YB Kesavan, Saudara Madhi Hassan, Saudara Mustafa Kamil Ayob, Dr Lee Boon Chai dan tuan rumah,YDP Bagan Datoh Ustaz Misbahul Munir. MC-nya pulak dari PKR Teluk Intan. Aku suka tengok dia yang steady je mengendali majlis. Pantunnya ! Ikan jerong-jerong masuk tong sampah, Semua penceramah hebat! Tapi yang menjadi fokus utama mestilah DSAI. Secara peribadi aku mengaku dia sorang yang pandai mengawal pentas. Bahasa dia jelas. "Eye contact" sangat perlu dalam satu-satu majlis. Biar ada "perhubungan" hati di antara si pendengar dan si penceramah. Itulah yang membuat orang terpaku dan tak berganjak setiap kali dia mula memegang mikrofon! Orang? Fuhhh..ramai giler kata budak-budak sekarang. Terdetik jugak kut-kut nanti bas yang DSAI naik tu disabotaj macam yang terjadi sebelum ni. Alhamdulillah,takde apa-apa yang berlaku walaupun sebelumnya dalam laman FB aku ada terbaca supaya hati-hati! Juak-juak UMNO ni ada saja ulahnya dengan DSAI. Tepat jam 12:45 malam,bas rombongan DSAI bergerak balik. Tahniah kepada semua yang hadir. Tahniah kepada PAS BD, PKR dan juga DAP yang sama-sama turun padang dalam menjayakan ceramah malam tersebut. Turun je dari bas DSAI terus duduk bersama rakyat di bawah mengadap pentas. Tuan rumah! YDP Kawasan Bagan Datoh,Ustaz Misbahul Munir. Prof. Aziz Bari. Banyak sebut masalah ekonomi negara. Dr. Lee Boon Chai. YB Kesavan, Saudara Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain duduk di belakang pentas sementara tunggu giliran. Pejuang rakyat marhain! Lawak dia yang spontan selalu buat orang tersengih-sengih. Selalu bagi BN panas punggung! " Hangpa semua tau apa pasai saya naik jet? Bila saya naik bas depa lempaq dengan batu,depa simbah dengan cat. Jadi bila saya naik jet, mai la try simbah cat ka,baling batu ka…" diikuti dengan derai ketawa hadirin! Seperti juga TGNA dan TG Hadi Awang, bekas banduan penjara Sungai Buluh memang digeruni oleh UMNO dan konc0-konconya. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Nah! Itulah antara lain yang menyebabkan orang-orang dalam kerajaan yang ada sekarang tak senang duduk. Mohamad Mursi, yang meneraju kabinet Mesir sekarang adalah bekas banduan. "Kamu ingat tu wahai UMNO dan BN! Dulu Hosni Mubarak masukkan Mursi dalam tahanan, sekarang giliran Hosni pulak merasa tempat Mursi dulu. Hidup tak ubah macam putaran roda!" Lawan tetap lawan! Related posts: |
cikgu pencen: Anwar Ibrahim <b>di Bagan Datoh</b> Posted: 09 Oct 2012 06:33 AM PDT |
You are subscribed to email updates from di bagan datoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan