Selasa, 9 Oktober 2012

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Pesakit Rotavirus semakin berkurangan <b>di Tapah</b>: Rosnah Shirlin <b>...</b>

Posted: 14 Feb 2012 08:22 PM PST

Jumlah pesakit wabak Acute Gastroenteritis (AGE) yang menerima rawatan di wad Hospital Tapah semakin menurun berbanding semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu daripada 70 pesakit menerima rawatan semalam 50 daripadanya didapati telah pulih dan bebas dari wabak berkenaan.

"Saya dimaklumkan 50 pesakit yang dimasukkan ke wad telah dibenarkan pulang setelah mendapati keadaan mereka bertambah pulih dan semakin stabil.

"Bagi kes AGE yang dimasukkan ke Unit Rawatan Kecemasan dan Trauma, setakat jam 7 pagi tadi, seramai 183 orang pesakit masih menerima rawatan di hospital ini.

"Kita berharap jumlah ini akan berkurangan dan tidak ada lagi kes yang menyebabkan kematian, justeru saya harap masyarakat dapat lebih prihatin terhadap kesihatan ahli keluarga… jangan lengah-lengahkan masa untuk ke hospital jika mengalami tanda-tanda yang menjurus kepada jangkitan Rotavirus," katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tapah pagi tadi.

Menurut Rosnah, kementerian kesihatan amat bersimpati dengan kematian 2 bayi akibat jangkitan virus berkenaan.

Justeru, bagi mengelakkan berlakunya kes kematian katanya, kementerian terbabit mengarahkan hospital dan klinik swasta supaya melaporkan kes-kes berkaitan penyakit itu pada kadar yang segera jika ada.

"Seperti yang sedia maklum, salah seorang daripada bayi yang meninggal dunia akibat penyakit ini telah menerima rawatan di klinik swasta dan kemudiannya dirujuk kepada pihak hospital dalam keadaan pesakit sedang nazak.

"Kita tidak mahu perkara itu berulang lagi, jadi laporan segera perlu diberikan kepada jabatan-jabatan kesihatan daerah sekiranya menerima pesakit yang dijangkiti AGE," katanya.

Tambah Rosnah, sekiranya pihak hospital dan klinik swasta gagal berbuat demikian, maka kementerian kesihatan akan mengambil tindakan tegas.

Lebih 2,800 kes AGE telah dilaporkan di  daerah Batang Padang dan Hilir Perak sejak wabak itu mula dikesan pada 27 Januari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan