Khamis, 28 Februari 2013

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Pembangunan ragbi <b>di Kinta</b> Utara | Cobratasha

Posted: 10 Jan 2013 08:16 PM PST

Pembangunan ragbi di Kinta Utara

Hari ini saya nak menyentuh sedikit tentang pembangunan ragbi di Kinta Utara. Sebaik sahaja saya masuk ke STAR pada tahun 2010 alhamdulilah Kinta Utara adalah Johan MSS Perak. Tapi tak semestinya dengan menjadi Johan kita terus leka dan tidak dapat membuat sebarang program pembangunan. Sebagai individu yang bertanggungjawab memajukan ragbi STAR saya kadang-kadang rasa terkilan juga kerana tidak dapat bersama untuk memajukan pembangunan ragbi Kinta Utara. Kalau bercakap dari STAR mahu menjadi Johan Daerah sudah tentu saya suka senario ini. Tapi pada saya menjadi Johan dengan mengalah pasukan lain dengan skor yang tinggi tiada apa-apa maknanya.

Kalau pada tahun 2010 ada 10 team yang bermain tapi pada tahun lepas hanya ada 8 team. Untuk Tahun ini pula saya dimaklumkan hanya ada 7 team yang akan bermain dan dicadangkan agar pasukan STAR B pun dibenarkan mengambil bahagian. Prediction saya juga mutu permaianan pada tahun ini juga akan lebih menurun kerana persediaan pasukan yang pendek. Namun apa yang saya hendak nyatakan disini ialah bukan bilangan sekolah yang saya mahu lihat sekarang tetapi adalah kualiti pasukan yang bertanding. Kalau 2 tahun lepas pasukan SMK gunung rapat dan SMK Anderson menunjukkan kualiti permainan yang agak tinggi namun pada tahun ini SMK Gunung Rapat sudah tidak ambil bahagian dan SMK Anderson pun khabarnya sudah kehilangan players dan tiada program development dibuat disana. Saya pernah melatih pemain dari sekolah ini seperti pak ya, Wan, Penyu, capang dan beberapa pemain lain dan mereka ini mudah dan sangat serasi dengan pemain STAR.

Untuk itu petang ini selain dari membincangkan tentang kejohanan yang bakal dijalankan pada rabu dan Khmais ini saya juga akan membawa perkara pembangunan Ragbi MSSD Kinta Utara untuk dibincang bersama.

Antara agenda:

1.Customized course untuk jurulatih yang komited. Yang banyak alasan tak payah…buang masa je…
2.Program young coaches for schools…
3.Attachment Program for coaches and players
4.Rugby Clinics
5.Development weekend tournament

-coach Naha-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan