Khamis, 20 September 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Rahsia Kekacakan Jejaka-Jejaka <b>Teluk Intan</b> | Abang Ensem&#39;s Blog

Posted: 24 Aug 2012 09:00 AM PDT

 

Memandangkan yang aku masih lagi mood beraya di kampung, jadi aku tidak berhasrat untuk memulakan entri berkaitan hartanah sehinggalah aku kembali ke Shah Alam. Jadi untuk entri kali ini aku ingin mengenengahkan 2 lokasi istimewa yang mana pada pandangan aku patut diterjah oleh krew Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) bagi menilai sendiri keenakan makanan yang menjadi rahsia kekacakan jejaka-jejaka Teluk Intan seperti aku.

Lokasi pertama, tak lain tak bukan Mee Rebus Mastan Ghani yang menjadi santapan aku setiap kali balik ke kampung. Dengan hanya RM4.00 sepinggan, korang dah boleh memenuhkan perut korang dengan kelazatan 'mee'nya. Pasembor udang yang ditabur di dalam menunya sudah cukup mendatangkan sisi rangup di sebalik kepedasan kuahnya. Tidak cukup dengan itu, kepekatan kuahnya pasti akan membuatkan lidah korang kecur tak terkata. Pendek kata, inilah mee rebus terbaik yang telah membuatkan wajah kami jejaka-jejaka Teluk Intan, makin kelihatan muda dari sehari ke sehari.

Kepekatan kuahnya saja dah boleh menggambarkan betapa lazatnya mee ini.

Bagi yang 'bencikan' rasa mee dalam hidup mereka, ada juga terdapat menu rojak yang turut mendapat sambutan ramai dek kerna kuahnya yang pekat manis, yang turut telah menambahkan rasa manis di wajah gadis-gadis Teluk Intan. Dengan campuran sengkuang, timun, pasembur udang disertakan dengan servis tip-top dari pelayan restorannya (makanan akan sampai dalam tempoh kurang dari 5 minit walau berapa ramai pun pelanggannya), pasti kunjungan kali pertama korang akan menyebabkan korang rasa untuk berkunjung lagi.

Destinasi istimewa yang berikutnya tak lain tak bukan Nasi Kandar Gulam Rasul. Bagi korang yang selalu mengikuti timeline di Facebook aku pasti perkataan Gulam Rasul akan sentiasa menjadi port lepak aku setiap kali pulang ke kampung. Selain dari dikunjungi oleh awek-awek cun dari serata negeri, kesanggupan aku menghabiskan masa di situ disebabkan oleh kelazatan 'ayam rempah' dan regunya, sambal giling. Mana nak cari beb nasi kandar yang ada sambal giling sebagai salah satu menu utamanya.

Lihat saja sambal giling di sisi ayam rempahnya, sudah cukup untuk menjanjikan kesempurnaan rasa nasi kandarnya.

Bagi warga emas seperti mak aku, ada kisah menarik tentang keenakan lauk pauknya. Katanya ada 'bendasing' yang dimasukkan sebagai penyedapnya, namun itu cerita orang dulu-dulu tetapi aku tak yakin yang mereka masih menggunakan 'bendasing' tersebut untuk melazatkan makanan diorang. Apakah 'bendasing' yang mak aku maksudkan? Biarlah aku simpan mitos tu sendiri.

Bukti yang menunjukkan restoran ini sememangnya menjadi tumpuan sepanjang masa. Kalau tak sedap, takkan orang nak berkunjung. Betul tak?

Jadi bagi korang yang terlanjur ke daerah yang menempatkan Menara Condong Teluk Intan (yang ke 2 tertinggi di dunia), jangan lupa lajakkan diri korang ke 2 destinasi makanan paling sedap di sini. Insyaallah, peluh jantan akan mengalir keluar sebaik sahaja suapan terakhir berjaya korang habiskan kerana kata Brader Mil.. "Kalau ko nak tau makanan yang aku makan ni sedap ke tak, ko kira berapa banyak peluh yang mengalir keluar ketika aku makan".

AE : Tapi bagi aku lain pulak, kalau makanan tu sedap, awek cun sebelah meja pun aku takkan perasan sehingga aku selesaikan suapan terakhir dan selepas itu biasanya apa yang aku lihat hanyalah wajah kecewa si awek cun tadi gara-gara jejaka tampan yang sedang korang baca entrinya ni tidak mengoratnya.. heh heh heh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan