Selasa, 20 September 2011

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Kilang Arang, <b>Kuala Sepetang</b> : Thousand Step Forward

Posted: 19 Sep 2011 08:32 AM PDT

Posted on September 19, 2011

3 minggu lepas, sebelum aku balik beraya ke kampung di Pendang, Kedah, aku dengan adik aku ada membuat perancangan untuk ke Kuala sepetang sebelum kami pulang beraya di kampung, lagupun satu jalan untuk sampai ke kedah.

Bila sebut Kuala sepetang, pasti ramai yang akan mengenali kuala sepetang dengan Mee udang. Kalau cakap sahaja nak ke Taiping, atau ke kuala sepetang, ramai yang akan memberi peringatan jangan lupa mencuba mee udang, tak tau la macam mana rasa mee udang kat kuala sepetang, aku sendiri pon tak pasti kesedapan dan nikmat mee udang kuala sepetang macam mana.

Kami bertolak daripada kuala lumpur pada pukul 3.00 pagi, sebelum bertolak sempat lagi mengeteh dengan kawan-kawan, damak (naza abdul hamed), may, zul dan beberapa orang teman dari photo malaysia. Dengan apa yang di ceritakan dan tip yang diceritakan, aku ambik time masa dia. Masa aku balik, tinggal lagi 1 minggu sebelum kita sambut hari raya, lagipun kalau balik awal-awal senang sikit, sebab tak tempoh jalan sesak. Masa bagi pukul 3.00 pagi untuk bertolak memang adalah sesuai dan anggaran masa yang kami tetapkan, akan sampai di kuala sepetang pada pukul 7.00 pagi. Masa yang di pilih amat sesuai, kerana waktu tu, tak begitu banyak kenderaan di lebuhraya, cuma yang banyak adalah lori-lori besar yang menuju ke utara tanah air. Sebelum memanduan aku pastikan diri sendiri sihat dan cukup rehat, bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ketika musim perayaan.

Kami tiba di hentian rehat dan rawat sungai perak pada pukul 4.450 pagi, berhenti bersahur dan rehatkan mata sebelum meneruskan perjalanan. Jarak dari RNR sungai perak tidak begitu jauh untuk sampai ke susur keluar tol Changkat Jering. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang pada pukul 6.00 pagi dan apa yang aku harapkan pada waktu itu, diharapkan akan sampai ke sana pada pukul 7.00 pagi. Daripada susur keluar tol Changkat Jering, mengambil masa 20-30 minit masa perjalanan, menurut rakan-rakan kami yang pernah sampai ke kuala sepetang.

Akhir aku tiba di kuala sepetang tepat pada pukul 7.00 pagi, di sepanjang jalan menuju ke Kuala sepetang terdapat beberapa rumah lama, balai raya lama yang membuatkan aku tertarik dengan peninggalan sejarah lama yang masih kekal sampai ke hari ini. Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kami di Kuala Sepetang

Mengikut sejarah, Kuala Sepetang yang dahulunya dikenali sebagai Port Weld, pasti kita pernah mendengar nama port weld tu dalam buku sejarah bukan :) . Kuala sepetang jugak adalah tempat hutan kayu bakau terbesar di malaysia dan diwartakan sebagai hutan bakau simpanan.

Kalau korang semua nak tau, apa tujuan aku nak ke Kuala sepetang ?, Makan mee udang Mak jah & Mak teh ?. nak makan mee udang masa tu mana la boleh, sebab waktu tu bulan puasa, semua kedai mee udang tutup. Selain Mee udang, Kuala sepetang juga terkenal dengan industri pengeluaran arang, selain daripada sektor perikanan. Arang yang dibakar daripada Kayu Bakau. Kalau nak tengok macam mana arang bakau punya proses, jom ikut dan tengok gambar-gambar kat bawah.

suasana seawal pagi di kilang arang di kuala sepetang

Kayu bakau yang masih mentah dan siap dipotong, sebelum melalui proses menanggalan kulit yang diangkut daripada bot

Kanak-kanak ini bangun seawal pagi dan datang ke kilang bagi membantu keluarga melakukan kerja-kerja di kilang arang dan pulang ke rumah bagi persiapan untuk meneruskan pengajian di sekolah pada sebelah petang

Setibanya aku di Kilang arang, aku di sambut dengan anjing-anjing di kilang tersebut, risau jugak dengan anjing-anjing yang banyak berkeliaran, tapi seorang mak cik menegur, "adik tak payah takut la, anjing tu tak gigit orang", sebelum tu, kawan-kawan aku ada pesan, kata diorang anjing kat kilan tu memang friendly sikit. Kalau friendly boleh la aku suruh anjing tu angkat beg kamera aku hehe.

Nampak kelibat mak cik umur dalam lingkungan 60 tahun senang memisahkan kulit kalau bakau di luar kilang, dengan bedak sejuk dimuka di tambahkan lagi kesegaran muka di awal pagi. Suasana pagi di kawasan sekeliling kilat pada waktu tu, sangat berkabus dan ditambah dengan keadaan yang berjerebu yang dibawa angin dari negara jiran kita, iaitu indonesia, cantik cantik dan sejuk mata memandang dan pada waktu tu, air surut. untuk mengenali mak cik tu, aku cuba datang dekat untuk beramah mesra. Mak cik yang sedang sibuk melayan tarah kulit kayu sangat mesra dan katanya, di sini terdapat banyak kilang dan berlainan tokeynya, sama seperti yang kawan aku cakap, katanya lagi dan menyuruh aku masuk sampai ke dalam.

Seorang pekerja yang sedang menunggu masa air pasang bagi proses mengangkut kayu bakau yang dipotong di hutan paya bakau. Apabila air surut, ia menyukarkan lagi kerja-kerja pengangkut kayu untuk dipindahkan ke Kilang

Proses menyusun kayu-kayu bakau yang dipotong dan dibuang kulit di Dapur, tempat pembakaran arang yang akan dijalankan

Kayu-kayu yang di susun akan dibawa masuk ke dalam dapur pemakaran.

antara arang-arang yang sudah siap di bakar, akan dikeluarkan untuk dimasukan ke dalam lori, sebelum melalui proses pembungkusan

Setiap dapur pembakar diperbuat daripada bata merah dan diseliputi tanah liat. Bata-bata disusun mengikut bulatan

Arang-arang yang hancur kecil akan dibungkus dan arang kecil ini sesuai dijadikan arang bagi BBQ

Apabila air pasang, kayu akan dibawa masuk dengan bot-bot ke kilang dan kerja pemindahan kayu-kayu ini hanya dilakukan oleh seorang pekerja sahaja

Mengikut apa yang dikatakan oleh pekerja-pekerja disini, arang-arang ini akan dibungkuskan dan di pasarkan ke Korea dan jepun bagi tujuan pembuatan alat-alat solek, agak teruja juga bila aku dengan arang nie boleh buat alat-alat make-up.

daripada pukul 7 pagi sampai la ke pukul 3 petang aku disini, hitam tu tak payah cakap la, sampai ke hidup. Pada mulanya aku agak pelik sebab, aku ingta orang-orang yang bekerja di sini adalah daripada orang alim, siap bercelak kat mata, lama kelamaan baru aku tau sebab apa hitam, sebab lama sgt main dengan arang. Sempat juga merasa masuk dalam dapur tempat pembakaran, memula agak takut sebab panas, atas pelawaan mak cik-mak cik kat situ, aku pun cuba masuk ke dalam. Kalau berdiri didalam dapur, memang terasa panas, tapi bila duduk, panas tak ada lagi.

Waktu aku kat kilang tu ada juga part paling lawak, aku salah terjah, sekali terjah semua tergamam sambil ceduk nasi, dah rasa macam movie pulak. Mak cik-mak cik muka malu sebab tak puasa, siap cakap, maaf la adik, kami tak puasa, nak buat mcm mana katanya, tapi aku faham sebab berat jugak kerja-kerja diorang semua nie.

Agak lama aku kat kilang tu, aku ambik keputusan untuk beredar daripada kilang tu, untuk menyambung perjalanan balik ke kedah.

Apapun sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog nie, mesti korang letih nak scroll kat blog nie, apapun terima kasih

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Homestay@Melaka: Keunikan batu kapur <b>di</b> Tambun

Posted: 18 Sep 2011 12:47 AM PDT

Tugu batu kapur 280 juta tahun
Oleh KUMARA SABAPATTY


ROCKHAVEN sudah berusia 280 juta tahun. Hanya ada empat tempat di dunia yang memiliki batu seperti ini dan salah satunya ialah di Tambun, Perak

AKTIVITI perlombongan bijih timah di Kinta, Perak pada akhir abad ke-19 telah menjadikan lembah itu sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Ekoran itu muncul pekan-pekan seperti Ipoh, Tambun, Batu Gajah, Kampar, Gopeng, Papan, Pusing dan Siputeh.

Di Tambun misalnya masih terdapat sebuah tasik yang merupakan bekas lombong tetapi kini sedang dimajukan untuk projek kondominium mewah. Tasik itu terletak kira-kira lima kilometer dari susur keluar Tambun, Lebuh Raya Utara-Selatan. Apa yang menarik, tasik itu memiliki sebuah bukit batu kapur yang sangat unik.

Berusia 280 juta tahun, batu berdiri setinggi bangunan 14 tingkat itu dianggap satu keajaiban daerah perlombongan itu.

Keajaiban geologi itu merupakan salah satu daripada hanya empat bentuk batu seumpama itu yang terdapat di seluruh dunia iaitu di Guilin, China, Halong Bay, Vietnam dan Phuket, Thailand.

"Orang Perak patut berbangga kerana mereka memiliki geologi yang jarang ditemui," kata pemegang Kursi Shell Universiti Teknologi Petronas, Profesor Dr. Bernard Pierson yang mengesahkan usia batu kapur itu.

PESERTA perlu meredah paya sejauh 100 meter untuk sampai ke Gua Datok.

Sungai

Batu itu menjadi perhatian ramai selepas sebuah projek kondominium mewah, The Haven Lakeside Residence dilancarkan tahun lepas.

Batu itu kemudian dinamakan Rockhaven menerusi satu pertandingan yang dianjurkan Superboom Projects Sdn. Bhd., pemaju projek berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Perak, Rusli Mohamed berkata, batu itu sebelum ini dikenali sebagai Bukit Datok atau dalam bahasa geologinya mogot hill atau karst hill kerana kewujudan tugu batu kapur berbentuk unik di tebing tasik itu.

"Sebenarnya batu berbentuk seperti itu sering terbentuk di dasar laut hasil pelarutan karbon. Batu kapur yang dihasilkan pula selalunya kelihatan berdiri tegak," katanya.

Beliau menambah, kawasan di sekitar Rockhaven suatu masa dahulu dipercayai merupakan dasar sungai. Katanya lagi, walaupun sudah berusia jutaan tahun, bukit batu kapur itu akan kekal dalam bentuknya sekarang untuk jutaan tahun lagi.

"Ini kerana batu kapur sama ada bukit tugu itu atau gua-gua yang banyak terdapat di negeri Perak, melalui proses peralihan dan kadar perlarutan yang sangat perlahan.

"Keadaan ini akan menyebabkan bentuk uniknya terus kekal untuk jutaan tahun akan datang. Malah, siapa tahu Rockhaven akan bertambah unik dari segi bentuk dan kedudukannya," katanya.

Menurut Rusli, pihaknya sedang mengkaji untuk menjadikan bekas lombong serta bukit dan gua batu kapur di negeri itu sebagai kawasan sejarah dan ekopelancongan.

"Terdapat potensi untuk menjadikan kawasan unik seperti ini sebagai tarikan pelancongan iaitu menerusi program pengubahsuaian landskap untuk aktiviti mendaki dan fotografi," katanya.

Ujar Rusli, Rockhaven turut dikelilingi keindahan flora termasuk spesies tumbuhan yang pernah menjadi makanan dinosaur yang telah pupus.

LAMPU LED membantu pengunjung melihat suasana di dalam gua.

Peluang untuk mendekati Rockhaven baru-baru ini tidak disia-siakan kru Jurnal. Batu itu sememangnya memukau.

Projek The Haven pula bukan sahaja tidak mengusik batu itu bahkan turut menyediakan kemudahan seperti trek joging yang membolehkan penghuni menikmati keindahan geologi itu sambil beriadah.

Tidak jauh dari Rockhaven, pembukaan taman tema air Lost World of Tambun (LWOT) pada tahun 2004 telah mempopularkan lagi pelancongan batu kapur di Perak.

Selain mandi-manda dan berhibur dengan pelbagai mainan, LWOT menawarkan pengunjung pengalaman meneroka gua dan terowong batu kapur berusia 400 tahun.

Program berkonsepkan ekopelancongan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu pakej laluan batu kapur khas untuk kanak-kanak. Tempat yang menjadi pilihan ialah anak gua atau gua kecil sambungan daripada Gua Datok.

Lost World

Menurut Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho, terdapat 32 spesies burung yang menghuni gua itu selain penghuni tetap gua di Malaysia - kelawar.

Ekspedisi ke Gua Datok pula dikhaskan bagi pengunjung dewasa memandangkan kedudukan gua itu terletak 100 meter di atas bukit.

Pakej terakhir, kata Calvin, ialah penerokaan ke 6th Mile Tunnel (Terowong Batu 6) iaitu sebuah terowong dalam gua batu kapur sepanjang 700 meter. Nama 6th Mile Tunnel diberikan kepada terowong ini kerana kedudukannya terletak di Kampung Batu 6, Tambun.

Peluang meneroka gua batu kapur itu tidak lama dahulu memang mengujakan. Mujurlah, jurupandu arah kami, Wira Ismail begitu mahir dengan laluan dan situasi di kawasan berbukit-bukau itu.

Sebelum memulakan perjalanan, kami dibekalkan alat kelengkapan seperti jaket keselamatan, topi kecemasan, tali dan lampu suluh.


TERATAI yang banyak menghuni bekas lombong di Perak.

Pada mulanya kami bergerak ke tasik bunga teratai yang terletak berhampiran LWOT sebelum mengharungi tasik berlumpur itu sejauh kira-kira 100 meter untuk sampai ke kawasan lembah yang dikelilingi bukit-bukau.

Di situlah pintu terowong gua itu terletak. Air tasik itu yang setinggi separas dagu dirasakan sungguh mencabar.

Suasana di dalam gua itu gelap. Dengan bantuan lampu LED yang dipasang di kepala, kami dapat menyaksikan keindahan gua itu.

Menurut Wira, jika bernasib baik kami boleh menemui kesan tapak kaki kambing hutan yang menghuni sekitar kawasan gua tersebut selain menyaksikan kehebatan stalagtit dan stalagmitnya.

"Stalaktit dan stalagmit di sini terbentuk akibat aliran air secara berterusan. Air semula jadi itu turut membentuk batu kristal berbentuk kon itu," kata Wira.

Difahamkan, batu kristal itu mengambil masa selama kira-kira 100 juta tahun untuk membesar pada saiz seinci dan menjadi kon.

LURIAZ SILVERIAN: Penggambaran filem Rock Ooo <b>di</b> Super <b>Kinta</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2011 01:07 AM PDT




Bangga sungguh aku apabila mercu tanda terkenal bandaraya Ipoh iaitu Super Kinta dan Kompleks Yik Foong menjadi lokasi penggambaran filem. Aku rasakan pemilihan Super Kinta dan Kompleks Yik Foong sebagai lokasi adalah tepat sekali kerana mengikut sejarah (yang tidak ditulis di dalam mana-mana buku teks Sejarah) kedua-dua tempat itulah menjadi pusat atau sebagai 'base' bagi rockers-rockers era 80'an berkumpul. Tak percaya tanyalah kepada Mus MAY, kumpulan SYJ, Ustaz Akhil Hayy ataupun mana-mana kumpulan rock era 80'an yang berasal daripada Perak. Malangnya kini pasaraya Super Kinta telah pun ditutup manakala Kompleks Yik Foong masih dibuka tetapi telah menjadi pusat penjualan komputer ala-ala Low Yat Plaza. Terima kasih keapada Abang Mamat Khalid yang menghidupkan kembali nostalgia Rock di bandaraya Ipoh sekaligus memperkenalkan bandaraya Ipoh ke seluruh Malaysia.

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Program pengedaran risalah dan Bendera Malaysia <b>di</b> pasar <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 09:07 AM PDT

Pengkalan Hulu 29hb Ogos – Parti Keadilan Rakyat Pengkalan Hulu berjaya mengedar hampir 150 keping risalah risalah parti serta bendera Malaysia kepada penduduk sekitar Pasar Pengkalan Hulu.

Selepas mengedar risalah di Pasar Pengkalan Hulu Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long berkata, secara keseluruhanya beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai terhadap risalah diedarkan itu walaupun ada juga diantaranya enggan menerima risalah yang dihulurkan kepada mereka.

Katanya, beliau tidak berkecil hati dengan tindakan sebahagian kecil mereka yang enggan menerima risalah.

"Itu hak mereka kita tidak boleh paksa," katanya.

Menurutnya beliau amat memahami pemikiran mereka yang amat taksub kepada parti.

Mereka itu, tidak memahami erti demokrasi kerana bagi mereka hanya Umno sahajalah yang ada, Umno sahaja benar semua parti-parti lain adalah musuh belaka.

Antara risalah yang diedar termasuklah risalah isu-isu semasa dan sebagainya yang dibekalkan oleh Lee Sing Long.

Sementara itu, Mejar Abdullah yang turut bersama mengedar risalah di sekitar Pasar Pengakalan Hulu itu menyifatkan program tersebut sebagai berjaya menyampaikan mesej kepada masyarakat dan isu perlu diteruskan dengan pengedaran isu-isu terkini.

Bagi bekas Calon PKR Pengkalan Hulu, Lee Sing Long yang mengedar risalah dan memberi bendera Malaysia sekitar Pasar Pengkalan Hulu  melahirkan rasa gembira kerana berjaya mengedar tidak kurang daripada 150 risalah Keadilan.

"Kita hantar risalah dan bendera Malaysia terus  penduduk dan akan hantar lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Bekas calon PKR Pengakalan Hulu Lee Sing Long sedang mengedar risalah di pasar pagi di Pengkalan Hulu

Mejar (B) Abdullah turut bersama didalam program pengedaran risalah di pasar Pengkalan Hulu






Pak Ali daripada PAS juga turut serta dalam program ini

Salam Aidilfitri dan Salam Merdeka bersama penduduk-penduduk <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2011 10:28 AM PDT

Bersyukur kita sekali lagi rakyat Malaysia boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di dalam suasana yang aman dan penuh dengan keakraban serta dengan semangat kekeluargaan.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 kali ini, Bekas calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long telah mengadakan kunjungan ke beberapa buah rumah di kawasan Gerik dan Pengkalan Hulu. Diantara rumah yang dikunjungi oleh Lee Sing Long adalah rumah Haji Supian Bekas Ketua Cabang PKR Gerik. Kemudian Lee Sing Long meneruskan kunjungan ke rumah Saudara Radzi di Kampung Plang Gerik yang kini berada di mekah menunaikan umrah.

Dari Kampung Plang Gerik, Lee Sing Long kemudian bertolak ke Bukit Buloh dan berkunjung ke rumah Bekas Ketua Kampung (PR) iaitu Pak Mat. Selepas itu Lee Sing Long berkunjung ke rumah Mej (B) Abdullah di Pengkalan Hulu. Diakhir kunjungan beliau sempat ke rumah saudara Mat Nor iaitu Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Pengkalan Hulu serta ke rumah Bekas calon PKR Pengkalan Hulu 2004 Haji Junid.

Di dalam kunjungan Aidilfitri ini, jelas terpancar keramahan dan kemesraan Bekas Calon PKR Pengkalan Hulu Lee Sing Long dengan masyarakat dan rakyat di kawasan Pengkalan Hulu.

Lee Sing long ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat di Pengkalan Hulu. Semoga sambutan Hari Raya tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kemuliaan kepada semua. Maaf dan Ampun juga dipohon dan semoga semangat kekeluargaan dan kesepakatan kekal dan subur sampai bila-bila masa jua.

Dibawah ini  beberapa gambar  kunjungan Lee Sing Long sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011.

Kunjungan aidilfitri di rumah Mat Nor (Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu-Pemamdu  Teksi Pengkalan Hulu)
Kunjungan aidilfitri di rumah Mej (B) Abdullah Masnan (Mantan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Gerik)
Kunjungan aidilfitri di rumah Pak Mat di Bukit Buloh (Mantan Ketua Kampung Pakatan Rakyat)Kunjungan aidilfitri di rumah Saudara Radzi daripada PASBersama keluarga Radzi kini sedang menunaikan umrah
Kunjungan aidilfitri bersama Lim ke rumah Haji Supian (Mantan Ketua Cabang Keadilan Gerik)
Kunjungan aidilfitri di rumah Haji Junid (Mantan Calon PKR 2004 Pengkalan Hulu)

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


4 penjenayah ditembak mati <b>di Batu Gajah</b> |

Posted: 09 Aug 2011 12:00 AM PDT

| MUKA DEPAN | KEMBALI KE ATAS . | Hantar Artikel / Iklan | Penulis Tamu | Kami | Privacy Statement
| 1 Utama | Agama | Blog | Komputer & Internet | Motivasi | Niaga & Kewangan | Pelbagai | Politik | Promo | Remaja | Wanita |
Penafian: 1. Pendapat dan info di laman web ini tidak semestinya pendapat / info oleh inimajalah.com. Ia pendapat dan info oleh penulis / pengiklan berkenaan. Pembaca laman ini perlu menyemak semua fakta / info / iklan. Walaupun semua langkah perlu sudah diambil bagi memastikan ketepatan semua maklumat berkaitan, Inimajalah.com tidak boleh didakwa di atas sebarang kerugian akibat penggunaan maklumat dari laman web ini. 2. Info / bahan pada pautan (link) ke web / blog lain adalah betul dan wujud pada tarikh sesuatu artikel / berita / iklan ditulis. Jika kini info / bahan berkenaan sudah berubah / tidak wujud, ia mungkin disebabkan pemilik / pengendali web / blog terbabit sudah mengubahnya atau memadamnya. 3. Jika berlaku pertikaian terjemahan, maksud teks bahasa Melayu adalah muktamad.

Copyright ©2011 Semua kandungan inimajalah.com.my dilesenkan di bawah Creative Commons 3.0, iaitu semua penyiaran semula mesti membuat pautan (link) ke inimajalah.com.my. Mengikut Creative Commons 3.0, penyiaran semula juga mesti tidak membabitkan sebarang modifikasi dan / atau tokok tambah terhadap teks asal sebagaimana disiarkan oleh inimajalah.com.my
| Alif Lam Mim . | Creativity by inimajalah.com.my

4 penjenayah ditembak mati <b>di Batu Gajah</b>

Posted: 19 Sep 2011 05:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BATU GAJAH: Polis menembak mati empat penjenayah selepas berbalas tembakan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai dicuri, di Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam tadi.

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


<b>Lenggong</b> Valley: Kita tengok PM <b>di</b> TV malam ni...

Posted: 15 Sep 2011 12:00 AM PDT


Malam ini, pukul 8.45 Perdana Menteri akan menyentuh beberapa perkara berhubung politik, sosial dan keselamatan dalam ucapan sempena Hari Merdeka / Malaysia di TV.

Antara yang dijangka diumumkan beliau termasuk beberapa pendekatan mengurangkan kekangan bagi orang ramai berekspresi.

Beberapa orang yang telah melihat draf ucapan tersebut berkata "ia bakal mendefinisikan semula landskap politik di Malaysia."

Apa sekali pun, kandungan sebenar apa yang akan diucapkan Perdana Menteri hanya akan diketahui malam ini.

Menurut satu sumber yang disebut The Star berhubung perkara ini, " ia membabitkan proses demokratik…inilah yang dinantikan oleh rakyat, dan Kerajaan mendengar apa yang mereka suarakan.

"Ia juga mempunyai hubung kait dengan proses transformasi kerajaan. Kita sudah pun mempunyai transformasi ekonomi dan Kerajaan. Kini tiba masanya bagi transformasi politik seiring perkembangan di peringkat global.

Najib juga dikatakan akan mengumumkan perkara berhubung amalan dan undang-undang yang dirasakan terlalu keras dan tidak demokratik oleh segelintir rakyat, termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

Seperti membayangkan apa perubahan atau penambahbaikan yang bakal diumumkan, Selasa lalu Timbalan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Kerajaan akan bersikap lebih terbuka terhadap pengamal media dengan cara mendapatkan maklum balas. Ini menurutnya berdasarkan perubahan pada landskap global dan perubahan pantas teknologi maklumat.

Apa jua yang bakal kita dengar pada malam nanti, hakikatnya Kerajaan mendengar suara rakyat. Juga apa jua perubahan yang bakal diumumkan semata-mata bertujuan memantapkan kedudukan negara Malaysia untuk semua seperti yang dijanjikan di bawah slogan 1Malaysia.

Bagaimana pun, pada peringkat ini persoalan yang timbul di kalangan pemerhati politik dan media ialah apakah segala perubahan itu akan diterima baik oleh pembangkang atau apakah mereka akan terus mendesak selagi apa yang dihajatkan tidak selari dengan kehendak mereka?

Kita tunggu jawapannya pada 8.45 malam nanti.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


PERCUBAAN SPM 2011 <b>NEGERI PERAK</b> – Soalan PMR, SPM, STPM

Posted: 07 Sep 2011 04:03 AM PDT

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011 NEGERI PERAK

Tarikh Peperiksaan Percubaan SPM 2011 Negeri Perak Darul Ridzuan

06.09.2011    Tasawwur Islam Kertas 1, 2
07.09.2011    Bahasa Melayu Kertas 1, 2
08.09.2011    Bahasa Inggeris Kertas 1, 2
09.09.2011    Sejarah Kertas 1, 2
12.09.2011    Pendidikan Moral;   Pendidikan Islam Kertas 1, 2
13.09.2011    Matematik Kertas 1, 2
14.09.2011    Matematik Tambahan Kertas 1, 2
15.09.2011    Physics Paper 1, 2, 3 ;  Science Paper 1, 2
19.09.2011    Chemistry Paper 1, 2, 3
20.09.2011    Biology Paper 1, 2, 3 ;   Ekonomi Asas Kertas 1, 2
21.09.2011    Bahasa Cina Kertas 1, 2 ;    Bahasa Tamil Kertas 1, 2
22.09.2011    Prinsip Perakaunan Kertas 1, 2
23.09.2011    Perdagangan Kertas 1, 2
26.09.2011    Pendidikan Seni Kertas 1, 2

Bahasa Melayu Kertas 1 Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Bahasa Melayu Kertas 2 Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA   Pembetulan Jwp K2

Bahasa Inggeris Kertas 1 Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALANJAWAPAN.
Bahasa Inggeris Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK  SOALANJAWAPAN DAN SKEMA

Sejarah Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.
Sejarah Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA K1, 2

Tasawwur Islam Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK    SOALAN.  JAWAPAN.
Tasawwur Islam Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK    SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Pendidikan Islam Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK    SOALAN.  JAWAPAN.
Pendidikan Islam Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK    SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Pendidikan Moral Percubaan SPM 2011 PERAK    SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Matematik Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.
Matematik Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA K1,2

Matematik Tambahan Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.
Matematik Tambahan Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA K1,2

Science Paper 1  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.
Science Paper 2  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA K1,2

Physics Paper 1  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN
Physics Paper 2  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA
Physics Paper 3  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA
Note : Physics Question Papers (w/ans) will be available on 20 Sept 2011,  8.00 p.m.

Chemistry Paper 1  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Chemistry Paper 2  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA
Chemistry Paper 3  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA
Note : Chemistry Question Papers (w/ans) will be available on 20 Sept 2011,  8.00 p.m.

Biology Paper 1  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Biology Paper 2  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA
Biology Paper 3  SPM Trial Examination 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Ekonomi Asas Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Ekonomi Asas Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Bahasa Cina Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Bahasa Cina Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Bahasa Tamil Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Bahasa Tamil Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Prinsip Perakaunan Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Prinsip Perakaunan Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Perdagangan Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Perdagangan Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

Pendidikan Seni Kertas 1  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN.
Pendidikan Seni Kertas 2  Percubaan SPM 2011 PERAK   SOALAN.  JAWAPAN DAN SKEMA

related search :
http://www.myschoolchildren.com/category/trial-spm-all-states/

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Berjumpa Blogger <b>di Manjung</b> | CeLoTeH M.J

Posted: 18 Sep 2011 05:32 PM PDT


Jumaat lepas kami sekali lagi ke Manjung atas urusan peribadi, selesai je urusan MJ dijemput ke rumah seorang rakan blogger di sana. Pada mulanya MJ was was jadi ke tak, takut urusan kami lewat selesai sebab kami bertolak dari Penang pun dah tengah hari, ada 2 rumah Open House pada hari Jumaat tu, 1 di Taiping dan 1 lagi rumah Makcik MJ di Batu Kawan tapi alhamdulillah dapat jugak kami berjumpa walau lewat dari masa yang dijanjikan.

Nak tau blogger yang MJ jumpa tu siapa?? Tak sangka Raya kali nie MJ diberi kesempatan untuk berjumpa dengan rakan blogger lagi :-) Sebelum nie jumpa Nureen, nak baca entry di SINI

Baby Lukman yang suka sangat bergambar, pantang kamera dihalakan pasti direnungnya..
Comel sangat baby Lukman nie tau, dengan matanya yang kecil, kulit putih sama cam kakaknya :~)
Ok korang cepat teka baby siapa nie merangkap blogger yang MJ jumpa tu???? :-)
Terima kasih Huda dan suami kerana sudi menerima kunjungan kami.
Plan asalnya nak berjumpa pukul 4pm tapi kami terlewat atas urusan peribadi tu dan hanya dapat berjumpa lebih kurang pukul 6pm.. Maaf ye Huda sebab kami menyusahkan lak,
dah ler lewat dari yang dijanjikan, maaf sesangat ye :)

Memula sampai tu cam biasa la malu-malu arnab sikit, dah kenyang makan Mee Goreng dari Huda, apalagi MJ cepat-cepat bawak keluaq kamera nak abadikan kenangan kami berjumpa nie

Tengoklah baby Lukman nie, mata pasti tertumpu pada kamera punya..
Kakaknya Husna, hmmmm menjawablah jenuh panggil untuk bergambar, tak nak nya dia, last-last MJ curi kandid la gambaq Husna :-)
Husna bermain sorang2 dengan mainannya je.. :-0

MJ suka dengan gambaq kandid nie, kami bertiga memerhati gelagat Husna bermain dengan adiknya, alahai soo sweet.. :-)
Kitorang bertolak dari rumah Huda lebih kurang kul 8pm, MJ terus balik ke Penang, so kenduri kat Taiping tak sempat p sebab nak ke rumah makcik lak di Batu Kawan.. Kami sampai Penang lebih kurang kul 10.30pm.
Terima kasih lagi kepada Huda sekeluarga kerana sudi menerima kunjungan dan melayan kami, perumpaan yang walaupun singkat tapi sangat bermakna.. :-)
Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)