Selasa, 9 Oktober 2012

07 di chemor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di chemor - Google Blog Search


Adun Hulu Kinta prihatin nasib mangsa ribut <b>di Chemor</b> – Perak Today

Posted: 24 Jan 2012 09:00 PM PST

Susulan kejadian ribut yang merosakkan 24 buah rumah di Chemor lewat petang kelmarin, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim segera turun padang bagi memantau bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa ribut di kawasan itu.

Dengan kerugian dianggarkan mencecah RM50,000, Rusnah berkata, kerja membaiki kerosakan rumah-rumah yang terlibat akan dilakukan secepat mungkin.

"Disebabkan musim perayaan, banyak kedai ditutup dan agak sukar untuk kita mendapatkan peralatan untuk membaiki rumah yang rosak.

"Namun, usaha untuk mendapatkan atap zink serta barang-barang lain kita akan segerakan dan segala kerja-kerja pembersihan selain baikpulih rumah akan dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung," katanya.Tambah beliau lagi, laporan akan dihantar ke Pejabat Daerah Kinta selepas senarai lengkap mangsa diperolehi.

"Saya berharap agensi berkenaan dapat bertindak pada kadar segera bagi membantu rakyat di kampung ini," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir yang turun bagi memantau perkembangan itu berkata, semua mangsa diminta hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan membawa bersama dokumen lengkap bagi memohon bantuan Ihsan Pemulihan Bencana Alam.

Katanya, selain salinan kad pengenalan, mangsa juga perlu membawa laporan polis untuk siasatan sebelum dana bantuan mengikut kerosakan yang dialami disalurkan kepada mereka yang layak.

"Bagi pelajar-pelajar maahad tahfiz pula, JKM akan memberi bantuan makanan selama tiga hari sementara membaiki kerosakan tersebut," katanya.

Seramai 20 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Skuad Pemuda BN yang diketuai Mazlan Abd Rahman turun padang membantu mangsa dalam kejadian  ribut petang kelmarin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved