Sabtu, 10 November 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit: LAP syarikat air TERBAIK <b>di</b> Malaysia

Posted: 01 Nov 2012 03:59 AM PDT


Lembaga Air Perak (LAP) berjaya meletakkan dirinya sebagai satu-satunya syarikat pengurusan air terbaik di negara ini sehingga ia dijadikan sebagai 'bench mark' kepada agensi lain di Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi LAP berkata dengan pengurusan baik dan efektif, prestasi dan pencapaian kewangan LAP terus mencatat perkembangan memberansangkan saban tahun.

Katanya ini dapat dilihat berdasarkan keuntungan hasil sebelum cukai LAP melebihi RM100 juta masing-masing bagi tahun 2010 dan 2011.

Bagi tahun 2009, LAP mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM76 juta.

"Hasil keuntungan memberangsangkan ini, LAP mampu memberi bonus empat setengah bulan kepada kakitangannya.

"Bonus ini merupakan yang tertinggi dalam negara kerana tidak ada syarikat air lain yang membuat bayaran setinggi LAP. Malah syarikat air Pulau Pinang beri hanya satu bulan bonus dan tidak ada bonus langsung bagi syarikat air Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Kesatuan Pekerja-Pekerja LAP Ke-12 di Dewan Mesyuarat LAP di Ipoh, hari ini.

Hadir sama dalam Majlis ini, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja LAP Perak, Zainal Ismail,Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga Dan Air, Datuk Ramly Zahari

Menteri Besar berkata berdasarkan prestasi baik LAP, syarikat itu sering menjadi rujukan terbaik buat syarikat air di negeri lain.

"Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa semangat 'team spirit' atau kebersamaan dalam budaya bekerja kalangan kakitangan LAP. Saya difahamkan mereka bekerja siang dan malam kerana falsafah LAP adalah mewujudkan hubungan baik antara pekerja, majikan dan juga institusi lain dalam kerajaan negeri," katanya.

Jelasnya lagi, kejayaan LAP dalam membuat keuntungan tinggi adalah berikutan usaha pihak pengurusan mengawal Non Revenue Water (NRW) berbanding negeri lain.

"Di pihak pengurusan kita telah berjaya mengurangkan punca-punca kehilangan sumber air yang disebabkan kebocoran atau sebagainya manakala daripadan segi kandungan kualiti air bersih juga LAP telah mencapai 97 peratus.

"Ini menjadikan LAP sebagai syarikat air yang berjaya membekalkan kualiti air bersih terbaik di negara" katanya.

Jottings of Xnuripilot: Serang Hendap <b>Di</b> Ulu <b>Kinta</b>

Posted: 07 Oct 2012 02:09 PM PDT

6/10/2012, Saya terima satu dokumen setebal 35 halaman melalui Pos Xpres. Ia mengenai Mejar Zainal Abidin bin Husin (B), xkomando. Saya mengenali beliau sejak MTD lagi. Beliau adalah dari pengambilan 13 Tauliah Jangka Pendek. Tatkala itu saya adalah 'senior cadet'. 

Mejar Zainal menceritakan versi kisah beliau yang terlibat dalam 'Ops Gonzales' pada April 1974 di kawasan Hutan Simpan Kinta, Perak. Menurut Mejar Zainal, ketika itu berpangkat Leftenan, beliau adalah Ketua No 9 Trup, 'Z' Skuadron, RGK. Trup tersebut telah diaturgerak ke Kem Tambun, Ipoh, dari Kem Sungai Udang dan diletakkan sebagai pasukan simpanan di bawah Panglima 2 Division.

Pada 18 April 1974, platun 9 dari 3 Renjer telah bertembung dengan segerombolan pengganas komunis (PK). Panglima Division membuat keputusan menghantar trup komando berkenaan untuk misi menjejaki dan memusnahkan musuh. Dengan 30 orang anggotanya bersama seekor anjing pengesan - 'Ben' - yang dikendalikan oleh Sarjan Chandan a/k Gaing dari Cawangan Anjing Perang, PULADA, mereka telah diterbangkan ke kawasan operasi dengan 2 buah pesawat Nuri pada jam 1600. Antara anak buah Lt Zainal ialah Lt M Anuwa bin Mohamad Daud, Kpl Zaki bin Nordin, Tpr Mohd Ali bin Ahmad, Tpr Hassanuddin, Tpr Ali dan Pbt Amin (Scout keturunan Orang Asli). Oleh kerana ketiadaan LP, mereka diturunkan melalui kaedah abseling.

Bertapak sahaja di bumi, mereka bergerak pantas dengan didahului oleh Ben dan pengendalinya. Ketika dalam pergerakan ini, mereka dimaklumkan PK telah bertempur pula dengan satu pasukan ronda dari 5 RAMD. Mengetahui insiden tersebut, para komando telah bergegas ke lokasi pertempuran. Namun demikian, pemburuan terpaksa dihentikan kerana waktu sudah malam.

Keesokan pagi, 19 April, No 9 Trup tiba di lokasi platun No 5 RAMD. Setelah mendapat maklumat daripada platun dan makan tengah hari, Lt Zainal meneruskan misi menjejaki PK. Beliau telah mengubah format pergerakan disebabkan pergerakan PK kini mudah dikesan. Pbt Amin ditugaskan merintis jalan, diikuti oleh Tpr Hassanuddin. Menurut Tpr Mohd Ali, terdapat beberapa jerangkap samar dipasang oleh PK. Nanum demikian, mereka tidak ditimpa sebarang kecelakaan angkara jerangkap samar.

Dalam rondaan melalui trek yang dibuat oleh PK, mereka tiba di 2 persimpangan; 1 lorong menuju ke kanan ke atas permatang, manakala 1 lorong ke kiri mengikuti lereng bukit. Lt Zainal telah membuat keputusan untuk memecahkan trup kepada 2 kumpulan. Beliau mengetuai kumpulan ke kiri dan Lt M Anuwa pula ditugaskan menjejaki musuh mengikuti permatang.

Format pergerakan Lt Zainal adalah seperti di rajah 1 berikut:


 Pada jam lebih kurang 1500, semasa menyeberangi sebatang anak sungai untuk mendaki bukit, petikan Lt  Zainal  '...tiba-tiba kumpulan kami telah diserang hendap dengan dihujani peluru tembakan musuh yang berada di atas bukit kecil di sebelah kanan kami. Tindakan serta merta adalah untuk mencari benteng perlindungan daripada tembakan musuh. Saya berada dalam posisi meniarap dan berlindung di sebalik ketulan-ketulan batu. Tiba-tiba Sjn Chandan menjerit ke arah saya memberitahu yang anjing pengesan, Ben, telah terbunuh akibat tembakan musuh'. Jeritan Sjn Chandan, "Tuan, Ben dah mati kena tembak..." sambil berpaling ke arah kedudukan saya. Ianya telah menyebabkan pihak musuh mengarahkan tembakan bertubi-tubi ke arah posisi saya setelah mengetahui saya adalah ketua kumpulan. Pada masa yang sama, saya mendapati Pbt Amin telah tercedera terkena tembakan musuh (rajah 2).  Menurut Sjn Chandan, walaupun cedera parah, Ben sempat merangkak kepada 'bapanya' dan menghulurkan kakinya dan.....mati!!!
Kedudukan posisi anggota semasa diserang hendap
PS: Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Jottings of Xnuripilot: Serang Hendap <b>Di</b> Ulu <b>Kinta</b> - Sungguh Ironis <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 02:17 PM PDT

Sambungan daripada coretan di sini.

Sebelum tiba di persimpangan dimana trup berpecah kepada 2 kumpulan, Lt Zainal mendapati kesan pergerakan musuh masih baru. Justeru,beliau telah mengarahkan anak buahnya menanam sebahagian rangsum. Ini bagi memudahkan pergerakan mereka mengejar PK.   Kebiasaannya, purata berat 'haversack' anggota komando ialah lebih kurang 30 kg. Beban ini terpulang kepada tempuh sesuatu operasi. Mengambil keluhan seorang mantan komando, seorang operator radio, ketika mendaki bukit, boleh dikatakan dagu hampir mencecah kepala lutut. Dan apabila berehat pula, kebiasaannya mereka tidak sanggup untuk duduk kerana menghadapi masalah untuk berdiri nanti. Jadi, terpaksalah mencari pohon/batang pokok untuk menyandang haversack sambil berdiri! Itu belum mengambil kira set radio yang terpaksa dipikulnya. Dengan pengurangan bebanan dan waktu malam makin menjelang, mereka 'lari anak' menjejaki musuh.

Anjing baka Labrador, Ben, yang bersama dalam kumpulan Lt Zainal, tiba-tiba berhenti dan duduk. Ini bererti Ben telah menghidu kehadiran musuh. Memang tepat sekali beberapa saat kemudian....bang...bang...bang. Mereka dihujani oleh peluru daripada musuh yang berada di atas bukit. Tindakan Ben telah menyelamatkan anggota kumpulan tersebut kerana tidak ramai yang berada dalam zon pembunuhan (killing zone) semasa diserang hendap. Musuh tidak melepaskan peluang untuk menembak anjing pengesan kerana haiwan seperti Ben merupakan sasaran yang mesti dihapuskan. Kewujudan anjing pengesan sangat berbahaya kepada mereka kerana haiwan tersebut dikurniakanNya dengan pancaindera yang boleh mengesan kehadiran musuh. (Gambar hiasan).

Ketika mendapatkan perlindungan di belakang ketulan batu, Lt Zainal telah tercedera di lututnya. Namun demikian, beliau menceritakan 'tembakan musuh telah reda sedikit, dengan dibantu oleh tembakan perlindungan (covering fire) daripada Kpl Zaki, saya terus merangkak ke kedudukan Pbt Amin dan terus mengheret sambil memapah beliau ke tempat selamat. Ketika itu, Tpr Mohd Ali, yang berada di posisi No. 7 semasa roadaan, bergegas ke posisi saya untuk memberi bantuan (rajah 3).

Kpl Zaki memberi tembakan perlindungan
Selepas itu, saya bersama Kpl Zaki telah melakukan 'Frontal Assault' sambil menembak ke arah kedudukan musuh di atas bukit tersebut. Pada masa yang sama, Tpr Mohd Ali telah melakukan 'Flanking Attack' dari arah kiri musuh (rajah 4). 
'Frontal & Flanking' assault
Setelah kehabisan peluru, saya mengisi lagi dengan kelopak kedua dan terus mara sambil melepaskan tembakan ke arah musuh. Apabila saya dan Kpl Zaki sampai ke lokasi musuh di atas bukit kecil, Tpr Ali muncul pada masa sama. Kami dapati TIGA (3) orang PK terbunuh dan yang lain telah melarikan diri meninggalkan 20 beg galas (haversack) berisi pakaian dan makanan serta 2 pucuk senjata bersama sejumlah peluru.'
Di waktu yang sama, mendengar sahaja tembak-menembak itu, kumpulan Lt M Anuwa bergegas ke puncak bukit. Dalam proses memberi bantuan ini, Tpr Abu Kassim telah tercedera di siku akibat ditembak oleh musuh. 
Walaupun pertempuran masih belum reda, Lt Zainal telah memohon bantuan helikopter untuk mengambil 'casevacs'; Pbt Amin yang tercedera di lutut dan banyak kehilangan darah serta Tpr Abu Kassim. Bantuan si burung besi, Nuri, sangat diperlukan bagi menyelamatkan kedua-dua casevac tersebut sementelah hari makin gelap. Sebuah Nuri yang dikendalikan oleh Kapt (U) Abdul Rahim bin Abdul Rahman PGB PTU (bersara Brig Jen Dato'), Lt M (U) Raja Badrulzaman bin Raja Husain (ko-pilot) (bersara Mejar) dan arwah Sjn Abd Rahman (Kuatermater Udara) (bersara PW1) telah berlepas dari Kem Tambun ke lokasi pertempuran. Disebabkan waktu sudah hampir malam, Kapt (U) Rahim mengarahkan anggota komando untuk membakar sesuatu bagi mewujudkan asap dan juga menembak pistol 'Verey Light'. Berpandukan asap dan cahaya tembakan pistol berkenaan, kapten pesawat berjaya mengesan lokasi pertempuran. 2 orang casevac dan bangkai Ben telah dinaikkan ke dalam pesawat melalui kaedah winching. Ketika dalam proses winching, pengganas komunis telah mengambil kesempatan untuk menembak Nuri tetapi tidak membawa sebarang kecelakaan. Hanya keesokan hari, sebuah Nuri telah terbang ke lokasi terbabit untuk membawa 3 mayat musuh dan juga barang-barang peninggalan pengganas komunis.
Bangkai Ben telah dibawa balik ke Pulada dan disemadikan di kubur khusus untuk haiwan yang banyak berjasa kepada negara di era insurgensi. 
Lt Zainal dan trupnya meneruskan pemburuan mereka selama lebih kurang seminggu sebelum dikeluarkan dengan Nuri balik ke Ipoh. Keberanian Lt Zainal berhadapan dengan situasi yang begitu getir diperakui oleh Tpr Mohd Ali bin Ahmad...'beliau (Lt Zainal) turut dan bertindak sebagai ketua trup yang berani dan tangkas sehingga kami berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis'. Sjn Chandan pula memberi komen terhadap kepimpinan Lt Zainal kepada Pegawai Latih beliau di Pulada....'Tuan Zainal Commando, memang berani betul'. 
Pada Mej Zainal pula,  'Kejayaan ini merupakan salah satu fakta sejarah kepada Kor Gerakhas dalam menumpaskan musuh demi pengorbanan kepada tanahair tercinta. Pertempuran ini menjadi kenangan kepada saya sepanjang hayat'.
Arwah Kpl Zaki bin Nordin (bersara Sjn) dan Tpr Mohd Ali bin Ahmad (bersara PW1) telah dianugerah PGB. Lt Zainal Abidin bin Husin (bersara Mej), Ketua No 9 Trup 1 RGK....Hanya KPK. Sungguh ironis sekali!!! Dimana silapnya atau apakah rasionalnya? Hanya pencalon sahaja yang boleh menjawabnya. Wallahualam.
Mejar Zainal Abidin (B)...Terima kasih.
1. Rujuk: PAHLAWAN Angkatan Tentera Malaysia, Penerima S.P. dan P.G.B. JILID 2, bertajuk '9 Terup Z Skn. RGKM dalam Op Gonzales di Hutan Simpan Kinta',  halaman 26-33, oleh Lt Kol Dr Syed Othman bin Syed Omar. 
2. Sambungan kepada 'The Story Of A Soldier's Wife' di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan