Sabtu, 16 Mac 2013

07 di bidor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bidor - Google Blog Search


PAA MARIANI: <b>Bidor</b> , Perak.

Posted: 02 Mar 2013 05:41 PM PST

Assalamualaikum.
Untuk pertama kali berjalan seorang tanpa teman tanpa sesiapa.
Macam status diri sendiri.
Jangan risau.
Sudah cukup besar untuk berjalan seorang.
Sudah cukup dewasa dan punya wang sendiri untuk di buat belanja.

Bidor.
Tempat yang tenang.
Jauh dari hiruk pikuk kota.
Ah.
Kota metropolitan sangat membingitkan.
Dengan pendatang asing.
Dengan bangla indon myanmar palestin jual karpet.
Persetankan semua.
Apa yang orang kampung sibuk nak kerja di bandar ?
Kalau dekat Bidor aku boleh beli apambalik comel dengan harga 30sen. Nasi ayam dengan harga 3.50. Rangka ayam dengan harga 2.50. Sate dengan harga 25 sen secucuk.
Aku nak duduk sini.
Kerja di sini.
Agak agak stress panjat Lata Kijang sampai atas.
Bertapa di bawah curahan air terjun.
Jangan main air kalau takut basah.
Jangan main api kalau takut terbakar.
Jangan fikir aku tak endah.
Jangan anggap aku kelakar.
Buat apa fikir masalah yang tak ada kesudahan.
Aku penat.
Aku letih.
Buat apa fikirkan orang.
Orang belum tentu hargai kita.
Mana tanggungjawab ?
Kesian diri sendiri.

Terima Kasih Kawan untuk dua hari yang bermakna.
Aku bakal rindu kau sebagaimana kau rindu aku.
Terima kasih Pak cik untuk Gulai tempoyak ikan keli yang paling hebat.
Lala masak pedas.
Ketam masak cili api.
Dua kali saya tambah.
Ikan keli selamanya kegemaran.
Gulai tempoyak Pakcik selamanya dalam ingatan.
Terima kasih mak cik untuk cekodok ikan bilis yang rangup. Terharu saya sebab Makcik menangis di atas pemergian saya.
Harap kedatangan saya tak menyusahkan.
Panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam.



THANK YOU for reading this entry. Kalau suka boleh LIKE, COMMENT sekali kalau rajin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved