Selasa, 14 Jun 2011

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Gurindam12: US AIR FORCE MENDARAT <b>DI KAMPAR</b>

Posted: 13 Jun 2011 04:12 AM PDT


Sungai Pagar | Gurindam12.
Latihan bersama Tentara Nasional Indonesia (TNI) dengan US Air Force Regional Pasifik yang diberi nama Pacific Angle 11-03 pada 11 - 18 Juni 2011 berlokasi di halaman Kantor Camat Kecamatan Kampar Kiri Hilir Kabupaten Kampar yang terletak di Desa Sungai Pagar disambut baik oleh warga setempat. Skenario dalam latihan bersama ini merupakan latihan terhadap penanggulangan bencana tetapi lebih spesifik terhadap pelayanan kesehatan, perbaikan sarana dan prasarana kesehatan dan pelatihan kesehatan antara kedua negara serta latihan evakuasi medik udara yang telah dilakukan di Bandara Halim Perdana Kesuma Jakarta pada Kamis (9/06) yang lalu.

Kegiatan latihan bersama ini meliputi pelayanan dalam bidang kesehatan diataranya pengobatan umum, pengobatan gigi, pembagian kacamata resep dan pelayanan KB serta perbaikan sarana dan prasaran seperti perbaikan gedung, perbaikan tendon air, perbaikan instalasi air serta pengecetan fasilitas umum.

Sehingga dihimbau kepada warga sekitar yang membutuhkan pengobatan dapat segera datang ke lokasi halaman kantor camat kampar kiri hilir. Pengobatan ini dibuka untuk umum dan tidak dipungut biaya apapun. (Hsm)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


mohdnadri dot com Aktiviti <b>di Lumut</b> & Pangkor (Part 1)

Posted: 07 May 2011 08:33 AM PDT

Hari Ahad lepas merupakan hari ke-2 aku berada di Lumut.

Pagi selepas menikmati sarapan pagi di Orient Star Resort, aku telah dibawa pergi ke Pulau Pangkor oleh salah seorang pekerja ahli perniagaan yang mengundang aku datang ke Lumut.

Sampai saja di Jeti Lumut, orang ramai beratur menunggu giliran untuk menaiki feri. Maklumlah cuti Hari Buruh. Keadaan di jeti lebih kurang macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk. Cuma bezanya takde adegan asak-mengasak untuk naik feri.

Aku terus memasuki "Fast Lane" dan terus naik feri tanpa perlu beratur. Ini kerana ahli perniagaan tersebut mempunyai 5 buah feri yang diberi nama Mesra Ferry. Telah beroperasi sejak tahun 2007 dan beliau bertanggungjawab mengawal harga tiket feri di Lumut. Sebab itu harga tiket feri di Lumut jauh lebih murah dari Langkawi.

Perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa sekitar 20 minit.

Gambar yang last nie merupakan ole-ole wajib beli bagi sesiapa yang datang ke Pangkor. Harganya memang murah. Aku juga sempat beli ikan bilis dan udang kering Pangkor buat isteri di rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NADRI

Merupakan Seorang Daddy, Banker & juga Blogger Amateur. Lahir, Membesar, Belajar, Bekerja & Bermastautin di Negeri JOHOR. Nak tahu lebih lanjut tentang saya, klik di menu BIO.

Website - Twitter - Facebook - More Posts

Artikel Berkaitan Yang Mungkin Anda Perlu Baca ;

coded by nessus
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya <b>di Pantai Remis</b>

Posted: 11 Jun 2011 07:29 PM PDT

tahniah..tahniah...tahniah...

itulah ucapan yang ikhlas dari aku untuk abg ahmad fedtri yahya yang telah melangsungkan perkahwinan di tempat pengantin lelaki iaitu kampung fedtri sendiri..

aku berkesempatan juga la untuk ke majlis menyambut menantu, iaitu isteri kepada Ahmad Fedtri yahya..di Arena Square, Pantai Remis Perak..memang satu perjalanan yang panjang, lama, jauh, memenatkan..tapi puas hati...balik rumah senyum abg fedtri kat aku masih aku ingati sampai sekarang..hehehe

punyala semangat giler pergi sana kan, malam2 tu aku siap cek kat google maps cmne nak gi pantai remis...almaklumla hamba xmampu nak beli gps kt kereta lg.hehe..esoknya pukul 8.30pagi dh kluar rumah...sebab dijangkakan perjalanan mengambil masa 3jam 30minit utk sampai dari KL.tak termasuk sesat barat...perghhh..kebas montot..heheh

kereta dh siap basuh, air kereta dh isi penuh2, minyak hitam dah cek, isi minyak penuh2 dan angin tayar di pam secukup rasa..terus bergerak dengan hati yg gilang gemilang..siap nyanyi lagu oooo..balik kampung...haha

hasil pemanduan cekap bekas pelumba F1 - Faris Akram..aku dah sampai ke Pantai Remis ngam2 3jam 30minit..xsesat la kan?bawa kereta pun xlaju mana..sebab pergi 2 org je..dari KL ke Jalan Duta ke Bidor ke Teluk Intan ke Sitiawan ke Kg Acheh ke Pantai Remis..fuhhh!!! memang jauh...tapi bila sampai sana, memang terlalu ramai org..ngam2 sampai fedtri tengah berarak masuk ke dewan utk bersanding..

pasukan kompang yang dijemput pun bukan sebarangan..ini CHAMPIONS punye..siap berkompang sambil menari dan menyanyi..ada lebih 15 lagu diorg nyanyi..dr lagu melayu, inggeris siap lagu hindustan lagi...

konsep perkahwinan yang abg fedtri buat ni ala2 kampung je..buat kt dewan terbuka kawasan dia..memang ramai giler orang kampung mengambil peluang datang utk menatap wajah lelaki idaman Malaya yang sudah memiliki pasangan sehidup semati..gugurlah air mata makcik2 tu sebab xsempat nak jodohkan dengan anak mereka...heheeh..xper sabar yer makcik, saya pun lelaki Idaman wanita..hehe

lepas persembahan pasukan kompang, ada persembahan zikir2 munajat dan doa2 dari pelajar2 sekolah tahfiz. di import khas dr Hulu Langat..memang mengusik jiwa alunan suara diorg.. makanan yang dihidangkan pun memang pelbagai. dari nasi minyak sampai ke laksa, sampai ke nasi ambang sampai ke kfc..hehe..kfc xdela..

lepas makan2 aku berkesempatan jumpa abg fedtri yang tengah makan berdamai..aku tengok nasi pun xusik langsung sebab ade je org nak ambil gambar mereka..Nurul Anati Ismail pun tersenyum simpul dan malu2..dia mesti tak sangka yang suami yang dia kahwini skrg mempunyai pengikut yang cukup tersendiri dan ramai..sabar ek nurul anati..Abg fedtri dh jadi milik awak..apa2 pun Nurul anati memang sangat cantik...

lepas dapat ambil gambar 2-3keping..aku terus kena balik..sebab driver cekap dan hebat serta jurukamera amatur ku ini ada progam di malamnye..so kenala blk skrg..almaklumla..perjalanan 3jam 30 minit..heheh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pagi tadi buka la FB..rasa kecik ati giler...sedih pun ada..kecewa pun ada...hehehe

sebab tiba2 nampak gambar2 team MHI dan team MAJALAH 3 datang majlis umah abg fedtri..alalalalala...tak dapat jumpa diorg..terutama Nurul Syuhada...penat dia cari saya..

kalau x, boleh jumpa Ally Iskandar, Abby Fana, dan krew MHI..macam jurumekap aku haritu, kameraman dan FM yang sempoi...

sian Nurul Syuhada pakai centik2 xdapat jumpa aku..hehe..

apa2 pun tahniah abg fedtri..

ps: abg fedtri janji nak belanja aku honeymoon masa aku kahwin nanti..yes!! nak pergi Korea boleh x?hehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


Layer Cheese lagi.....dari IDA <b>di Bota</b> - Mydecocakes....Seri <b>...</b>

Posted: 30 Jan 2011 11:25 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Menghasilkan pelbagai kek yang dapat di decokan mengikut kreativiti anda atau serahkan kepada saya untuk realisasikan impian anda melalui kreativiti saya. Hubungi saya melalui SMS 013 5819973 atau email ...

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Pandu lalu air soya hanya <b>di Ipoh</b>. » Perak News - Your Online News <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2011 09:54 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pandu lalu air soya hanya di Ipoh. June 9, 2011 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym ...

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Iera Writings: Kenduri <b>di Chemor</b> & Bkt Pinang

Posted: 06 Mar 2011 04:14 PM PST

Kali ni saya nak sambung bercerita mengenai majlis perkahwinan adik saya. Di mana ianya telah berlansung di Chemor tempoh hari pada 1/1/11. Kali ni merupakan majlis bersanding di pihak perempuan (12/2/11) dan majlis bertandang di pihak lelaki (19/2/11).

Alhamdulillah segala-galanya telah berlangsung dengan selamat dan juga sangat meriah. Yelah kan..majlis buat kat rumah...adik-bradik sepupu sepapat semua datang dan memeriahkan majlis kahwin ni.

Ni sekitar majlis berlangsung di Chemor. Rombongan kami datang 6 buah kereta. Sampai aje kami di sana, terus kami ke main table untuk makan tengahari…mmg tu yang ditunggu breakfast kat Tapah…tapi macam tak cukup kenyang..hehehe. Kami semua duduk kat meja pengantin…tak tinggal sorang pun…dah macam kenduri kat rumah kami pulak…silerla buat macam kenduri kahwin sendiri…hahahaha. We all semua tak kisah…adjust bagi semua boleh masuk makan sekali..hehehe.

Lepas makan, ramai-ramai naik atas rumah, bergambar dengan pengantin plak. Gambar banyak kat allMoments.fotopages.com (promosi2..:)) Ni cuma sebahagian aje yang saya paste kat sini..sikit-sikit dah la kan…letak banyak-banyak orang jemu pulak..hehehe

Mari kita layan gambar majlis di Chemor

Ahli rombongan dari North & South..6 biji kereta semuanya.

Pengantin dah sampai..Abg Wan copy gambar ni from allMoments..hehehe. TQ!!

Abg Wan ni pun ek.....sharing is caring kaann...hehehe. TQ!!


Kami memang tak plan pun nak pakai merah. Tiba-tiba kami semua serentak pakai merah...sangat kebetulan..hehehe
@ the main table..habiskan lauk-lauk..buah-buah...air tebu..cendol..dan macam-macam lagi la...:)
Nenda ku
My nephew Iffeen


Ni saya nak cerita majlis di Bkt Pinang plak..kat kampung saya la ni. Saya bertolak malam khamis tu…amek cuti hari jumaat, majlis hari sabtu..ahad balik kl. Kebanyakkan persiapan kat rumah di Bkt Pinang ni diuruskan oleh kakak-kakak & adik ipar saya (Kak Hus, Kak Hasiah, Kak Mariah & Ila). Termasuk siap bilik tidur pengantin, pelamin dan juga meja makan pengantin. Kiranya wedding planner ni hasil usaha dan kerja tangan kakak2 dan adik ipar saya. Tu bab dalam rumahla…. Bab-bab luar rumah semua diuruskan oleh orang lelaki. Saya tolong apa ek? Saya pun menolong jugak...bilik sikit...pelamin sikit..main table sikit..bunga telur sikit..bunga pahar sikit...semuanya sikit2la...knp sikit? sbb last sekali sampai kat kampung..mcm sengaja aje kaannn...:)

Lokasi parking kereta tuan rumah, anak2 tuan rumah dan juga para tetamu, sharing dgn jiran sebelah...terima kasih banyak-banyak ye Pak Dan..:)


Begitu juga dengan pelamin ni. Memang semuanya hasil usaha kakak2 ipar & adik ipar saya.


Setelah penat bergambar....dah pukul 11pm...sambung makan lagi..selagi lauk tak habis...selagi tu kami makan..

Ii keadaan pengantin yang dah penat bergambar..:)

ALL THE BEST IM & AZWA

Begitula serba sedikit mengenai majlis perkahwinan adik saya...cerita mengenai persiapan majlis tersebut...terima kasih banyak-banyak kepada semua family members yang turut membantu pada majlis tersebut sama ada yang langsung dan tidak langsung.

InsyaAllah jika ada kelapangan..murah rezeki...umur panjang...saya bercerita lagi mengenai cerita-cerita yang lain pulak k.

Have a nice day..:)



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


keluargaku: SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN <b>DI</b> BUKIT MERAH

Posted: 08 Jun 2011 08:18 PM PDT

keluargaku: SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN DI BUKIT MERAH

SISA RADIOAKTIF MASIH BERTABURAN DI BUKIT MERAH



Pada 28 tahun yang lalu, Ng Toong Foo, seorang peniaga berusia 38 tahun ketika itu, menerima tawaran projek pengendalian sisa kilang daripada Asian Rare Earth, kerana tertarik dengan harga tawaran yang tinggi. Beliau mengupah empat orang pekerja, termasuk tiga orang pemandu lori dan seorang pemandu jentolak untuk mengangkut sisa buangan dari kilang.
Sisa yang berwarna putih ini basah dan lembut, tiada bezanya dengan lumpur, namun berbau masam jika dihidu. Pihak kilang memberitahu Ng bahawa sisa ini boleh dijadikan baja. Jadi Ng bersama pekerjanya mengangkut sisa tersebut dari kilang untuk dibuang ke ladang kebun yang berdekatan, termasuk kebun sayur pakciknya untuk dijadikan "baja", atau membuang begitu sahaja di tepi kawasan perumahan dan jalan raya.
MerdekaReview telah berjaya menemui Ng Toong Foo di Menglembu, untuk mengimbas pengalamannya 20 tahun yang lalu. Bagaimanapun, beliau enggan diambil gambar oleh wartawan. Ng membawa wartawan ke lokasi di mana beliau membuang sisa tersebut. Sepanjang perjalanan, beliau berkata, "situ ada", "sana pun ada"... nampaknya taburan sisa kimia tersebut agak meluas.
Salah satu lokasi pembuangan sisa tersebut berada di tepi jalan Bandar Lahat Baru. Beliau membawa kami menyusuri lorong kecil ke lokasi itu. Dua orang budak yang berbasikal sedang menuju ke arah kami. Ng menuding jarinya ke arah rumpun di tepi lorong, "Situ!"
Sisa thorium dibuang di kawasan yang mana orang berulang-alik. Kawasan ini adalah paya ketika sisa dibuang, dan kini sudah ditumbuh rumput. Sukar untuk dikesan melalui mata kasar apakah yang pelik dengan rumpun tersebut. Seandainya Ng tidak menunjukkan kami kawasan di mana lokasi pembuangan sisa itu berdasarkan ingatannya, tiada orang yang tahu bahawa sisa buangan itu berada di situ.
Paling mengejutkan, walaupun Ng telah mendedahkan di mahkamah bahawa pihak kilang tidak menetapkan tempat buangan sisa tersebut, dan beliau hanya membuang di merata-rata, namun tiada pihak yang berkenaan menghubungi Ng untuk meminta agar beliau menunjukkan lokasi buangan tersebut - sepanjang 25 tahun ini. Lantaran daripada itu, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan pihak berkenaan yang lain nampaknya tidak memandang berat masalah sisa yang mempunyai radioaktif ini.
Menurut laporan Sin Chew Jit Poh pada 30 Oktober 1986, pakar radioaktif dari Jepun, Sadao Ichikawa ketika membuat kajian di kawasan pembuangan sisa muatan dua lori itu, mendapati paras radioaktif adalah lima kali ganda lebih tinggi dari paras selamat. Selain itu, beliau berkata sisa thorium itu tidak akan hilang walaupun dibasahi air hujan, sukar dikesan apabila sebati dengan tanah, malah akan mengeluarkan bau. Jadi ia belum terjamin bahawa kesihatan manusia tidak akan terancam jikapun disimpan dalam "gedung" tertentu.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, profesor kolej swasta yang pernah terlibat dalam perjuangan penduduk Bukit Merah, Tan Ka Kheng (gambar kiri) berkata, separuh hayat untuk thorium-232 adalah 14.05 bilion tahun. Dengan kata lain, keradioaktifannya hanya akan berkurang separuh dari asal selepas 14 bilion tahun. Maknanya, keradioaktifan sisa yang dibuang Ng tidak berkurang dari tahun itu!
Jadi, penduduk kawasan tersebut masih terdedah kepada ancaman radioaktif. Tan Ka Kheng berkata, mangsa pertamanya adalah petani yang berkebun di situ jikalau sisa thorium tidak dikendalikan dengan baik. Keduanya, radioaktif tersebut akan masuk ke dalam rantaian makanan melalui sayuran, dan seterusnya mengancam kesihatan penduduk.
Ketika mengimbas peristiwa 28 tahun yang lalu, "sisa ketakutan" masih terpendam dalam hati. Menurut Ng Toong Foo, tiga daripada empat orang pekerjanya telah meninggal dunia pada usia yang muda, iaitu beberapa tahun selepas bekerja dengannya. Ng pernah mengadu di mahkamah bahawa terdapat bintik merah pada tubuhnya. Kini, terdapat pula bintik putih pada tangan, kaki, tepi bibir, dan tepi matanya.
Beliau enggan diambil gambar. Ketika ditanya apakah puncanya, beliau berkata, "Tiada pun seorang dalam pertalian keluarga saya mempunyai benda (bintik putih) ini."
Beliau pernah memegang sisa toksik itu dengan tangan sendiri, dan beliau mengesyaki bahawa itulah puncanya bintik putih pada badannya. Malah, beliau kini menghadapi masalah bernafas.
Ng terlupa sejak tahun bilakah beliau menerima tawaran projek pengendalian sisa buangan itu, hanya ingat bahawa dirinya bekerja dengan kilang itu untuk kira-kira tiga atau empat tahun. Namun, mengikut laporan akhbar pada ketika itu, beliau menjadi kontraktor kepada kilang Asian Rare Earth sejak Jun 1983, bertanggungjawab mengangkut sisa dari kilang untuk dibuang ke tempat lain. Beliau hanya berhenti apabila mengetahui bahawa bahan itu bertoksik pada tahun 1984.
Beliau telah bekerja sebagai kontraktor untuk lebih 40 tahun. Beliau berkata dirinya tertarik dengan harga tawaran kilang tersebut, maka terus menerima projek itu. Pihak yang berunding dengannya hanya memberitahu bahawa sisa itu adalah "kek thorium" (thorium cake), tanpa menjelaskan apakah itu sebenarnya, malah juga tidak memberitahu di mana sisa itu harus dibuang.
Selain itu, walaupun kerja pengendalian sisa radioaktif ini di-"outsource", namun Asian Rare Earth tidak merangka kontrak dalam hitam putih (bertulis). Keadaan ini cukup untuk menunjukkan bahawa pihak kilang tidak memandang berat pengendalian sisa ini. Hanya apabila pendedahan Ng diberi liputan akhbar, barulah pihak kilang menjelaskan, "Arahan secara lisan sudah memadai..." (New Straits Times, 25 November 1986)
Ng yang tinggal di Menglembu memberitahu MerdekaReview, pihak kilang memaklumkannya bahawa sisa ini boleh dijadikan "baja". Jadi, beliau mengangkut sisa ini ke kebun pakciknya yang berhampiran dengan kilang. "Banyak tempat yang saya tuang (sisa itu)... Masih boleh dikorek pada hari ini".
Beliau berkata, sisa thorium itu kelihatan bagai gum, kapur, berair dan ada mendakan, baunya masam. Tikus dan lipas di kawasan buangan sampah hilang begitu sahaja apabila Ng membuang sisa itu ke kawasan itu, malah sayuran yang "dibajai" sisa thorium ini sangat "cantik" (kerana tiada serangga). Namun, manusia akan berasa tidak selesa ketika mendekati bahan sisa tersebut.
Tidak akan terima projek ini kalau sedar ia beracun
Wartawan mengungkit semula peristiwa silam ini. Selepas Ng Toong Foo mengisahkan ceritanya pada ketika itu, Pengurus Asian Rare Earth pernah menjawab bahawa Ng yang mengingkari arahan kilang dan membuang sisa thorium di merata-rata. Menurut laporan New Straits Times pada 25 November 1986, pihak kilang mendakwa Ng menerima tawaran itu pada kemuncak perjuangan penduduk menentang kilang ini, lantas Ng seharusnya sedar akan bahayanya sisa thorium.
Ng Toong Foo dengan nada yang kasar menyoal wartawan, "Jikalau kamu tahu benda itu beracun, adakah kamu masih mahu mengangkutnya?"
"Dia (pengurus) tidak berani untuk berkata sedemikian pada ketika itu. Benda yang beracun adalah merbahaya. Adakah dia akan berkata sesuatu yang benar? Dia tidak mahu menulisnya dalam hitam putih. Dia tahu bahawa kita tidak tahu," Kata Ng.
"Ia memerlukan lesen untuk menghasilkan sesuatu. Kalau produknya beracun, maka kerajaan tidak akan meluluskan lesen kepadanya. Benda yang diluluskan semestinya tidak akan mengancam kesihatan manusia. Jadi, kerajaan yang menipu kami," tuduhnya.
Wartawan memetik kenyataan pihak kilang bahawa lokasi pembuangan sisa toksik ini telah ditetapkan. Ng mempersoalkannya, "Buang di mana? Tunjukkan saya! Manakah lokasi pembuangannya itu? Tunjukkan saya. Kamu tidak tunjukkan saya, di mana lokasi yang diluluskan untuk pembungan sisa? Hanya muncul selepas itu!"
Kilang Asian Rare Earth dibina pada tahun 1979 di kawasan perindustrian Bukit Merah, untuk mengekstrak itrium (sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit, menghasilkan sisa buangan radioaktif sebanyak 2,250 ton setahun. Namun demikian, AELB belum ditubuhkan pada ketika itu, maka pihak kilang tidak perlu memohon lesen khas.
AELB ditubuhkan pada 1 Februari 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memantau keselamatan tenaga atom di seluruh negara. Asian Rare Earth mendapat lesennya pada Disember 1986, untuk teruskan pemprosesan kilangnya, sebelum dihentikan pada Januari 1994.
Tapak buangan radioaktif Asian Rare Earth pada awalnya dibina di Papan (gambar kanan), namun tidak digunakan lantaran protes dari penduduk tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat memberitahuMerdekaReview, kerajaan mengumumkan pada tahun 1986 untuk membina tapak pembuangan sisa radioaktif di Keledang Hill, kira-kira tiga kilometer dari Papan. Tapak ini siap dibina pada tahun 1990, dan sisa buangan radioaktif hanya dipindah ke sana pada tahun 1991.
Oleh itu, dalam jangka antara binanya kilang pada tahun 1979, hinggalah penggunaan tapak pembuangan sisa radiokatif pada tahun 1991, sisa buangan kilang Asian Rare Earth tidak dikendalikan dengan baik. Kalau bukan pendedahan Ng Toong Foo, kita tidak tahu bahawa sisa buangan radioaktif ini dikendalikan dengan cara yang sambil lewa.
Kerajaan menganggap isu rare earth telah melabuh tirai selepas tutupnya kilang Asian Rare Earth di Bukit Merah. Padahalnya, sisa buangan ini belum dikendalikan dengan sebaik-baiknya, mendedahkan penduduk tempatan kepada ancaman radioaktif.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Gambar Hantu: Penampakan Gambar Hantu Pocong <b>di Taiping</b>?

Posted: 18 May 2011 07:46 AM PDT


Waktu petang ataupun senja memang tak elok kalau duduk di luar rumah. Kata orang tua, time tu lah hantu berkeliaran. Pemandangan matahari terbenam memang cantik

Gambar hantu kali ini dikirimkan oleh Cik Nadia. Berikut adalah teks yang disertakan sekali bersama gambar ini:
disini saya nak share satu gmbar yang saya peroleh dari rakan sekerja saya. dia telah pergi ke taiping dalam hujung tahun 2010. gambar di ditangkap sewaktu maghrib. time tu boyfriend dia yang drive and dia yang tengah duduk kat passenger seat saje2 nak snap gmbar. katanya pemandangan petang tu cantik sangat. tapi selepas snap gambar tu, dia perasan sesuatu yang agak pelik. saya dah highlight kan dengan bulatan merah. boleh korang tolong tafsirkan tak. coz saya pun tak pasti objek apa. atau itu hanya ilusi optik sebab keadaan jalan pun macam beralun. kalau korang rajin, analisis sekali gmbar ni sebab kata boyfriend dia kat bawah objek hitam yang terbang tu macam ada pocong. tapi saya tak nampak pulak. ape2 pun terima kasih korang.

Ok mengikut penelitian saya, gambar ini diambil menggunakan kamera telefon (Sony Ericsson K770i) dengan lensa CMOS pada bukaan 1/8 saat. Bukaan yang agak lama ini tambah dengan keadaan kereta yang bergoyang menyebabkan gambar jadi blur. Kalau kita tengok dengan teliti 'penampakkan' dalam bulatan itu adalah selari dengan lengkok pada garisan jalanraya.

Objek hitam tersebut adalak pokok yang kabur. Dan kat bawah sikit tu.. wallahualam.

Terima kasih kepada Cik Nadia.

Teruskan menghantar gambar hantu anda kepada kami.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Aiii...NAK BERCERITA JE .. : ): Sampai Juga Pesakit Ke Kedah <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2011 01:42 AM PDT

 Salam...

Malam di manjung tu....

" Camner ni bang?..kalau baby tak ok...tak yah la kita g kedah.." aku bagi cadangan kat daddy pagi yang sepatutnya kami bertolak ke Baling, Kedah.

Qaseh..sejak ari rabu lagi dah cirit-birit...dan malam sabtu aritu..masa kami masih di manjung..tetiba cirit-biritnya bertambah teruk..macam biasa..mata sudah jadi mata panda...ubat-ubat pun dah tak cukup...

mmm..ini kalau bawa jalan jauh-jauh ni...mau baju kenduri bau 'harum' dikerja qaseh...

" kalau pukul 2 petang kita bertolak balik shah alam...boleh jaaa..." daddy lak kasik jalan

malam tadinyar...aku dah msg semua adik beradik yang berkumpul di umah kakak di Jitra n masih di Beruas..kemungkinan yang aku tak dapat join konvoi kenduri esok...Qaseh Tak Sihat...sekali ngan pengantin pun aku msg...tak mo depa dok tunggu-tunggu kannn....

Akhirnya.....setelah dapat support dari daddy..kami terus siap...dan bertolak TERUS ker rumah pengantin perempuan di Baling,Kedah. Pakat janji jumpa kat sana plak...:)

Dengan doa dan harapan...qaseh tidak cirit birit teruk.....

Begitu lah yang terjadi....kita merancang kemain baaaaaikkk punya...tapi PERANCANGAN ALLAH LEBIH BAIKKK...:)

Alhamdulillah...sampai juga ker Baling meraikan pengantin yang serba kuning...tak sangka kami anak beranak pun pakai baju kuning...makanya..hanya kami ja laa yang sama tema ngan pengantin...kuikuikui...  


Berminat lah untuk kongsi sedikit photo hari kenduri dengan pesakit yang perlu bergegas balik shah alam jam 2 petang....itu pun...jem teruk sana-sini ...sampai shah alam dalam kul 12 malam lah juga....fuuhhhhhhh...




   

 p/s tak pernah plak nampak pakcik raflee ni pakai baju kuning anggg cam ni....kihkihkihkih

p/s  kenduri di pihak kami (lelaki) masih dalam 'mesyuarat"...Julai depan ni kena buat kenduri menyambut..InsyaAllah...:) TEMA PURPLE....adeh...sabor je la...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Ceramah <b>di</b> Kampung Pahit <b>Gerik</b>

Posted: 04 Jun 2011 10:02 AM PDT

Ceramah Kg Pahit pada 29hb Mei 2011 jam 9 malam di markas PAS mendapat sambutan baik oleh penduduk-penduduk Kg Pahit. Jumlah kehadiran 300 orang. Penceramah adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Perak Ust. Hj. Idris Hj Ahmad dan Ketua Cabang Bagan Serai PKR Sdr. Nasir.

Ust. Hj. Idris telah memberi penjelasan dalam ucapannya;

1 Perbezaan kerjasama PAS dengan PR dan UMNO dengan BN.

2 Kejayaan Kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Selangor dan Penang.

3 Kenapa jangan sokong UMNO/BN.

Sdr. Nasir juga memberi penerangan kepada yang hadir dimana UMNO telah memperalatkan Dato T untuk mencemarkan imej Dato Seri Anwar dengan video klips, orang yang ditunjukkan dalam video telah dibukti bukan Dato Seri Anwar. Kes liwat yang dihadapi Dato Seri baru-baru ini juga merupakan satu taktik kotor UMNO dan konspirasi dengan tujuan yang sama.

Turut berucap bersama pada malam itu adalah Sdr. Mohd Noor bekas calon Parlimen Gerik dan Sdr. Lee Sing Long bekas calon Pengkalan Hulu. Lee juga mengambil peluang untuk membuat laporan mengenai masalah-masalah yang sudah diselesaikan dan isu-isu tempatan yang telah dibangkitkan beliau dalam 3 tahun ini.

Ceramah tamat sekitar jam 11:50malam










Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Kenangan Terindah <b>di Pengkalan Hulu</b>, Perak | CeLoTeH M.J

Posted: 11 Jun 2011 06:23 PM PDT

Baru-baru ni MJ, en suami bersama my MIL dan SIL jalan-jalan ke Pengkalan Hulu merangkap 'bekas' tempat kerja en suami sebelum dia ditukarkan ke Penang.. :) Banyak kenangan tercipta di sana yang menggamit kerinduan kami dalam mengembalikan nostalgia lalu dengan kembali berjalan-jalan di sana..:)

Sori ayat terskema dan berpuitis plak..hahahaa, jangan ada yang termuntah ye.. :)

Muka takut kena kejar dek kambing... 

emmmmmbeeeekkkkkk :)

Rupa-rupanya bukan dok ligan cheq, tapi nak dapatkan makanan dari tuannya..hehee :D

Lagipun dah lama kami tak pergi Pengkalan Hulu lepas en suami bertukar angin nie, at least dapat gak en suami jumpa dengan kengkawan opis lamanya, diorang dah rindu sangat nak berjumpa ha.. Bila tipon en suami je mesti tanya bila nak mai, leh diorang bawak masok Siam...heheee

Banyak tau kambing-kambing peliharaan bekas teman sekerja en suami ni..

Sapa2 yang nak buat Aqiqah ke leh la roger ye.. :)

Dan nie pulak ikan keli yang juga dipelihara oleh tuan yang sama.. Berpuluh ribu ekor ikan keli dalam kolam nie tau (En suami ada jugak masuk syer dalam nie..)

 

Abis melawat hasil ternakan dan belaan, heheee kitorang singgah di Masjid yang baru dibina (bersebelahan Quartes lama en suami) en suami tak sempat nak merasmikan masjid nie sebab kena pindah.. :)

Cantik tau Masjid nie, so lepas solat kami bergambar dulu sebagai kenangan :>)




Penat berjalan-jalan, kitorang singgah makan di restoran terapung yang sangatlah lama dan rindu MJ nak makan kat situ :)

Bila masing-masing perut dah kenyang, kami bergerak pulang... Perjalanan yang amat meletihkan tapi apapun kami seronok.. :>)

Penang - Gerik - Pengkalan Hulu - Sg Petani - Penang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Mesin Judi <b>di Bidor</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 14 Jun 2011 01:15 AM PDT

Semenjak akhir-akhir ini, kegiatan mesin perjudian semakin aktif dan berleluasa di daerah Batang Padang, Perak. Terutama sekali di Bidor dan Sungkai.

Walaupun sebelum ini pihak berkuasa telah membuat serbuan dan merampas mesin judi berkenaan, namun tidak sampai sebulan premis-premis judi ini kembali aktif. Di harapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Saya berharap sangat tindakan pantas dapat di ambil.

By: Azhari Salim

Aduan yang berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


ORANG KECIL ORANG BESAR: Akhirnya mendarat <b>di Kamunting</b>

Posted: 29 Jan 2011 11:03 PM PST

Apa yang tersurat dan tersirat dalam ruangan ini adalah semata-mata pandangan dan pendapat penyirat berdasarkan pengalaman, pengetahuan, rujukan, pengajaran dan nasihat dari sumber-sumber tertentu yang mungkin dinyatakan ataupun tidak, tetapi tidak mengambarkan atau mewakili mana-mana organisasi yang disertai oleh penulis. Mereka yang belum akil-baligh memerlukan panduan orang dewasa yang matang untuk mengikuti siaratan ini. Harap maklum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 13 Jun 2011

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Bunyi Kompang

Posted: 07 Jun 2011 09:28 PM PDT

Tahniah, tahniah kepada adikku yg berjaya menamatkan zaman bujang last weekend.
Hujung minggu ni di Langkap pulak.

Owh, sebelum aku tertinggal jemput anyone, kalau ada readers (kalau), please be invited to Faiz's wedding :

    • Tarikh : 11 Jun 2011 (12:00 - 2:30 pm)
    • Tempat : Dewan SJKC Wah Keow, Langkap (ok, aku malas lukis peta, sila google map)
Ada banyak gambar yg sepupu-sepapat pakcik makcik upload dalam facebook, aku je tak copy lagi. Nanti aku upload kat sini, ni kan office hour tak sempat nak mengupload. --> ok done!

Time nikah adalah amat sedih, at least to me. First time adik lelaki ku di akad kan. Apa yg aku sedih tahla, but aku sedih. I'm sure my SIL will take good care of him (apakah, aku pun bukannya jaga si Faiz nih), and she love him so much, tapi nak sedih jugak.

Maybe because, like it or not, marriage will bring a person to another stage of life. U won't be reversed to your previous stage.

Your priority change, your lifestyle unconciously changed, either for love or just for the sake of living your life.

Like it or not, my brother wudn't be able to always pick up my phone calls and listen to my crappy problems, he on the other hand will not call me to mengadu as before. Instead of only me and Atiqah missing during Hari Raya, Faiz will not be around to sometimes.

A bit selfish, I know.

But I'm happy for him, takkan lah nak pi simpan adik aku tu jgn bagi kawin2, tapi aku boleh pulak. And I'm sure she's the most suitable woman for him, and insya Allah for us. Hopefully, she'll be better than me sebagai in-law (aku dapat markah 50% je kot)

Tapi yang paling tak tahan adalah, Reen menambah bilangan manusia kurus dalam family aku. Stress ok bila kadar manusia overweight adalah rendah, chances is kalau aku turun 10KG pun, aku lah yg paling gemuk.

That my friends, is one of the reason aku hampir-hampir menitis air mata. Shesshhh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.