Sabtu, 10 November 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Gerik</b> pulih Selasa – Perak Today

Posted: 13 Apr 2012 06:13 AM PDT

Bekalan air yang terputus di kawasan Gerik sejak 5 April lalu dijangka pulih sepenuhnya Selasa ini, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Beliau berkata, sebanyak 90 peratus daripada 7,200 rumah yang terputus bekalan air sudah menerima semula bekalan kelmarin manakala 10 peratus lagi pada Selasa ini.

Katanya, LAP terpaksa membuat penyambungan paip pintasan secara terus dari rumah pam kepada pengguna berikutan loji rawatan air Gerik V rosak akibat kejadian tanah runtuh.

"Kelewatan tersebut disebabkan LAP terpaksa menunggu satu unit Variable Speed Drive (VSD) dari United Kingdom yang akan tiba hujung minggu ini," katanya kepada pemberita di Gerik, hari ini.

VSD adalah alat bagi mengawal kelajuan motor yang mengepam air yang melalui paip pintasan ke rumah.

Beliau berkata, ketika ini terdapat hanya satu unit VSD yang dipasang dari rumah pam dan ia kekurangan kuasa untuk mengepam air ke semua rumah terbabit.

"Semua 700 rumah yang masih belum mendapat bekalan air berada di kawasan tanah tinggi dan kawasan pedalaman," katanya.

Katanya, paip pintasan yang dipasang itu akan kekal sehingga loji rawatan air yang baru siap.

Mohd Yusof berkata, bagi kawasan yang masih terputus bekalan air, LAP akan menyalurkan bekalan melalui lori tangki dan tangki statik.

Katanya, seramai 105 petugas termasuk 84 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terbabit dalam kerja pemasangan paip pintasan dan penghantaran bekalan air.

- BERNAMA

Gambar-gambar kecoh Kembara Oren <b>di</b> Felda Lawin Selatan, <b>Gerik</b>

Posted: 06 Nov 2012 09:44 AM PST

Kembara Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat tentangan daripada pihak yang bimbang akan warga Felda mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan semasa Felda dan negara.

Konvoi Oren ini yang dipimpin oleh Tuan Haji Razman Zakaria, pada mulanya dapat dilangsungkan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan di Felda Lawin Utara. Namun begitu, apabila menuju ke Felda Lawin Selatan, sekumpulan anggota Rela dan anak-anak muda menyekat kemasukan peserta-peserta konvoi ini ke dalam kawasan Felda tersebut.

Tercetus sedikit huru hara dan keadaan yang tegang apabila kumpulan ini berkeras untuk menghalang Konvoi Kembara Oren daripada memasuki kawasan Felda mereka.
















Anggota Rela ini masih berkeras untuk menghalang besi penghadang ini daripada dibuka








Kekecohan berlaku daripada 'U know Who' sehinggakan seorang pemuda mereka melepaskan tumbukan tetapi terkena rakan sendiri. Dan dikatakan rakannya itu mengalami luka dibahagian mulut
Maklumat daripada rakan yang berada ditempat kejadian, akhirnya peserta konvoi Kembara Oren berjaya juga memasuki kawasan Felda Lawin Selatan ini untuk mengedarkan risalah apabila Haji Razman memberikan kata-kata penutup beliau, "Kamu punya orang kamu dan kami punya orang kami, jika kamu sanggup menjual kami juga sanggup membeli".


Artikal Asal.
http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=959

JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>GERIK</b> | PELUANG <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 07:05 AM PST

1 Kekosongan Jawatan:   Kerajaan / Government

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada rakyat Negeri Perak) yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan serta berinovasi untuk mengisi jawatan berikut:-

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 (1 Kekosongan)

KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH

Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan