Sabtu, 16 Mac 2013

07 di sungkai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di sungkai - Google Blog Search


NLFCS Diberi Kepercayaan Bangunkan 800 Hektar Tanah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 12:59 AM PST

National Land Finance Cooperative Society (NLFCS) diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri membangunkan tanah seluas 800 hektar yang terletak di Besout, dekat Sungkai dengan tanaman komoditi kelapa sawit.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu, keuntungan hasil pertanian yang dibangunkan syarikat itu akan disalurkan terus ke tabung Yayasan Pembangunan Pendidikan Negeri Perak bagi membantu anak-anak kaum India dalam bidang pendidikan.

"Kesemua murid di seluruh 134 sekolah Tamil di Perak akan dibantu terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga miskin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuara Exco di pejabatnya di Bangunan SUK, Ipoh hari ini.

Hadir sama, Penasihat Menteri Besar, Datuk S. Veerasingan, Pengerusi NLFCS, Tan Sri K. R. Somasundaram dan Ketua Eksekutifnya, Datuk B. Sahadevan.

Katanya, Yayasan Pembangunan Pendidikan ini diwakili oleh masyarakat India terdiri daripada Majlis Guru Besar, Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah dan mereka yang berkepentingan khasnya dalam bidang pendidikan untuk menguruskan dana yang disalurkan kelak.

"Yayasan ini akan dibarisi individu yang mendapat penghormatan di kalangan masyarakat India….saya akan umumkan secara rasmi dan mereka ini adalah di kalangan ahli pendidikan yang dihormati," katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata NLFCS diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri membangunkan tanah itu berdasarkan latar belakang serta kedudukannya yang begitu baik bagi kalangan masyarakat India.

"Di kalangan masyarakat India, status dan kedudukan NLFCS begitu baik dan saya pasti ia tidak akan menimbulkan keraguan.

"Saya mahu apa yang kerajaan negeri atur dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik untuk masa depan pendidikan anak kaum India pada masa kini dan hadapan," tambah beliau.

Dalam pada itu, Zambry meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mempertikaikan kelewatan kerajaan negeri membangunkan tanah yang diluluskan untuk masyarakat India.

Jelasnya, pihak tersebut hanya pandai menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa mengambil sebarang tindakan atau memberi buah fikiran untuk membantu menyelesaikan isu terbabit.

"Mereka mengambil kesempatan kelewatan itu dengan memainkannya di dada akhbar kerana mahu mengambarkan seolah-olah kita tidak melakukan apa-apa dan hanya berjanji kosong kepada kaum India," ujar beliau.

Dalam perkembangan berlainan, beliau turut mengingatkan media massa agar berhenti membuat spekulasi mengenai pengagihan kerusi kepada parti MIC dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Berhenti membuat sebarang spekulasi dan biar Perdana Menteri yang buat kenyataan rasmi," tegasnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved