Sabtu, 16 Mac 2013

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


28 NGO <b>Di Bagan Serai</b> Serah Memorandum Sokong BN – Perak <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 10:57 AM PST

Sebanyak 28 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah Bagan Serai menyerahkan memorandum menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis di Bagan Serai, Rabu.

Antara NGO berkenaan ialah Persatuan Bekas Angkatan Tentera Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising dan Persatuan Ketua-ketua Kampung Parlimen Bagan Serai.

Anggota Jawatankuasa Persatuan Bekas Angkatan Tentera Daerah Kerian,Ibrahim Ismail berkata penyerahan memorandum itu menunjukkan sokongan paduterhadap kepimpinan BN sedia ada yang memastikan negara aman dan pesat membangun.

Pengerusi Pertubuhan Seni Silat Lintau Warisan Kerian, Daud Zakaria berkata, memorandum itu menunjukkan penyatuan pelbagai bangsa terutama dalamusaha menjamin perpaduan dan seterusnya menolak pembangkang pada PRU-13.

Setiausaha Kuil Patavirama Alayam Kampung Ising, Parmasivam Krishna berkata, 500 anggota berdaftarnya akan turun padang membantu memastikan BN menang pada PRU-13.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, memorandum berkenaan akan diserahkankepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan