Selasa, 9 Oktober 2012

07 di slim river - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di slim river - Google Blog Search


Kebakaran <b>Di Slim River</b>, Kanak-Kanak Rentung

Posted: 28 Sep 2012 05:25 AM PDT

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Lintah Tiong, Slim Village, Slim River hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata Muhammad Shahrizal Abdullah ditemui rentung di ruang tamu selepas anggota bomba selesai memadamkan kebakaran.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Md Zin berkata kejadian berlaku pada pukul 2.30 petang dan ketika itu mangsa berada di ruang tamu seorang diri.

Ibunya Norlia Zakaria, 51, dan lima lagi adik-beradiknya berada di bahagian dapur dan sempat menyelamatkan diri ketika api pantas merebak.

Beliau berkata seramai 11 anggota bomba dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian belum diketahui.

 

- Bernama

 

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved