Khamis, 28 Februari 2013

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


hak malaysia: dap dabik dada tawan <b>malim nawar</b> sebelum pru13

Posted: 28 Feb 2013 03:38 AM PST

Belum lagi PRU13 bermula,belum lagi dibubarkan parlimen, DAP sudah mendabik dada mengatakan sudah memenangi di kawasan Malim Nawar dengan harapan orang cina menyokong DAP pada PRU13 kali ini.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata DAP meramalkan akan memenangi Malim Nawar akibat pertambahan peratusan pengundi Cina.

V Sivakumar telah lupa bahawa isu Keshvinder yang mewakili penduduk Malim Nawar melompat parti telah mendapat restu penduduk Malim Nawar kerana meluat dengan DAP yang tidak kotakan janji kepada Penduduk malim Nawar. Pusat Khidmat DAP dikhabarkan tidak bergerak aktif sepanjang penggal ini dengan wakil barunya yang datang dari orang luar kawasan jarang memberikan layanan yang baik terhadap komuniti setempat.

.Jika V Sivakumar tidak melihat perkara itu secara kasar,mungkin DAP akan berkubur kerana BN telah mula menyusun strategi mendapatkan kembali kawasan Malim Nawar ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aduk &#39;katak&#39; tidak diperlukan lagi ~ Perakite Daily™

Posted: 27 Feb 2013 11:48 PM PST

Dimaklumkan bahawa Keshvinder akan bertanding di DUN Malim Nawar sekali lagi atas tiket BN sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Seri Dr. M. Kayveas, Presiden PPP yang juga Pengerusi PPP Negeri Perak bahawa PPP akan meletakkan seorang calon di Perak. Umum juga mengetahui dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Perak bahawa kerusi DUN Jelapang tidak diberikan kepada Datuk Hee Yit Foong dan beliau bukannya calon bagi mewakili MCA nanti. Ini kerana Datuk Hee tidak menyertai MCA sehingga kini dan MCA akan meletak calon baru di DUN Jelapang pada PRU 13 nanti.
Bagi kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu juga masih tidak menyertai mana-mana Komponen BN termasuk Umno. Persoalan timbul, kenapa mereka masih tidak bersama BN? Adakah Umno ada calon mereka sendiri yang menyebabkan mereka diketepikan? Adakah kerana imej 'rampasan kuasa' BN antara faktor mereka diketepikan dan tidak diperlukan lagi? Bagi kami rakyat akan menilai keputusan BN bagi menetapkan kerusi-kerusi mereka yang masih 'carca merba' sehingga kini.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Jawatankuasa Strategik dan Isu,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan