Khamis, 20 September 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


H0ldMyHands: CUti-cuti <b>di LUMUT</b>

Posted: 19 Jul 2012 09:07 AM PDT

Assalamualaikum :)

Baru-baru nie Shiety pergi LUMUT :)
Saja nak share ngan korang ...
Gambar-gambar teristimewa di LUMUT ..
Marilah tengok ea >>>>










































































Saja Shiety selitkan gmba shiety ..
untuk kenangan jugakkan :) kekkee


Klik NAK BACA LAGI utk artikel full... thanks for reading ! Do drop some comments!

<b>Teluk Batik</b>: Insan Sedang &#39;Membunuhnya&#39; « Zarah Adabi

Posted: 02 Sep 2012 04:15 AM PDT

Insan yang waras tidak akan membiarkan ruang tamu rumahnya bersepah dek sampah-sarap. Sesekali tidak akan. Rumah yang bersih mampu menjadi lambang ketenangan si empunya rumah.

Sebaliknya, jika rumah kotor dan tidak terurus, menjadi indikator jiwa si empunya rumah yang tidak tenang atau memang pengotor.

Ayat-ayat di atas adalah mukadimah bagi penulisan saya kali ini.

Saya baru sahaja pulang dari kampung di Lumut, Perak, sempena cuti sambutan Kemerdekaan ke 55 dan bagi memenuhi hajat seorang sahabat dengan menghadiri walimahnya di Bota.

Masa yang ada, saya dan isteri menziarahi pantai Teluk Batik. Sudah lama saya tidak ke sana, kerana menetap agak lama di luar Perak. Antara tujuan ziarah juga, adalah untuk melihat keadaan sebenar yang mengatakan bahawa kereta dikenakan bayaran untuk masuk ke pantai Teluk batik. Sedangkan sebelum ini, tiada bayaran dikenakan.

kucing di Telk Batik yang kelihatan bingung dengan sikap pengotor segelintir insan

Saya mendapat makluman, bayaran tersebut  dikenakan sebagai usaha untuk menampung kos menyelenggara kemudahan dan kebersihan pantai sedia ada. Ini kerana, sikap insan (yang berakal?), kerap kali tidak menunjukkan rasa penghargaan apabila sesuka hati membuang sampah di sekitar kawasan pantai. Hal seumpama ini mencacatkan pemandangan keindahan pantai, sekaligus mencalarkan imej sebagai sebuah Negara yang majoritinya Muslim. Ditambah pula, Teluk Batik merupakan destinasi percutian yang dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar Negara. Adalah memalukan sekiranya persekitaran pantai dicacatkan oleh 'warna-warni' plastik, cawan dan bekas makanan styrofoam dan sisa makanan yang bertebaran di sekitar pantai.

Pemandangan sekitar Tekluk Batik pada 31 ogos 2012

Petang itu, saya mengambil kesempatan untuk mengambil gambar sebagai kenangan di sekitar pantai yang di'warnai' plastik dan sisa makanan yang bertebaran.

Tindakan perlu diambil. Bukan sahaja oleh pihak berkuasa tempatan, tetapi juga buat para pembaca yang budiman, harus mendidik diri agar tidak tergolong dalam golongan yang mencacatkan pemandangan pantai dan juga muka bumi seluruhnya.

Jika kita mahu Muslim benar-benar berperanan dalam masyarakat, maka kebersihan adalah salah satu aspek asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Bukan sahaja Teluk Batik, saya dan isteri turut meninjau kawan sekitar Esplanade Lumut, yang turut dihiasi dengan 'keindahan' sampah sarap di gigi-gigi air.

Sekali lagi, saya berharap agar pihak PBT dan masyarakat seluruhnya agar tidak memandang kecil perkara ini.

Penguatkuasaan harus diilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Masyarakat pula harus dididik untuk memahami isu kebersihan alam sekitar ini.

Jika benar kita mahu mengatakan bahawa kita telah merdeka, konsep asas kemerdekaan harus bermula dari diri insan. Merdeka dalam erti kata memahami tugas dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan insan sejagat.

Menjaga kebersihan dan memilih barang-barang untuk digunakan adalah salah satu bukti untuk menunjukkan bahawa kita benar-benar memahami adab kita pada diri dan alam ciptaan Allah.

Mesej ini adalah untuk para pembaca yang budiman dan terutamanya kepada pihak berwajib yang berotoriti menyelesaikan permasalahan ini.

Saya hanya ingin membantu dan menyumbang apa yang mampu.

Bumi ibarat rumah kita yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan