Selasa, 9 Oktober 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


Kanak-kanak hilang sejak Rabu ditemui mati lemas <b>di</b> Sungai Kinta <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 05:51 AM PST

Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemui mati lemas di Sungai Kinta, Tanjung Tualang hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata mangsa Yushairiezal Judin ditemui terapung pada pukul 10.50 pagi tadi oleh orang awam kira-kira 45 km dari tempat mangsa terjatuh di longkang Kem Syed Putra, Tambun.

Polis yang dimaklumkan berhubung penemuan itu telah menghantar mayat mangsa ke Hospital Batu Gajah untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, di sini.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, ibu kanak-kanak itu, Mazlinah Rintan@Baki, 31, berkata anaknya keluar bermain bola sepak dengan rakan-rakannya pada pukul 3 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam pada hari tersebut.

Semasa kejadian mangsa bermain berhampiran dua longkang besar ketika hujan lebat.

Ibu mangsa hanya membuat laporan polis sehari selepas kehilangan itu, dan polis kemudian mengadakan operasi mencari dan hanya menemui seluar biru dipercayai milik mangsa yang tersangkut di ranting Sungai Pinji.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved