Selasa, 9 Oktober 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Lalu lintas penduduk <b>Gopeng</b> terjejas akibat jambatan roboh <b>...</b>

Posted: 27 Jun 2012 12:53 AM PDT

Kira-kira 3,000 penduduk dari beberapa kawasan perumahan di Gopeng mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) agar membaiki segera jambatan konkrit yang roboh kira-kira enam bulan lalu.

Jambatan konkrit yang menjadi penghubung ke jalan utama sejak 30 tahun lalu itu roboh tanpa diketahui punca sebenar dan ianya kini menjadi penyebab utama masalah lalu lintas di kalangan penduduk.

Penduduk yang terjejas teruk akibat runtuhan jambatan tersebut tinggal di beberapa kawasan perumahan termasuklah Taman Gopeng Baru, Taman Gopeng Setia dan Taman Gopeng.

Difahamkan, sebelum ini penduduk hanya memerlukan masa kurang dari tiga minit untuk ke bandar berhampiran.

Namun, disebabkan jambatan roboh itu masih belum dibaiki, penduduk terpaksa membuat pusingan sejauh satu kilometer hanya untuk keluar masuk ke kawasan perumahan.

Penduduk Taman Gopeng Jaya, N. Arumugam, 47, berkata masalah tersebut bukan sahaja memberi kesukaran kepada penduduk malah mampu mengundang bahaya ekoran keadaan yang gelap ketika waktu malam.

"Keadaan waktu malam di sini begitu gelap. Pengguna tidak boleh nampak kerana tiada sebarang papan tanda jambatan roboh diletakkan dan ini boleh menyebabkan orang ramai yang menggunakan laluan ini terjatuh," jelasnya.

Di samping itu. penduduk terutamanya di kalangan wanita dan kanak-kanak juga turut merasa bimbang menggunakan laluan baru yang agak sunyi dan jauh daripada penduduk.

"Keadaan di jalan baru juga tidak selamat..ramai orang lalu lalang jadi insiden yang tidak diingini berlaku tidak boleh dielakkan," katanya.

Meskipun aduan telah dibuat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, sehingga hari ini masih belum ada berita jambatan tersebut akan dibaiki.

Bagi penduduk Taman Gopeng Indah, Ahmad Tarmizi, 40, kegagalan  PBT mengambil sebarang tindakan menyelesaikan masalah itu memanjangkan lagi kesulitan yang dialami penduduk.

"Saya berharap pihak yang terlibat dapat menyelesaikan masalah penduduk yang berlarutan lebih lima bulan. Tolonglah secepat mungkin bina semula jambatan ini," ujarnya.

Walaupun tidak menetap di kawas0an perumahan yang terjejas, Phang Nam Kong, 63, yang menetap di Lawan Kuda menegaskan beliau turut merasa tempias yang dihadapi penduduk.

Katanya, beliau amat bersimpati kepada ibu bapa yang berdepan dengan masalah apabila tidak lagi membenarkan anak-anak mereka menunggang basikal ke sekolah kerana bimbang akan keselamatan mereka yang terpaksa menggunakan laluan baru yang agak jauh.

"Saya harap jambatan ini boleh dibaiki dengan segera supaya mudah untuk anak-anak pergi ke sekolah dan memudahkan urusan semua penduduk yang terlibat," katanya lagi.

"Sehingga kini, masih belum ada tanda jambatan yang roboh itu akan dibaiki walaupun perkara itu sudah berlarutan sejak lima bulan lalu," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan