Sabtu, 16 Mac 2013

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Perak Bangkit: Parlimen <b>Kampar</b> - Satu Preview Kemenangan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 04:21 PM PST

BN dilihat menguasai Kawasan Parlimen ini. Ianya juga memberi kesan langsung kepada kerusi di DUN Tualang Sekah dan Malim Nawar.
BN pula tewas di Keranji kepada DAP.
Malim Nawar menjadi faktor BN kekal kemenangan di Parlimen Kampar. Malim Nawar dilihat aka ada sedikit perubahan di mana ada perancangan pengundi Cina untuk memnerikan sedikit ruang kemenangan buat MCA. Ianya lebih bersifat mengimbangi.
Kemenangan buat MCA sedikit sebanyak bersifat rasa terima kasih pengundi Tionghua kepada MCA yang membawa Pusat Pengajian Tinggi yang banyak berteraskan Bahasa Mandarin ke Bandar Kampar.
Namun keputusan ini masih lagi boleh berubah. Peluang kemenangan BN di Tualang Sekah dan Malim Nawar masih rapuh buat BN.
Bagu kerusi DUN Tualang Sekah ianya terlalu faktorial. Sekiranya PKR meletakkan Calon Bukan Melayu, laluan bagi BN lebih terbuka.
BN pula akan tergugat sekiranya Calon Melayu diletakkan kerana pengundi Melayu pasti akan memberikan kejutan kepada Calon UMNO.
Sukar juga bagi BN jika masih mengekalkan Calon sedia ada walaupun peluang menang juga masih ada sekiranya pemenang terdahulu dikekalkan. Namun, jika UMNO meletakkan Calon lebih muda dan baharu dan dilihat bijak serta merakyat, peluang besar akan tertuju kepada BN untuk menang kerusi ini.
Di Malim Nawar, ianya nampak sangat terbuka persainganya. Barangkali pemenang terhadulu dari parti DAP yang melompat boleh berpeluang menang lagi.
Tugas berat juga buat DAP. Faktor Calon amat mempengaruhi kemenangan bagi kerusi ini. Adakah pimpinan DAP yang paling kanan akan diletakkan? Jika demikian, peluang DAP akan terbuka semula untuk menang.
Namun demikian, apapun keputuan di peringkat DUN, peluang BN/MCA untuk menang di Kampar masih terbuka luas. Sikap undi bersilang bagi pengundi Tionghua masih berlaku juga kali ini di Kampar.
DAP juga telah diberikan signal untuk tidak meletakan Calon wibawa mereka di parlimen ini. BN/MCA dijangka menonjolkan Calon Mudanya di sini. Muda dari segi usia namun sudah memiliki kerdential politik yang seimbang,
Bagi Keranji pula, isyarat yang sangat jelas telah dipancarkan oleh para pengundi di sana. Ianya adalah kerusi untuk politikus DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan