Khamis, 28 Februari 2013

07 di sitiawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di sitiawan - Google Blog Search


Percepatkan Kerja-Kerja Pembinaan Sekolah Perikanan <b>di Sitiawan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2011 12:56 AM PST

MAJLIS Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) diminta supaya mempercepatkan kerja-kerja membina sebuah Sekolah Perikanan di Kampung Acheh, Sitiawan bagi melatih tenaga mahir serta separuh mahir dalam industri perikanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,  Datuk Mohd. Johari Baharum berkata langkah itu perlu bagi memastikan bekalan tenaga kerja di sektor berkenaan mencukupi.

"Fasa pertama iaitu melibatkan kerja-kerja membersih, merata dan menambun tanah telah selesai dijalankan beberapa bulan lalu.

"Fasa kedua iaitu pembinaan bangunan dan infrastruktur dijangka akan dimulakan sebaik sahaja menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM80 juta daripada pihak EPU.

"Sekolah tersebut dijangka mula beroperasi menjelang 2015 dan dijangka bakal mengeluarkan seramai 150 hingga 250 orang tenaga mahir dalam bidang perikanan pada setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Latihan Pembangunan Kemahiran Tenaga Pengajar Bidang Teknologi Tangkapan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Jeti Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan.

Pada majlis tersebut seramai 45 orang tenaga pengajar menerima sijil tamat kursus daripada Johari.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif; Setiausaha Jeneral, Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tengara (SEAFDEC) Thailand, Dr. Chumnarn Pongsi dan Pengarah Perikanan Negeri Perak, Sani Mohd Isa.

Menurutnya, di bawah Dasar Agro Makanan, negara memerlukan seramai 43,700 tenaga mahir dan separuh mahir dalam industri perikanan tangkapan negara bagi mengeluarkan hasil tangkapan sebanyak 1.7 juta metrik tan setahun menjelang tahun 2020.

"Keperluan tenaga mahir dalam industri perikanan negara semakin membimbangkan dan memberi kesan terhadap pendapatan negara yang disumbangkan oleh sektor tersebut.

"Sehubungan itu, pihak kementerian menerusi Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) akan melatih tenaga pengajar dan tenaga mahir dalam bidang pertanian termasuk sektor perikanan," katanya. – Nooraini Mahamad.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved