Selasa, 9 Oktober 2012

07 di kinta - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kinta - Google Blog Search


Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan Adun Hulu <b>Kinta</b> – Perak Today

Posted: 09 Oct 2012 04:29 AM PDT

Kebajikan rakyat di kawasan DUN Hulu Kinta sentiasa menjadi keutamaan saya, demikian tegas Datuk Rusnah Kassim yang diberi amanah sebagai wakil rakyat selepas memenangi pilihanraya umum ke-12 pada 2008.

Bercakap kepada Peraktoday.com, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Perak, berkata program turun padang untuk mendekati dan menyelami masalah rakyat cukup berkesan, sekaligus memberi impak positif kepada peningkatan tahap sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pendekatan seumpama itu katanya, dipraktikkan apabila melawat mangsa kebakaran atau bencana sebelum bantuan yang sewajarnya kepada mangsa.

Beliau juga turut mengarahkan kakitangan Pusat Khidmat ADUN mempraktikkan pendekatan yang sama setiap kali berlaku insiden yang tidak diingini di kawasan berkenaan.

"Pada setiap Rabu, saya akan berada di Pusat Khidmat ADUN Hulu Kinta untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Selain itu, pada setiap Rabu minggu pertama pada setiap bulan kita turut mendatangkan pegawai JKM bagi memudahkan rakyat berurusan dengan agensi berkenaan," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rusnah berkata, sejak berkhidmat di kawasan itu, kerjasama baik yang diberikan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantunya menyelesaikan bermacam ragam masalah rakyat.

Salah satu isu yang mendapat perhatian serius Rusnah ialah masalah setinggan yang tinggal di merata-rata tempat dalam DUN Hulu Kinta.

Bagi menyelesaikan masalah itu, beliau katanya, terpaksa turun naik ke Pejabat Tanah Daerah untuk memastikan kehidupan setinggan lebih terbela dan akhirnya usaha itu berbaloi apabila tanah seluas 12 hektar diluluskan bagi menempatkan kira-kira 100 keluarga setinggan.

"Di kawasan ini nanti, kita akan membangunkannya menjadi perkampungan tersusun yang dikenali sebagai Kampung Tersusun Changkat Kinding 2," katanya.

Selain itu, isu pemilikan tanah membabitkan penduduk Kampung Baru Changkat Kinding juga berjaya diselesaikan selepas mereka menanti hampir 40 tahun untuk mendapatkan geran hak milik.

Segala urusan kata Rusnah, sudah selesai kerana Borang Tawaran 5A surah diserahkan kepada 69 keluarga di mana 18 daripadanya tinggal di atas rizab jalan JKR.

Tidak ketinggalan 43 peserta mendapat manfaat apabila menerima Borang Tawaran 5A untuk mengusahakan tanah pertanian secara berkelompok di belakang Taman Indah, katanya lagi.

Mengulas lanjut, Rusnah mengakui Tanjung Rambutan dan kawasan sekitarnya semakin pesat membangun dengan projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri dan Pusat.

Beliau berkata, projek membina pasar Tanjung Rambutan yang baru sedang dilaksanakan dan bangunan yang dibina dengan kos lebih RM3 juta itu dijangka beroperasi Disember nanti.

Kemudahan jalan pintas untuk keselesaan rakyat berulang-alik turut mendapat perhatian Rusnah yang membabitkan laluan sejauh kira-kira 500 meter dari Taman Indah menuju ke Pusat Latihan Polis Gerakan Am.

Kewujudan Sunway City, Pusat Latihan Giat Mara, Maktab Perguruan Ipoh dan terbaru Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan sosial di kawasan Tanjung Rambutan, katanya.

Malah, Rusnah berkata, kawasan itu juga berpotensi dibangunkan menjadi pusat gedung ilmu di negeri Perak.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap agar sebuah kolej komuniti dapat ditubuhkan di DUN Hulu Kinta bagi memberi peluang kepada rakyat tempatan khususnya kaum wanita mendapat kemahiran seperti menjahit dan memasak untuk menjana pendapatan sendiri.

Ditanya sokongan rakyat terhadap BN, beliau yakin sokongan semakin bertambah hasil kerja keras yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di peringkat Pusat manakala Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di peringkat negeri.

"Saya lihat sokongan rakyat baik di kalangan kaum Melayu, Cina dan India khususnya di DUN Hulu Kinta semakin bertambah baik, sekaligus memberi peluang cerah untuk BN mengekalkan kerusi ini," katanya lagi.

Sementara itu, rakyat yang ditemui berpuas hati dengan khidmat yang ditawarkan Rusnah dan menyifatkan beliau seorang wakil rakyat yang kuat bekerja tanpa mengira masa dan tempat.

S Maniam, berkata sepanjang mengenali wakil rakyat itu, Rusnah sentiasa mengambil berat masalah rakyat di kawasan berkenaan.

"Beliau sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia Perak dan saya berharap beliau kekal bertanding di kerusi DUN Hulu Kinta pada pilihan raya umum nanti.

"Penduduk amat memerlukan pemimpin yang berjiwa rakyat dan berwawasan jauh bagi memastikan kesejahteraan rakyat di sini terjamin," kata bekas kakitangan kerajaan itu lagi.

Pendapat sama dikongsikan Mohd Zan Bohari, 43, dari Gerbang Tanjung Permai yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Rusnah di atas usaha dan kejayaannya membantu rakyat di Hulu Kinta.

"Penduduk kini boleh hidup dengan selesa apabila tapak pelupusan sampah telah ditutup dan pembangunan di kawasan ini juga semakin berkembang pesat," tegasnya lagi.

Penduduk Kampung Baru Changkat Kinding, Chong Bon Hoo, pula berterima kasih kepada wakil rakyat itu kerana berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah yang berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Tegasnya, Rusnah tidak mengenal erti penat cuba membantu penduduk mendapatkan hak milik tanah yang ditunggu-tunggu mereka.

Bagi Mazlan Long, dari Kampung Suak Petai, masyarakat Orang Asli di kawasan itu turut menerima pelbagai bantuan dan sokongan daripada Rusnah.

"Lebih 1,000 pengundi dari kalangan Orang Aslli berdiri teguh di belakang kepimpinan wakil rakyat hari ini dan kita berharap beliau terus diberi peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved