07 di bukit gantang - Google Blog Search |
<b>bukit gantang</b> mampu mengembalikan zaman <b>...</b> - Labun Cikgu Lin Posted: 26 Feb 2013 10:17 PM PST Bukit Gantang amat disegani di zaman dulu kerana Parlimen dan Tiga DUNnya merupakan KUBU KUAT UMNO/BN. Zaman kegemilangannya tercemar di PRU 12 di mana HANYA dapat mempertahankan SATU KERUSI DUN sahaja iaitu Trong, manakala Parlimen Bukit Gantang, Kuala Sepetang dan Changkat Jering jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang. KENAPA dan MENGAPA biarlah menjadi LIPATAN SEJARAH. Saya YAKIN, PRU 13 ini ... Bukit Gantang pasti dapat mengembalikan semula zaman kegemilangannya di mana beberapa faktor penghalang telah dapat disingkirkan dan dibentras oleh Pemimpin-pemimpin Tempatan yang berwibawa. PRU 13 ini, saya yakin ... Pucuk Pimpinan BN TIDAK AKAN MELETAKKAN "BUKAN ANAK TEMPATAN" bertanding di kawasan-kawasan Pilihan Raya di sini kerana PRU 12 TELAH MENGAJAR KITA. MAJORITI DUN PERAK PRU 12 (2008)
MAJORITI PARLIMEN PERAK PRU 12 (2008)
Saya dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada , pengalaman dan tinjuan ke kawasan-kawasan Pilihan Raya ini sejak sekian lama ingin berkongsi pendapat berkaitan dengan "WINABLE CANDIDATE" untuk difikirkan oleh Pengundi Kawasan ini. Dalam penentuan Calon ini, pertamanya ... KITA HENDAKLAH MENGHINDAR "INI KAWAN SAYA", "INI BOS SAYA" sebabnya ... ANDA HANYA SEORANG tetapi yang kita mahukan adalah SELURUH PENGUNDI dalam kawasan di calon itu dipertandingkan. Tak usahlah KACAU atau GANGGU GUGAT ADUN yang sedia ada. Disebabkan BN mempunyai Komponen, berikan sahaja kawasan ini kepada Komponen BN demi memenuhi KOUTA Komponen, akan tetapi disebabkan telah berlaku PENINGKATAN PEMILIH MELAYU MENDADAK, pilihlah dan carilah Pemimpin Melayu (Anak Tempatan) dari PPP untuk diletakkan sebagai calon Bn di situ. 3. N14 Changkat Jering Berdasarkan Keputusan PRK Bukit Gantang yang lalu, Calon BN, Dato' Ismail Saffian berpotensi di sini. Kebanyakan PDM Changkat Jering telah berlaku peningkatan. Ini bermakna sebagai ANAK JATI CHANGKAT JERING dan penglibatannya dengan UMNO Bukit Gantang... beliaulah Calon yang paling sesuai. Tak perlu saya nyatakan siapa sebabnya ramai yang sesuai dan layak dan kalau boleh ... pilihlah TOKOH dari kawasan SIMPANG kerana PDM ini AMAT BERMASALAH semasa PRK lalu. SAYA INGIN MENCABAR BUKIT GANTANG ... TUNJUKKAN KEMBALI "KEJANTANANMU" DALAM POLITIK NEGARA. |
You are subscribed to email updates from di bukit gantang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan