Khamis, 20 September 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


MB Rai Aidilfitri Bersama Warga <b>Pangkor</b> – Perak Today

Posted: 26 Aug 2012 02:40 AM PDT

Kira-kira 5,000 masyarakat Pangkor hadir memeriahkan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Arena Square dekat sini, hari ini.

Menariknya tahun ini, jika sebelum ini sambutan Aidilftri diadakan di kawasan darat iaitu di Bandar Seri Manjung namun tahun ini Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor mengadakan sambutan itu di atas pulau.

Kepelbagaian juadah hari raya yang disediakan memperlihatkan masyarakat tanpa mengira kaum tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyambut perayaan itu bersama-sama pemimpin yang mereka sanjungi.

"Sambutan yang begitu baik tahun ini baik Cina, Melayu dan India sama-sama meraikan sambutan hari raya peringkat Pulau Pangkor dan kehadiran ini sudah cukup besar bagi jumlah penduduk di Pangkor sendiri," katanya.

Dalam majlis itu, Zambry bersama isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kanak-kanak tanpa mengira bangsa.

Sementara itu beliau dalam ucapannya meminta supaya penduduk di Pulau Pangkor supaya terus mengekalkan semangat kekeluargaan diantara penduduk tanpa mengira bangsa mahupun agama.

"Kita di Pangkor baik Melayu, Cina, India kita adalah sebuah keluarga. Semua program yang dijalankan di sini kita dapat jalankan bersama-sama tanpa mengira kaum," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya masyarakat di Pulau Pangkor terus hidup bersatu hati bagi melestarikan keharmonian penduduk berbilang kaum di Pulau Pangkor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan